Saturday, September 8, 2012

chaos and complexity, simple mind versus complex mind... dan sebuah potrait aku.

.
sebuah potrait...

.
sekiranya ko ada potrait aku,

ko simpanla ia mulia,
jangan ko guna buat lap cermin tingkap,
jangan jugak ko guna buat bungkus tulang ikanayamdaging,
jangan pulak ko guna buat bungkus lampin yangpenuhtaik,

sekiranya ko, jumpa potrait aku di tiang lampu, turunkan ia dan simpan, jangan ko biarkan mereput,
dan sekiranya ko, jumpa potrait aku di dinding, janganla ko kencing ia,
sekiranya ko, jumpa potrait aku di atas jalan, jangan pula ko gelek ia dengan tayar Michelin-mu itu,
jugak sekiranya ko, jumpa potrait aku di atas lantai, janganla ko pijakpijak ia.

sekiranya ko, aku jumpa... sedang bermain lelayang yang ada potrait aku,
akan aku bawak sorang dua kite-runner, menyambut lelayang itu sekiranya terputus tali...

...dan aku bingkaikan ia, untuk tatapan generasi selepas kamu.




sekian, cerita tentang potrait...!!!


.


salam

.


Sunday, September 2, 2012

business proportion... dan nilai sekeping not RM1.


ini Hasif. sedang beraya bersama sepupusepupunya...
.

.


"Semua tunggu di dalam kereta, pak dengan mak sahaja yang keluar.!"
Perintah Azlan kepada keempatempat anaknya yang mengekor, ke supermarket di kota Miri.

Pandangan Azlan terganggu ketika sedang hendak membuka pintu kereta. Berada tepat di depan mukanya sekeping not RM1 berkibar, terpaku seketika, lalu mengarah-alih pandang ke arah tangan yang mengibarkan not RM1 itu. Terkesima, terpegun Azlan melihat Hasif yang melutut di handrest sambil tangan kanannya berpaut di headrest, tangan kiri pula mengibar not RM1, di pandangan Azlan.

"Bawak saya, saya bagi saturinggit.!"
Sapa Hasif dalam senyuman yang semakin melebar dan menjadi gelak kecil.
"Camner ko bulih ada saturinggit.?!" Tanya Azlan.
"Duit raya." Balas Hasif ringkas.
"Oooowhhh.! Saturinggit.! Ini sudah untung. Hah ha ha...!!!"
Kata Azlan, lalu mencapai not RM1 dan memasukkannya ke dalam poket kiri baju. 
"Marila, marila papa dukung turun." Tambah Azlan.

Ketika di supermarket itu, mereka berpecahdua, makHasif dan Hasif-dan-Azlan ke haluan masingmasing. Tangan Azlan dipimpin oleh Hasif. Mereka terus ke bahagian coldstorage yang terdapat petisejuk yang memperagakan minum-minuman dalam segala macam rupa, bentuk, jenis dan perisa. Hasif mencapai satu botol yoghurt dan satu paketlimabotol Solivite.

"Yoghurt untuk saya. Solivite, along satu, angah satu, abang satu." Kata Hasif.
"Lagi dua Solivite, siapa.?! Pak dan Mak.?!" Tanya Azlan.
"Saya la.! Saya dua.!" Jawab Hasif dalam ketawa besar.

Hasif segera meluru ke kaunter sambil Azlan mengekor, meletakkan yoghurt dan Solivite di atas kaunter, dan menuding jari ke arah Azlan. Juruwang mengimbas barcode, hasilnya terpaparla nilai total RM6.40. 

"Papa.! Bayar.!" Seru Hasif.

"Ahhhh...!!! Aku berniaga rugi.!" Bisik hati Azlan ketika sedang mengeluarkan dompet, mengeluarkan satu keping not RM10 dari dalam dompet, dan menerima baki daripada juruwang.

Hasif, dalam kegirangan menjinjing begplastik penuh-berisi, menuju ke kereta.

.


salam


.