.
Jamil, sedang menyedut asap dari sebatang rokok Salem, untuk kali ke tiga.
"Begtula, Hasri... lebih kurang cerita bilik itu...!"
Jamil menjentik pangkal rokoknya itu, abunya patah lalu jatuh, berkecai pula, berterbangan ditiup oleh angin petang, angin Laut Cina Selatan. Dia cuma mampu memerhatikan sahaja abu-abu itu pergi dibawa angin, dan menghilang, mungkin masih berterbangan bersama angin atau mungkin mendap lalu hinggap di celah-celah rerumputan.
Jamil mendongak pula ke langit, mungkin sedang merenung, atau sedang menghitung ketul-ketul awan di langit, lalu mungkin jugak sedang mencongak nasib diri. Sesekali dijelingnya sebatang rokok yang sedang disepit oleh dua jari itu, sedang berfikir, apakah perlu untuk menyedut lagi asap dari sebatang rokok itu... ?!
"Engkaula penghuni baru bilik itu...!", dia berbicara semula, cuba untuk senyum, tetapi nampak hambar sahaja...
Aku yang sejak dari tadi berdiam diri, masih lagi diam. Masih lagi duduk di bangku panjang itu, (Jamil duduk di sebelah aku...), masih lagi memerhatikan burung-burung merpati yang sekejap-sekejap hinggap di rerumputan, mematuk-matuk, dan terbang semula, hinggap semula, terbang lagi. Aku masih lagi mendengar celoteh Jamil itu...
Jamil menggentel-gentel pangkal rokok itu, mahu dihisapnya, tidak jadi, digentelnya lagi, lalu dicampakkannya rokok nan sebatang itu, yang baru tiga kali disedut asapnya, ke arah burung-burung merpati, berterbangan burung-burung itu, mengelak, tetapi datang semula, hinggap semula di rerumputan, ada yang terus terbang tidak datang-datang dah...!
Aku pula membetulkan letak kaki, lalu aku silangkan, kaki kananku di atas kaki kiri, bersilang, supaya aku tidak duduk mengangkang. Jamil pula sedang berteleku. Pandangannya dipaku pada rokok yang dicampakkannya tadi, masih berbara...
"Hasri...! Hasri...!"..., keluh Jamil, lalu memandangku, dia kerutkkan dahi...
Jamil bangkit dari duduknya, ditepuk-tepuknya bontot, membuang debu, dilurutnya tali leher, lalu menyisir rambut dengan jari...
"Jom Hasri...! kita masuk ke dalam bilik itu... di luar sini panas, bilik itu ada air-cond...", ajak Jamil, lalu beredar pergi, menuju ke pintu.
Dino sedang menunggu di muka pintu...!!!
Aku pula masih lagi duduk di bangku itu, membatu, memerhatikan sahaja Jamil berjalan pergi, ke pintu itu...!!!
.
salam.
.
Tuesday, October 29, 2013
Sunday, October 27, 2013
Lattices of Sarawak : Bajet 2014, ada RM500juta untuk Projek Pan-Borneo Highway...!!!. bagai pucuk yang dicita, ulam yang diterima...!!!
.
Di Sarawak, secara amnya, untuk memberi impak pada kemajuan, sangatla bergantung dan sangatla berharap pada jaringan jalanraya, bandar-kampung-pelabuhan-bandar, supaya pergantungan kepada pengangkutan menggunakan sungai boleh dikurangkan. (Sungai masih jugak digunakan walaupun sungai itu pasangnya sudah tidak tinggi, airnya sudah tidak jernih, tohor dikebanyakkan tempat... kerana oleh lumpur dan kelodak.! kerana banyak dah pokok-pokok direbah dibalak.!)...!
Di Sarawak, peruntukkan RM500juta itu, bila sampai di telinga rakyat jelata, sukanya mereka menerima khabar itu, tidak terkata...!!! bagai pucuk yang dicita, ulam yang diterima...
...maka,
kepada pak menteri, yang bergelar yb yang datang dengan senyuman mengaut, yang mereka sambut tanpa perlu dijemput, lalu bunga-bunga pun disematkan di baju yb itu.
kepada pak menteri itu, mereka pun bersabda, lalu mengadu, dan lantas berharap agar sebuah jalanraya, yang benar-benar jalanraya disiapkan... ya!, jalanraya yang benar-benar disiapkan, kawan.!...
