Thursday, September 29, 2011

shaft yang bengkok, tetap bengkok...?!

*****
Bab 1. Lebudin dan shaft yang bengkok.

*****

Bos, shaft satu pam di sludge pit udah rosak. Calar2 dan bengkok. Udah diganti mechanical-seal, masih tak boleh ngepam. Mau di-repair atau beli yang baru, bos? Lapor Lebudin, pomen kilang, dalam satu mesyuarat harian jabatan maintenance. 
Lebudin, orang jawa, tapi petah berbahasa Malaysia sebab dah lama dia berkerja di Malaysia. Bila syarikat bukak kilang di Indonesia, dia segera menawarkan diri untuk jawatan pomen, walaupun semasa di Malaysia, dia hanyalah mekanik aprentis.

Pam jenis apa? Tanya Azlan, manajer kilang.
MTP OB3. Jawabnya ringkas.
Wooo... pam besar tuh.! Mahal la sebijik, Din. Kalau boleh repair, bagus di-repair. Biasanya repair lagi murah dan kadang-kadang lebih bagus dari yang ori. Kalau ko ada main-shaft press yang ko dah ganti, kita boleh mesinkan dan buat shaft pam. Main-shaft press kuat, dari jenis EN24. Ko hentak2, ko baling2 pun tak pa. Aku rasa 2 tahunpun tak rosak. Terang Azlan.

Jadi, kita repair jak, bos. Balasnya.
Iya. Jawab Azlan sambil mengangguk.
Kita suruh siapa buat, bos. Tanyanya lagi.
Siapa biasa buat2 repair untuk kilang nih.?
Pak Khiong.

Pak Khiong ada sebuah syarikat membekal alat2 ganti untuk kilang kelapa sawit. Dia boleh buat apa saja. Tanya je. Dia akan jawab, bisa pak. Semuanya boleh. 
Syarikatnya berdaftar sebagai CV Farmer & Engineering. CV berasal dari bahasa Belanda - bermaksud enterprise di Malaysia.

Kalau macam tuh, ko bagi shaft yang rosak tuh kat Pak Khiong sebagai sampel. Cakap kat dia, buat ukuran ikut sampel dan tepat2. Kalau boleh tight-fit, tak da clearance.

Okey, bos.


*****
Bab 2. Shaft yang baru.

*****
dua minggu kemudian...

Din, kenapa pam di sludge pit tak siap2 repair?! Dua hari lepas, Pak Khiong telefon aku. Katanya shaft dah siap. Dah bagi sama Lebudin katanya. Ko la Lebudin...! Azlan nampak tegas petang tuh setelah mendengar aduan dari seorang pekerja tentang pam di sludge pit yang tak siap2 di-repair.
Udah memang udah, bos. Tapi, tak ngam.! Tak boleh pakai. Jawab Lebudin sedikit ketakutan dan keliru.

Kenapa?! Bawak shaft tuh ke sini. Aku nak tengok. Apa la korang nih.! Pasang shaft pun susah jugak ka?! eh Din, bawak ke tempat pam. Aku tunggu di sana... Biar senang aku tunjukkan kat ko cam ne nak pasang...

*

Bos, ini shaft yang Pak Khiong dah buat. Lebudin menunjukkan shaft dan menyerahkan kepada Azlan.


*****
Bab 3. Pak Khiong bersama manajer kilang.

*****
...esok petangnya, di workshop kilang.

Iya, pak. Bapak carik saya? Tetiba Pak Khiong muncul dari belakang sedang Azlan memeriksa buku log maintenance di workshop kilang.
Kamu Pak Khiong.? Tanya Azlan.
Iya, pak. Ada yang bisa saya bantu, pak. Balas Pak Khiong dengan penuh sopan dan berhemah.

Mana shaft yang Lebudin mintak kamu bikin?
Udah siap, pak. Kemarin jugak saya udah kasi sama dia, pak.
Yang ini kah? Tanya Azlan sambil menunjuk ke arah dua batang shaft di atas working-table.
Iya, pak. Yang satu itu sampelnya, yang satu lagi yang saya bikin, pak.

Pak Khiong, kenapa dua2nya sama.? Tanya Azlan ragu.

Lebudin maunya saya bikin shaft seperti sampel yang dibaginya. Susah mau bikin, pak. Lantas, saya order dari Jakarta jak shaft yang baru. Shaft baru itu saya mesin di workshop lagi, pak. Tiga hari tuk siapkan, pak.

