Friday, November 25, 2011

ada masanya, tetamu aku datang dari pulau... Pulau Bruit.

Pada hari ini, Rabu, 23November2011.

Azlan menerima tetamu dari pulau. Pulau Bruit. 
(nota khas : walaupun nama pulau itu seakan-akan nama2 pulau2 di Carribean, tapi hakikatnya, Pulau Bruit terletak di Sarawak.)





*****
Pulau Bruit mengingatkan Azlan pada rumah-api (lighthouse). Rumah-api di Pulau Bruit sangat penting untuk kapal-kapal penumpang dan kapal kargo, agar perjalanan masih di laluan pesisir pantai Sarawak. Sekiranya kapal penumpang yang dalam perjalanan dari Miri ke Kuching, terlepas rumah-api ini, peluang untuk terlajak sampai ke Kuantan sangat cerah. Percaya atau tidak, Azlan pernah naik kapal.

(nota pelik : Kapten Jack Sparrow mungkin tidak perlu menggunakan rumah-api ini sebab dia ada sebijik kompas yang tidak tunjuk utara.)

(nota boleh-pakai : Itu jam, di Sarawak, belum ada jaringan jalanraya yang boleh menghubungkan bandar2 utama di Sarawak. Dua cara ; kapal atau kapal terbang.)

Azlan masih juga ingat, suatu masa dahulu, ketika menaiki kapal kargo yang boleh-bawa-penumpang, ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Miri, kelasi-kelasi akan menjerit-berteriak apabila ternampak rumah-api di Pulau Bruit itu. Ketika itulah kelasi2 akan menyakat penumpang2 mengatakan bahawa perjalanan selanjutnya akan megharung laut yang bergelora. 

Azlan pun masih juga ingat, beberapa jam selepas meninggalkan rumah-api Pulau Bruit, muntah-mabuk-laut yang teramat, sehinggakan chief cook membenar-menyuruhnya memuntah-semau-hati di lubang letaknya kemudi kapal. Ah...! Cerita dulu2. 

Antara kapal-kapal yang pernah dinaiki oleh Azlan adalah Kapal Sungei Pannai dan Kapal Sing Soon. Jika dibandingkan dengan kapalterbang, Kapal Sungei Pannai adalah MAS manakala Kapal Sing Soon adalah AirAsia, boleh ke? Ah.! Lantak le... dan satu lagi, Kapal Shin Ching Hing.

Bila teringat tentang rumah-api, Azlan pasti akan teringat tragedi kapal karam yang menjadi 'landmark story' (betul ke term yang aku pakai nih untuk merujuk kepada cerita yang sensasi yang menjadi tanda-pengukur... ah...! kira bole la tu...)
Cam ni ceritanya :

"....Salah satu tragedi hitam yang pernah tercatat dalam sejarah pengangkutan di Sarawak ialah kapal M.V Pulau Kidjang, kapal pengangkut penumpang dan kargo yang karam di muara Rejang (perairan Tanjung Jerijeh) pada Disember 1973. Dalam kejadian itu, Pulau Kidjang yang dipercayai mampu memuat seramai 150 penumpang telah mengorbankan 121 nyawa penumpang dan hanya 38 orang terselamat. Kejadian berlaku disebabkan keadaan cuaca yang buruk ketika pelayaran..."

*****

Foto2 yang berkaitan-lawatan dak tetamu dari Pulau Bruit.

Yang ada jam di tangan ialah penulis. (nota: jam itu, bukanlah jam Omega.!)

Yang pakai topi putih adalah bos dak rombongan dari Pulau Bruit. Namanya Mr. Yee.

Yang di foreground, yang berbaju-biru-berjenama Adidas ialah ketua rombongan. Namanya En. Abdul Karim Sahni.

(Cerita yang ada kaitan dengan En. Abdul Karim Sahni - di sini)

Di kiri adalah Hilux, yang bukan Hilux Azlan. Di kanan pula adalah van.

7 comments:

  1. Pulau Bruit tu macam ada satu jenama pewangi ketiak lelaki... brutt? brut?

    betul kan?

    ReplyDelete
  2. memula baca pulau b*rit...
    kero dh mata aku ni gamaknya.



    .

    ReplyDelete
  3. dino,

    ya ya. betul betul. tapi, minyak wangi tuh bukan produk dr pulau tuh. :)

    mem,

    ye la, dekat2 gak bunyi nya. :)

    kat swak tak heran. nama tempat pelik2.
    cthnya :
    Nonok - dah tukar jd Asajaya.
    Tanjung Mani - jd Tanjung Manis.
    Binatang - jd Bintangor.
    Simanggang - jd Sri Aman.

    :)

    ReplyDelete
  4. Yee manager kilang d pulau tu, pernah amik dipom sekali dgn aku.

    ReplyDelete
  5. Zul,
    aku tak pasti nama penuh MM JTpom.
    tak pernah jumpa in-person.

    yg aku pasti, namanya Cliff. Pernah jd Asst di Karesa masa Lajib.

    di JTpom tuh, ada dua pernah sama2 ngan aku. 1. Abd Karim dan 2. Robert Wright. dan Robert dah quit n skrg di Masranti-pom.

    .

    ReplyDelete
  6. Yg pakai baju kelabu topi serta rambut putih tu

    ReplyDelete
  7. zul,
    ooo... dia tu.!
    bukan. dia bukan mill manager. tak silap aku, dia GM Engineering, tak pun Engineering Director...

    ReplyDelete