...dan supaya,
ketika mereka, rakyat jelata itu, memandu kereta di jalanraya itu, tidakla perlu untuk kereta itu menggelongsor kerana jalan tanah yang licin ketika hujan, tidakla perlu untuk mereka melihat keajaiban kepulan-kepulan debu yang berterbangan membungkus jalan tanah yang kering-kekontangan ketika tidak hujan - lalu debu-debu itu disedut bersama nafas-nafas kalut, dalam tercungap-cungap seakan semput...! kerana di dalam ruang yang diselimuti kepulan-kepulan debu itu, masih ada sedikit udara bersih, oksigennya masih sama...!!....
...memang benar,
mereka juga, senantiasa melihat jentera-jentera berat yang sedang korek-korek, cacak-cacak, kaut-kaut, muat-muat, juga angkat-angkat... ada jalanraya yang sedang dibuat, yang dibuat sedepa-sedepa, (eh, sedepa-sedepa...???!!!) dari uang yang berjuta-juta itu...
maka itu,
sekali lagi, dari uang itu jugak, mereka dalam rendah diri, berdoa lagi, seperti doa-doa mereka setahun saban setahun yang telah berlalu bertahun tahun...
agar ada,
jalanraya yang benar nampak di mata - yang ada kereta-kereta di atasnya, bukannya sebuah jalanraya yang berjalan-jalan, bersukaria, dan boleh berpesta-pesta...!!!
oya, kepada abang menteri - yang suka membuat jalanraya, saya nak tanya... jalanraya yang 17.8km tu bila nak siap bro...?! yang dari simpang Beluru menuju ke Pekan Bakong.!. dah lapan tahun tuh bro.! letih eh memandu di jalanraya yang ruper itu bro.! nak terseliuh dah pinggang bro...!!! (*kekadang, adik pun mengadu... kerana pinggang kurang membantu...!!!)...

Sunday, October 20, 2013
Peranan air dalam kehidupan... membesarlah kamu dengan meminum air sebanyak-banyaknya...!!!
.
*****
Entri ini ialah sebuah eksperimen yang sudah diringkaskan. Eksperimen tentang kehidupan, tentang air, dan jugak kehidupan itu sendiri yang berasimilasi dengan air. Dibincangkan sedemikian rupa agar kehidupan itu hadir dalam rupa fizikal sedangkan air pula tidak fizikal.
*****
Pengenalan :
Air itu lembut, menjadi keras di dalam kulkas, dan menghilang bila dijerang...
.
Abstrak :
Air adalah cecair. Bila dipanaskan, mendidihla ia menjadi stim, kembang ia. Bila disejukkan, membekula ia menjadi ais-batu, kembang ia.
.
...maka itu, kawan.! Janganla sesekali kita memandang rendah kuasa air...!!!
.
Metodologi :
Peranan air dalam kehidupan...
.
Keputusan :
.
Kesimpulan dan cadangan :
Air itu elemen kehidupan, dengan air gula kita cairkan, kita dapat manisnya, dengan air epal menjadi vinegar, kita dapat masamnya.
Air itu, apabila kita kumpulkan sebanyak-banyaknya, menjadi ia sebuah empangan, terjanala kuasa letrik, menerangi satu kota, apabila kita keluarkan sebanyak-banyaknya, lalu ditambak dengan pasir, menjadi ia sebuah kota.
...maka itu, kawan.!
Sekiranya anda sedang berada di sebuah daerah yang kontang, daerah yang ketandusan air, sedangkan di tangan anda cuma ada sebotol air, maka minumla air itu sebanyak-banyaknya, kerana sekiranya anda tewas dan mati kekeringan, sekurang-kurangnya, anda menggenggam sebijik botol yang kosong...!!!

- ...dalam kehidupan berkeluarga : air dicincang takkan putus.!
- ...dalam kehidupan bermasyarakat : bulat air kerana pembentung.!
- ...dalam kehidupan seorang wira : air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya.!
- ...dalam kehidupan seorang pekerja yang taat-setia : storm in a tea-cup..!!
- ...dalam kehidupan seorang lelaki yang berdiri memberi erti : air sudah naik ke kepala...!!!
.
Kesimpulan dan cadangan :
Air itu elemen kehidupan, dengan air gula kita cairkan, kita dapat manisnya, dengan air epal menjadi vinegar, kita dapat masamnya.
