Saturday, April 23, 2011

kepada Tuan Pengerusi BN : tentang Terima Kasih semalam

tuan pengerusi BN,


alasan saya semalam : "...  sebenarnya itu hari wa tak sempat nak mengundi... sebab wa kerja jauh di tgh belantara sarawak... bila wa sampai kat miri, dah nak senja... apa2 hal, terima kasih atas SMS tuh..."


tuan pengerusi perasan tak alasan tuh sikit pun tak masuk akal. Sebenarnya, saya memang tak nak mengundi hari tuh. bukan saya sorang jeh yg tak nak, tapi ramai jugak. 


Sebabnya :


1. ''... kita rasa tertolak (repulsive) untuk mengundi BN - ditambah dengan cerita2 sensasi tuan CM kita : kisah dia membolot reta rakyat, kisah dia godam belantara dan ambik hasil dari kayu balak, kisah dia buat syarikat suku-sakat dan buat projek gomen yg dia-sendiri luluskan,... dan paling memilukan kisah dia tetiba jeh kahwin (nih sesetengah org tak kisah pun)...


2. "... kita juga rasa tidak-sanggup untuk mengundi bukan-BN - sebabnya, kita tak yakin dgn keupayaan mentadbir dan mengurus mereka... kita juga risau akan terwujud berbagai bentuk polarisasi... (polarisasi yang ketara di sarawak nih hanyalah pemilikan rumah i.e. setinggan, rumah kos rendah, rumah kos sederhana, rumah sedang-nak-mewah, rumah mewah, rumah super-mewah dan segala-macam mewah)...


... jadi kitaorang pasrah jeh (orang2 yang macam saya la tuh)...


salam

Wednesday, April 20, 2011

Terima kasih

APR 20, 2011 10:36 am : wa terima SMS nih...
.
.
"Terima Kasih kerana menyokong Barisan Nasional (BN). Bersama kita membina Sarawak yg Maju, Makmur & Sejahtera. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."
.
.
kepada tuan pengerusi BN; sebenarnya itu hari wa tak sempat nak mengundi... sebab wa kerja jauh di tgh belantara sarawak... bila wa sampai kat miri, dah nak senja... apa2 hal, terima kasih atas SMS tuh...
.
satu lagi, jalan masuk simpang BLD tuh boleh buat jalan tar tak, sbb ada dak dr beberapa buah rumah panjang yg sama2 lalu jln tuh jugak...
.
salam