Kenapa ko tak hantar yang baru jak. Kita bukan mau ko buat shaft yang calar2 dan bengkok. Itu kan sampel jak. Sample shaft yang rosak...!!!??? Terkejut Azlan mendengar penerangan daripada Pak Khiong.

*****

Thursday, September 22, 2011

tiga orang indon dan seorang gantung kasut...

Joko, Supriadi dan Dominggus adalah orang Indonesia. Indonesia, sebuah negara yang besar di Asia Tenggara dan banyak pulau2. Joko dari Jawa. Supriadi dari Sulawesi. Dominggus dari Timur. Ketiga3 duduk dalam satu rumah. Walaupun di kampung halaman masing2 cakap dialek masing2, tapi bila dah duduk serumah, mereka berkomunikasi dalam satu bahasa. Bahasa Indonesia.

Joko berkulit sawo matang. Berdasarkan ketinggian dan berat badan atau BMI, Joko berada dalam kategori gemuk yang hampir kepada terlalu gemuk. Seorang yang vocal. Bersuara lantang. Suaranya yang lantang jugalah yang membawa tuah. Setiap kali ada pertandingan karaoke, dia akan turut serta. Tak pernah juara, tapi pernah di tempat kedua. Selalunya, tak dak hadiah. Sebab bertanding karaoke bukan di home ground selalunya memihak kepada sedaramara penganjur. Joko paham hal itu. Dan dia tak pernah juga mengeluh sekiranya tak menang, walaupun berkaraoke lagu dangdutnya sentiasa mendapat tepukan gemuruh penonton sehinggakan ramai yang bergelek2 sama. Di antara ketiga3, Joko lah yang paling berakal dan juga sedikit pintar.

Supriadi orangnya cerah sikit. Cerah sikit nih maksud aku, berkulit gelap. Yang cerahnya sikit. Tinggi lampai. Tak lekang dengan handphone yang disambung earphone. Hampir seluruh jasa handphone adalah untuk mendendangkan lagu2 dangdut Indonesia. Dia tak dak awek. Juga, tak kisah nak telefon bertanya khabar orang tua di kampung. Hatta, dalam baring tidur pun earphone masih tertanam dalam rongga telinga. Akibatnya, pendengarannya sudah mulai out. Kekadang kita terpaksa menjerit untuk memberitahu dia sesuatu hal. Dan banyak masa, kita kena suruh dia sebut-ulang apa yang kita cakap padanya agar tidak masuk angin keluar asap.

Dominggus pun secerah Supriadi. Berbadan kecil, pendek dan tak kuat. Tak jantan langsung. Bukan anak bapak. Suka membebel, kata orang itu ini sedangkan dirinya sendiri seposen pun tak guna. Tapi, dia sopan orangnya. Bersuara kecil, sehinggakan kekadang kita mendekatkan telinga ke mulutnya pabila dia mengeluarkan ucapan.


.
Satu hari :

Satu petang. Sedang ketiga2nya di ruang tamu rumah kompeni. Dominggus bersama remote tivi. Tukar canel ke canel. Joko pula menikmati keropok Double Decker, sambil mata tertumpu di tivi tanpa peduli gambar apa di skrin. Supriadi pula mundar-mandir, dengan kedua tangan disembunyi di belakang. Berjalan ala orang kaya.

Joko : Kamu kenapa sih, Adi.?
Supriadi : Gak apa2. Senang begini. Mengitung-itung langkah, mas Joko.
Dominggus : Kok iya pun, duduk jak.

Supriadi : Masih ngak bisa duduk. Aku lagi bingung neyh, Minggus. Hari neyh aku nggak kerja. Disuruh pulang oleh tuan manajer. Katanya kemarin udah disuruh gantung kasut. Pagi tadi juga aku sudah gantung kasut di luar tu. Aku pergi kerja pakey selipar. Bila tuan manajer nampak aku tadi pagi, langsung aku dipanggil. Ditanya kenapa aku kerja hari neyh. Pas, aku tanya kenapa. Dia kata hari neyh aku gantung kasut.

Joko : Ya udah..!. Besok kamu harus turun kerja...

Supriadi : Iya, mas Joko. Aku kira gantung kasut tuh disebabkan kasut aku kotor lantas harus dijemur. Manalah saya tahu, mas Joko maksud gantung kasut itu - nggak dibenar turun kerja.