Air itu, apabila kita kumpulkan sebanyak-banyaknya, menjadi ia sebuah empangan, terjanala kuasa letrik, menerangi satu kota, apabila kita keluarkan sebanyak-banyaknya, lalu ditambak dengan pasir, menjadi ia sebuah kota.
...maka itu, kawan.!
Sekiranya anda sedang berada di sebuah daerah yang kontang, daerah yang ketandusan air, sedangkan di tangan anda cuma ada sebotol air, maka minumla air itu sebanyak-banyaknya, kerana sekiranya anda tewas dan mati kekeringan, sekurang-kurangnya, anda menggenggam sebijik botol yang kosong...!!!
.
salam.
.
Saturday, October 19, 2013
Aku bergambar bersama seekor rusa... rusa itu menjadi saksi sebuah kejadian, dan rusa itu...
.
... sebenarnya sedang ingin membisikkan kisah laranya, yang bertarung nyawa. Rusa itu yang berada di tengah-tengah api-kemarahan, selamat ia.!. Api kemarahan yang meluap-luap, yang akhirnya benar-benar api yang menyala lalu marak lalu menjilat setiap inci dinding lalu menjulang dan melambai-lambai meliuk-liuk dibuai angin petang....
Rusa itula yang menjadi saksinya, kawan...!.
.
.
...aku pula berposing bersama rusa itu (oya, kawan, di sini rusa diberi gelar payau...). aku gosok-gosok kepalanya, aku tepuk-tepuk pangkal kakinya... dan aku ada sebuah senyuman..!

Friday, October 18, 2013
Sindrom Aku... dan sebuah kereta hybrid di bawah tiang lampu...!
.
*****
Ini adalah entri tentang motivasi diri; perjuangan ke arah memantapkan peribadi diri, pertarungan melawan sikap-dan-peribadi yang suka menyepi jauh di sudut jatidiri agar bisa berdiri dengan satu ibujari-kaki, perbalahan antara keberanian-yang-cold-blooded dengan schizophrenic-melancholy, dan penjiwaan-tegar yang mungkin ada pada bipolar...!!!
Oleh itu, berhati-hatilah membaca artikel ini, dan kalau boleh, janganla artikel ini cuba untuk difahami...!!!
*****
.
Sindrom Aku bermula dengan kata aku... ya, kata "Aku", kawan.!
Sesungguhnya, Sindrom Aku bukanla sejenis wabak penyakit bawaan kuman, sebaliknya putingbeliung-yang-membadai-semangat yang bisa membuatkan jiwa kita berterbangan seperti puing-puing yang dilayang oleh taufan, yang bisa jugak memecahbelahkan akal kita lalu akal kita itu berpusarpusar seperti sampahsarap yang tersedut ke dasar sungai yang tercemar sisa toksik.
Nah.! Jestru itu, adalah lebih baik jika kita taburkan sedikit usaha, kekangi ia, agar kita tidak terperosok ke lantai-sasau, agar kita tidak terhantuk tiang-trauma, dan jugak, agar kita tidak tergelincir ke lurah malapetaka-jiwa... lalu kita bangkit, dan berkata akula, saya. 'Saya'.
Bila kita berkata aku, sebagai ganti diri, maka Sindrom Aku itu sudahpun ada lubuknya yang tersendiri dalam personaliti, sudah ada bekas kaki dalam sikap dan capjari di jatidiri...
A. Contoh yang biasa, kawan.!
B. Contoh yang mula nak pelik, kawan.!
C. Contoh ini lebih pelik lagi, kawan.!

- Aku hodoh : sebenarnya dia bukanla hodoh, sajer jer nak kata dia segan nak ada ramai kawan yang meminati.
- Aku tak rajin : sebenarnya dia nak memerintah jer, nak suruh orang buat itu buat ini untuk dia, tanpa ada kompromi, tanpa ada empati, jauh sekali ada simpati.
B. Contoh yang mula nak pelik, kawan.!
- Aku tak pandai metamatik : sebenarnya dia malas nak mengira, atau berkira, tapi takla bodo. Sebaliknya dia suka melihat orang terlepas pandang pada angka di dalam kira-kira, seperti kesan kenaikan harga gula pada mereka yang menghidap kencing manis.
- Aku sedia berbakti : sebenarnya dia bukanla nak berbakti sangatpun, sebaliknya, dia sedang mengintai setiap peluang yang ada, melakar setiap jalan dan lekuk, menggapai pucuk dan mengorek lubuk, agar tercapai segala cita-cita dan niat di dada.
