Thursday, December 15, 2011

Travelog... Destinasi : Ibukota. Bahagian Dua

sembilan disember dua kosong satu satu, atau...
9dec2011...

Sampai di KLIA jam7.45 pagi. Flight dari KIA ke KLIA adalah 1jam45minit.

Oya, dua perkara tidak diceritakan sebelum nih :
  1. Kenderaan yang nak digunakan untuk jalan2 di Ibukota.???!!!. Maka, biraslah yang akan menjadi supir sepanjang jalan2. (adik-ipar adalah pompuan.)
  2. Tempat penginapan. Juga, di rumah biras. Di Prescint5, Putrajaya.

Di pintu keluar KLIA, dak ipar-biras dah menunggu dengan ViVa. Walaupun bukan Mecidis CLK atau Ferrari merah, yang penting, tak perlu nak guna khidmat kereta sewa atau teksi. Jimat banyak di situ.

Di sinilah Prescint5, Putrajaya...



Dan... berehat sebentar...!!!

*****

Bahagian Dua...

*****

Langkah 3.

Kita ke Sunway Lagoon.


Masuk... kena beli tiket. Ada dua kategori : 
  • tiket biasa, dan... 
  • tiket untuk yang ada myKad. (tiket nih murah sikit...)

Apa ada kat sini...???!!!
  • boleh mandi2 macam tepi laut, boleh main2 gelongsor2 berair.
  • boleh main buai2an, jugak ada roller-coaster.
  • boleh jalan2, tengok2 burung2 dan binatang lain.
  • dan boleh jugak tengok ikan Arapaima - Lake Monster. diaorang bagi makan ikan nih pukul 4petang, jadi, kalau nak tengok, kena bersedia-duduk di tebing kolam tempat diaorang nak bagi ikan nih makan. ikan nih memang besar. ada empat kesemuanya, dan, sekor adalah yang paling jinak. di situ, ada sorang mamat rupe mat rempit yang sangat fasih berbahasa english, akan bagi penerangan. dia akan kata : selama ini ikan nih tak pernah lagi gigit orang atau makan orang. ikan nih tak dak gigi, tapi berlidah yang sekeras bertulang. tapi, anda mesti berhati2, walaupun tak dak kejadian rupe tuh, kita tak boleh terlalu yakin yang ikan nih tak makan orang. ikan nih sepanjang 9kaki. (ikan nih, kalau dapat kat Dino, dan dia buat Sushi, mau sebulan baru abis makan...). dia jugak akan kata : kamu pernah tengok dinosaur.?! (ini soalan bangang.! yang kita tengok hanyalah tulang dinosaur... kaler-nya pun, direka2... :p). hah.! ikan ini adalah hidup sezaman dinosaur. dan... dia mungkin jugak akan kata : kita bernasib baik kerna dapat tengok ikan nih. ikan nih hidup di Amazon. Dr. Jeffrey Cheah telah bersetuju untuk membela-biak ikan nih di kolam nih. untuk kita tengok...!!!

Tip2 yang berguna :-
  1. Jika anda nak mandi2, atau main2 gelongsor2 berair - guna pakaian yang bersesuaian. Jangan guna kemeja macam nak ke pejabat jumpa pak menteri. (...cer tengok gambar kat bawah tuh... mamat yang berkemeja-corak petak2 biru... hah.! itu sah tak kena dengan function... lantak dia, la...)
  2. Masuk-guna tandas yang berkenaan. Maksudnya, dak jantan jangan nak mengada2 masuk-guna tandas pompuan kerana ada jenis orang pompuan kat situ yang bila salin pakaian, diaorang buat cam kat rumah sendiri. Dibukaknya segala apa-ada di badan, dan, bertogel...!!!




*****

bersambung...


.

Wednesday, December 14, 2011

Sekolah Menengah Sains... adalah sebuah sekolah berasrama penuh - SBP.

Hari ini, 14dec2011 (khamis)... adalah hari pengumuman keputusan kemasukan ke sekolah berasrama penuh...

Jadi, kepada pakmak yang ada anak yang memohon memasuki SBP, termasuklah Sekolah Menengah Sains... anda bolehla ke portal Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my... dan, ke...

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Husna jugak memohon untuk ke Sekolah Menengah Sains, Miri. (yang letaknya dalam 2km dari rumah...).

Husna, berbekalkan keputusan UPSR2011 5A, telah memasang niat sejak dari awal tahun lagi...

dan...


keputusannya...


adalah...


seperti berikut :-...





.
maka... wahai Husna, terimalah dengan hati yang terbuka...!!!


.
salam


.