Wednesday, May 22, 2013

Lamunan Terhenti, ialah lagu Aris Ariwatan... tetapi semalam, bukan lamunan, sebaliknya hanya mimpi...

...
 
... menyambung cerita dak dari blog AkuYangAkut sudah menjadi trend penulisan di dalam blog saya. Kali ini, saya cuba pula tulis dalam bentuk atau genre yang lebih sinikal.
 
...
.
Dino tidak perlu menunggu lama. Baru sahaja dia selesai mendaftar nama di klinik dokter perempuan (dokter itu tidak la tua, tidak juga muda... sedang-sedang umurnya - pertengahan.), yang letaknya tidak jauh dari simpang gerai makcik Wok, namanya dipanggil, masuk ke dalam bilik rawatan. Dia masuk ke dalam bilik rawatan itu penuh maco, tegap dan gagah gayanya, tetapi teleng.
Selamat pagi, encik Dino.!, sapa dokter perempuan itu. Berkerudung dokter itu, keras mukanya seperti singa. Sakit apa.?!, tanyanya.
Sakit mimpi...!, kak.
Hah.!
Malam tadi saya bermimpi, bila bangun, sakit pulak tengkuk nih... ini semua angkara Khalid.!
Mimpi.?! Sakit tengkuk.?! Apa kaitan dengan Khalid.?!
Dalam mimpi itu, Khalid belasah saya....!!!
 
 
.
+++++
.
Malam tadi, saya bermimpi, dalam mimpi itu ada Khalid. Pak dia dan tok dia pun sama namanya, cuma ejaannya lain-lain. Khalid - K.H.A.L.I.D, pak dia - K.H.A.L.E.D, tok dia - K.H.A.L.E.E.D.
Khalid ketuk pintu, saya tak bukak... Dia ketuk lagi berkali-kali bertalu-talu, saya masih tak bukak... Dia panggil nama saya (eh.! camner dia tau nama saya.?!...), saya tak sahut. Dia ketuk lebih kuat lagi, saya buat tak tahu... akhirnya, dia rempuh pintu. Terkepakla daun pintu. Dia terus serbu. Ada lima orang bersama dengan dia...
PANGgggg...!!! dia bagi penumbuk di muka saya. Saya jatuh. Terduduk. Dia terus serkup kepala saya dengan karung kain warna hitam. Terus gelap pandangan saya. Rasa rimas, tapi saya tak lemas.
Dia kilas tangan kiri saya, dia tiarapkan saya. Dia di sisi kiri saya. Tangan kiri, dia pegang tangan kiri saya. Dikilas. Lutut kiri pula menekan belakang. Lutut kanan menekan 'buritan'. Tangan kanan mencengkam tengkuk.
Dia tanya saya, kenal Hasri. Saya jawab, iya, kenapa.?!. Dia kata, dia tengah cari Hasri sebab Hasri buat 550. Hasri buat racun serangga ker?!, saya tanya balik. Dia jadi marah... Tidak! Bodoh!. Dia cengkam tengkuk saya lebih kuat lagi. Hah...! rasa nak lemas bernafas dalam karung dan sungguh gelap tuh. Saya mintak dilonggarkan, dia suruh sorang longgarkan...
Kemudian dia tanya lagi. Kamu tahu di mana Hasri.?! Saya jawab, saya tak tahu, mungkin dia duduk di dalam hutan. Dia jadi sangat marah. Dia cengkam tengkuk saya, lebih kuat lagi, ditekannya ke lantai.
Saya hampir lemas. Tangan kanan saya yang bebas, saya raba setakat yang tercapai apa-apa yang ada di atas lantai, walaupun sebatang mancis, supaya saya bulih ketuk Khalid itu, tapi tak ada apa-apa di atas lantai itu. Saya raba lagi, dapatla satu barang, sebesar mangkuk Megi. Saya baling ke arah Khalid itu. PrangGGG... pling pling pling, benda tuh terkena dinding, jatuh berkecai dan bersepai...
Saya terbangun oleh bunyi itu. Rupa-rupanya saya baling jam loceng ke dinding. Bila saya bangkit, tengkuk rasa sakit, dan keba-kebas... nafas tersekat-sekat...!!!
.
+++++
Boleh pulak kamu capai jam loceng...?!
Ha ah... mimpi saya, suka hati saya lah...!!!
Kamu meniarap di atas katil tuh.! saya sedang sediakan ubatnya. Nanti saya bagi awak ubat otot sekali, dan ubat tahan sakit, arah dokter perempuan itu.
Kenapa meniarap, kak.?!, tanya Dino kehairanan.
Nak inject 'buritan'...
Yang sakit, tengkuk, inject tengkuk la...!!!, Dino cuba membantah.
Ha ah... syringe saya, suka hati saya lah...!!!
 
