salam tuan Pi eM dan tuan yang bangkang Pi eM,
1) untuk makluman tuan2, saya baru jeh siapkan entry yang ke-29 untuk bulan may nih. tercapai sasaran saya untuk buh entry sampai 29 - walaupun entry tuh macam merapu jeh, tapi itula perspektif saya tentang apa yang saya lihat-dengar-baca dari sumber yang ada di-sekeliling-dan-berhampiran ngan saya.
2) satu lagi, saya cuba untuk siap-baca 29 buah novel2 untuk tahun ini - sasaran yang saya bagi kat dak Goodreads.com. novel2 dah beli dan sedang beratur-susun di rak nun - sebab sekarang tengah pancit, angin belum masuk.
3) nih entry yang ke-30 - epilogue la katakan. tak dikira.
jadi,
tuan2,
KPI saya untuk perkara 1) - sudah-pun dicapai. boleh tak tangguhkan kenaikkan harga petrol. untuk perkara 2) - saya akan updet progres-nya.
tuan yang bangkang Pi eM,
dalam buku jingga - ada tak KPI..? atau ada garis pengukur yang lain...?
Sunday, May 29, 2011
Saturday, May 28, 2011
Computer pertama-ku...
salam tuan menteri kewangan,
pertama kali saya tengok komputer masa saya d mrsm perlis. tahun 1988. ada kelas komputer. cikgu yang ngajar komputer tuh tunjukla bagaimana nak guna. mula2 on, masuk ke dos, masukkan disket. walla - boleh guna. pelajaran pertama gwbasic. sejak dari ari tuh, sayapun pasang niat nak beli satu suatu masa nanti.
tahun 1993. saya beli komputer, bren Sepom processor 386SX. ada monitor, ada cpu, ada keyboard n ada tikus. dan dah tentu ada kotak berserta pembungkusnya sekali. rega rm2,800. sekarang. tahun 2011. komputer ngan segala benda yang sama - beza processor lebih pantas, cpu kaler2 n rekabentuk ergonomik. rega dalam rm1,500. sahaja.
tuan menteri,
1) komputer tak boleh djadikan asas untuk ukur kadar inflasi - sebabnya, semakin canggih semakin murah. iPad pun murah jika dibandingkan ngan keupayaan-nya.
2) kereta pulak mencanak2 rega, sejak penubuhan proton n perodua. canggihnya tak byk bertambah, cuma kalernya lebih kilat2 n lekuk2 lebih menggoda2. ada beberapa yg ber-beg-udara. ada juga yang ber-ABS. tapi Mecidis, BMW n Volvo canggih nar. (lori yang bawak dua bijik kontena masih sepesen jeh).
tuan menteri,
soalannya : komputer tuh keperluan asas yang di-subsidi-kan jugak ka...?! ada ka mungkin subsidinya di-tarik-balik sama-juga ngan petrol, beras, tepung, gula... (gula - termasukla gula2)...!


