Sunday, November 27, 2011

ada masanya, aku menoleh ke belakang... melihat jejak yang ditinggalkan.

*****ACHTUNG!!!*****
Entri ini sebenarnya ada kaitan dengan entri - Ini dikira tazkirah Jumaat juga, kan ? daripada tuan-punya blog bernama pena Aku.

********END**********


Ada orang kata : 

Kemajuan diri bukanlah dilihat pada apa yang lebih baik yang kita mampu buat di masa hadapan,

tapi...

kemajuan diri itu dilihat pada apa yang telah kita lakukan... atau melihat kembali jejak yang kita tinggalkan.

*****

Kawan,

Aku suka baca tentang sirah nabi Muhammad SAW. di sini. Itu benar. 
Aku juga pernah baca sirah Ali r.a. dan aku suka kata2 hikmahnya. di sini. Itu juga benar.
Contohnya ini: 
“Tanyalah Aku Sebelum Kau Kehilangan Aku: Kata-Kata Mutiara "Ali bin Abi Thalib”. 

*****

Apakah perlu semua itu, kawan.?
Apakah perlu untuk kita menoleh ke belakang... melihat jejak yang ditinggalkan.? perlukah.?

Memang perlu, kawan.
Biar aku ceritakan. Kenapa.?

Suatu masa dahulu, lama dah. Ketika itu aku berada di tahun3, di bidang pengajian kejuruteraan. Berada di tahun3, semester2 adalah sangat2 dinantikan sebabnya semester itu bolehlah dianggap sebagai break-satu-semester kerana ada Industrial Training yang dijalankan di syarikat2 yang ada-kaitan. Aku menjalani Industrial Training di Shell. Bukan Shell stesen minyak, kawan, tapi Syarikat Shell.

Semasa di Indusrial Training, aku diberi dua assignment, tapi, kena siapkan satu2. Assignment pertama agak saintifik, melibatkan penggunaan SEM-EDX dalam mode BSE dan SEI dan juga photomicrography, maka, akupun mintak la kebenaran daripada supervisor untuk boleh aku melakukan bahagian laboratory di universiti. Dia pun setuju. 

(Nota : 
SEM - adalah Scanning Electron Microscope.
EDX - adalah Energy-dispersive X-ray spectroscopy.
BSE - ialah Back Scatter Electron Imaging.
SEI - ialah Secondary Electron Imaging.
photomicrography - ialah photography through microscopes.)

Syarikat Shell di Miri, manakala laboratory pula di Tronoh. Jadi, aku mintak la tiket flight disediakan, Miri-KL-Ipoh. Supervisor-pun setuju juga.

Dari KL ke Ipoh naik flight...!!! bunyi macam tokeh je. Biasanya naik keretapi jeh, tak pun bas pun dah cukup bagus. Nak jaga eksen punya hal, sampai je di luar pintu terminal, terus aku naik teksi. (rega teksi yang aku bayar, sebenarnya lebih mahal dari tambang bas KL-Ipoh, tapi tak pa, eksen punya hal...!!!)

Aku tak ingat. Betul aku tak ingat, kawan.
Aku tak ingat nama supir teksi tuh, padahal, setiap supir teksi yang bawak aku, aku pasti tanya nama tanya umur tanya dah kahwin ke belum tanya anak berapa tanya kat mana tinggal.

Diringkaskan cerita. Supir tuh memecahkan-ais dengan criter2 politikus. Aku perasan, dia tahu aku tak meminati criter2 cam tuh. Lalu, diapun bertanyakan tentang aku dan tujuan perjalananku. Aku, seperti biasa, akan memberitahu satu2 tentang aku dan segala apa yang dia mahu tahu tentang aku, kerana aku tahu dan diapun tahu - perjumpaan hari itu adalah perjumpaan yang pertama dan terakhir untuk kami berdua. Sekalipun aku bercakap benar, mungkin tidak dianggap benar. Juga, sekalipun aku menipu, mungkin juga tidak dianggap benar. Maka, aku memilih bercakap yang benar sahaja.

Aku masih ingat beberapa kata2nya, kawan.

Katanya, yang sebahagiannya adalah sebegini :
"Hadis, bukan saja kata2 dan perlakuan2 nabi yang dirakamkan. Umurnya jugak. Pada umur 25tahun. Pada umur 40tahun. Sekiranya kamu telah berada di umur 40tahun, bermakna, kamu sepatutnya dah mahir dan mantap dengan apa yang kamu lakukan - dan tak da patah balik. Sekiranya kamu masih tercari2 untuk jadi apa, lakukan sebelum kamu berumur 40tahun."

Sebenarnya, perjalanan dari airport Ipoh ke stesen bas Ipoh adalah satu perjalanan yang singkat...!!!


Ahhh...!!! Rupa2nya supir ini jugak adalah Pujangga Jiwa, kawan.





salam.

7 comments:

  1. Pujangga jiwa mungkin berada di mana-mana...

    mungkin CIA dan KGB juga terlibat sama...

    errr... perang dingin dah tamat ka kawan?

    ReplyDelete
  2. dino,

    :)

    errr... yg last tuh. tak paham la, bang.

    ReplyDelete
  3. perang dingin blok amerika dan rusia...

    kalau belum, CIA dan KGB masih aktif... naya kita.

    ReplyDelete
  4. ala... ko buatla firewall... itu kan ko punya kepakaran... hahaha...

    ReplyDelete
  5. Blackberry
    Notе 2 is the latest blow to Applе's long-running battle withAndroid handset makers. Especially, when you look at the blackberry S III isn't
    set to hit shelveѕ in the U. 5 inch scrеen of
    the рhone that wіll be getting this update within the next 72 hours.
    To comρlіment the amazіng visual quаlitу of the рhonе аt least for now.

    Samsung haѕ announced that itѕ ultra-low ρower ΗD Auԁiο Hub, the stοre for ԁetails.

    ReplyDelete
  6. Here we take a look at this article and know more about most controversial fashion moments of all time.
    When you shop at JCP enney, Macy's and Nordstrom you will find a amount of style focused jobs and careers available.

    Also visit my web-site Ao so mi nam

    ReplyDelete
  7. Sure they are not prestigious and they don't sell for top dollar, but at the same time add's a very subtle touch
    of our Indian culture to it. Over the years cowgirl Fashion has evolved and changed
    as fads come and go, one particular trend that never seems to go away,
    particularly among the younger lot. They get their students acquainted with
    everything that is required in the cutting-edge environment
    of the fashion industry changes and evolves constantly.
    Besides, they fit in everything you need. At this time a
    year ago period and sales in $82.

    Also visit my site ... edu.tw

    ReplyDelete