Sunday, November 6, 2011

ada masanya, aku duduk2 sambil dengar lagu... lady of dreams...!?

aku suka dengar lagu2 yg berentak rock (termasukla rock&roll) dan-atau metal (termasukla heavymetal)..., kawan.
.
bunyi ganas-brutal, kan?. tak bermoral.?! - sebab lagu2 nih diorg nyanyi menjerit2-memekik2 dengan bunyi musicnya bagai nak berperang.
bukan salah aku, kawan... biar aku terangkan kenapa...?!

di zaman aku membesar, maksud aku, di zaman kecairan identiti. zaman kecairan identiti nih berlaku dalam twilight sebenarnya. pabila dak remaja yg kononnya dah rasa sehebat orang tua tetapi masih hingusan. yang merasakan dirinya se-gah pak-mak sedangkan makan-minum masih godak periuknasi pak-mak. ala... cam nih le senang - umur dari 19hingga23 tahun. ini dari daftar definisi aku. orang lain mungkin lain..., kawan.

di zaman itu ada dua pesen lagu jeh... aku ingat lagi. ada dua..., kawan.
satu : lagu yang mendayu2, memuja-merayu, romantisnya lagu sampai boleh peluk pokok pisang semasa mendengarnya.
satu lagi : lagu yang nyaring, meraung, meronta, memprotes sampaikan bila lepas dengar lagu tuh, bila berjalan, kepala sentiasa tunduk memandang bumi depan sikit dari kaki. dan bila berdepan-bercakap dengan orang, keluarla suara serak2basah dan kekadang serak2kering...

aku pilih yang satu lagi..., kawan...?!

*****
dan hari ini... aku dengar lagu ini..., kawan.?!
nanti aku terangkan kenapa... kenapa lagu jenis yg aku tak pernah dengar dulu2, jadi boleh aku dengar sekarang.? kenapa aku dengar bukan hanya pada komposisi musicnya tapi juga lyricnya.? kenapa aku kisah pada penghayatannya...?!!

bukan kerana aku romantis orangnya. bukan. memang bukan..., kawan.
nanti aku terangkan...!!!




*****

5 comments:

tasekM said...

aku kalau dengar lagu yg mendayu2 sgt... ada rasa nk terjun bangunan.

heh.


.

sepa said...

mem,
mana perginya si Dino.? lama tul tak di blog...? cuba ko seru mamat tuh...!

tasekM said...

sibuk melapah lembu tu aku syak...

:D




.

Nizam.Ariff said...

sebab.. sebab.. ko gay...

kah kah kah

sepa said...

mem,
dino melapah lembu...???!!! ko sengaja menyiksa urat perut aku - nak tergelak-terguling aku kalo tahu si Dino melapah lembu. nak tau kenapa.?!
1. 1hingga2 jam dia akan berdiri depan lembu hanya tuk huraikan teori melapah.
2. 1hingga2 jam orang menunggu depan timbang, sebab dia nak kalibrasi timbang...
3. 1hingga2 jam juga dia isi masuk-keluar daging ditimbang untuk pastikan toleran berat yg sepatutnya...
hahaha...


Dino,
ko nih... ke situ pulak...! :)

.