.
 
salam.
.

Saturday, May 4, 2013

Inai itu di jari, bukannya di dahi...!!!

. 

Bendera-bendera berkibaran di sepanjang jalan dari rumah Dino hinggalah ke gerai makcik Wok, lebih meriah bendera-bendera itu di simpang-simpang jalan (kerana mungkin orang akan memperlahankan kereta apabila menghampiri simpang dan bulih menatap bendera-bendera itu lebih betah). Ada gambar dacing di bendera itu, ada jugak bendera yang hanya ada bulat di tengah berbentuk bulan penuh. Jamal dan Dino sedang duduk di gerai Makcik Wok, Jamal merenung jalan raya yang penuh bendera dan mendongak memerhatikan bangunan tinggi berwarna putih yang nampak berkilau keemasan dipancar cahaya matahari pagi.

"Ko dapat sms dari tuan Pi eM tak...?!", tanya Jamal kepada Dino yang sedang mengusap-ngusap tangan dan serentak jugak mengurut-urut jari-jemarinya.

"Lima haribulan jariku ini diinai...", sahut Dino. Bersahaja.

"Tuan Pi eM menyeru mengundi dacing.! Ko tahu kan...?! Anak muda, adalah sangat tidak setia kepada parti-parti politik, mereka akan mengundi mengambilkira isu-isu ekonomi, seperti harga kereta dan pinjaman perumahan... tapi, tuan Pi eM berjanji - lebih banyak uang untuk buat jalan baharu, klise...!!!"

Dino mengangguk, matanya mengekori gerak dan lenggok pembantu makcik Wok yang sedang menghantar pesanan dari satu meja ke satu meja, tetapi ekor mata Dino lebih tertumpu pada dada (kerana ada cerita yang disimpan oleh dua bonjol di dada pembantu makcik Wok itu). Apabila pembantu makcik Wok kembali ke kaunter gerai, Dino menghirup teh tarik (seperti burung unta yang menyembunyikan kepala di dalam pasir kerana mengelak untuk dilihat), dan mengoyak-ngoyak roti canai, lalu roti canai yang sudah carik itu dicelupkan ke dalam kuah kari kepala ikan, disuapkannya ke dalam mulut.

"Ko dengar tak, apa aku cakap nih...?!", jerkah Jamal.

Dino senyum sahaja, tetapi dek khayalannya tidak mungkin dia mendengar apa yang dibebelkan oleh Jamal... Jamal pula memutar-mutarkan gelas teh tarik, masih di situ jugakla duduk gelas itu, cuma dada meja bercetak berbentuk bulatan di bontot gelas itu. "Apa ker pelik benar?! terang-terang anak muda paham, buat jalan baharu itu... adalah sama dengan mengisi poket-poket kembung sang politikus, poket-poket yang sentiasa tidak pernah penuh...!!!"

"Ha ah... esok, jari kita diinai...!!! botol inai itu mesti digoncang-goncang supaya inai boleh kekal melekat lebih lama di jari, agar susah inai itu tanggal...!!!", sampuk Dino. Matanya masih lagi melekap-mengekori pembantu makcik Wok - Nila namanya...

"Ahhhh...! ko nih, mabuk teruk...! mau esok, ko, depa calit inai itu di dahi...!!!"

Jamal menghabiskan baki teh tarik dan beredar pergi, sambil menyanyi lagu 'biar bulan bicara'... kecil suaranya tetapi betul iramanya, kepalanya mendongak memandang ke langit, jari telunjuknya pula menunjuk ke atas (mungkin ada bulan di langit itu...).

"Aku lagi... yang kena bayar mamat nih...!!!", keluh Dino.


.



salam.


.