C. Contoh ini lebih pelik lagi, kawan.!
- Aku nak kereta hybrid : sebenarnya dia nak bagitau, kereta hybrid belumla terbukti cemerlang, tapi kerana itu saja jalan keluar untuk mengelak dari terlebih menerima subsidi petrol, agar petrol tidakla perlu disubsidikan lagi suatu hari nanti. Lalu dia berdiri di bawah tiang lampu bersama angan-angan, bersama bayang-bayang samar sebuah kereta hybrid. Di situ dia berteleku...!!!
.
salam.
.
Monday, October 14, 2013
Di antara kelabu jalan berbatu dan hijau mucuna di longkang... ada aku...!!! yang bercerita dalam senyum bersaksikan langit biru...!!!
.
biarla foto yang bercerita...
...kerana aku tak layak untuk bercerita.
kerana aku bukanla yang dari di dalam kereta itu, yang merangkak keluar, yang tersepit di antara bumbung dan punggung...! yang keluar berjalan terhuyung-huyung...!!
...aku cumala atau hanyala berposing sebaik rupa, seceria suasana, sesegar pagi selepas hujan malam yang datang bersama guruh berdentam-dentum sabung-menyabung bersama kilat yang berakar-akar sambar-menyambar...!!!
.
biar saja foto bicara, kawan...!!!

Thursday, October 10, 2013
Leadership... - taking charge vs taking control...!!!
*****
.
artikel ini sensitif sifatnya, panas isinya, bisa membuat sesiapa sahaja mengganas...!
jesteru itu, saya berseru, kepada saudara2 pembaca, sekiranya anda tidak mampu menahan sebak jugak tidak mampu menahan sepak. diharap anda berhenti membaca artikel ini, selepas titik ini. .
.
*****
artikel ini adalah tentang leadership, kemajuan dan ketingalan-kemajuan (saya tak cakap kemunduran, kerana kemunduran bermaksud undur, dalam menyebut kemajuan, yang berkadaran secara langsung dengan masa, mana mungkin masa itu bisa diundur, lantas kemunduran tidakla tepat.), yang dicetus oleh leadership itu... jugak menceritakan keadaan sebuah leadership yang terbentuk dalam sesebuah organisasi, yang bertunjangkan amalan dan visi, yang dijunjung dan juga disanjung oleh tenagakerja organisasi itu...!!!
.
tiada istilah tepat tentang leadership sebenarnya, tetapi yang tepat, adalah, leadership itu ada kaitan dengan orang yang diberi peranan menjadi teraju, contohnya perdana menteri atau pembangkang-perdana menteri...
.
ada dua pembawaan leadership, kawan...!!!
.
yang sensitifnya artikel ini terletak di sketsa di bawah ini kawan.! walaupun sekadar imitasi kepada penjiwaan pembawaan watak-watak pemimpin-pemimpin... tetapi kesan dan jugak tempiasnya sangatla terkesan...!!... harap bertenang, kawan.!
.
...meniru aksi pemimpin...!!! inila maksudku, kawan.!
.
ini mungkin gaya tun.M selepas dia berkata, melayu mudah lupa...!!!
.
.
ini pula gaya bangNuar, yang hairan, kenapa melayu...?!
.
.
...kadangla kita juga lihat pemimpin kita, ada ketikanya suka-dan-ceria. inila kebanyakkan gaya tun.M bila suka-dan-ceria, kawan.!
.
.
ada masanya, kita lihat pemimpin kita, seperti sedang tersiksa jiwa...! seperti ini, kawan.! mungkin jugak gaya bangNuar, yang bila ditanya, siapakah jejaka itu...?!

- yang pertama, taking charge. dalam taking charge ini, seorang leader adalah seorang yang seumpama ular yang menyusur akar, tidak akan hilang bisanya...!!!
- yang kedua, taking control. dalam taking control ini, seorang leader tidak membenarkan pelepah melampaui pucuk...!!!
.
yang sensitifnya artikel ini terletak di sketsa di bawah ini kawan.! walaupun sekadar imitasi kepada penjiwaan pembawaan watak-watak pemimpin-pemimpin... tetapi kesan dan jugak tempiasnya sangatla terkesan...!!... harap bertenang, kawan.!
.
...meniru aksi pemimpin...!!! inila maksudku, kawan.!
.
ini mungkin gaya tun.M selepas dia berkata, melayu mudah lupa...!!!
.
.
ini pula gaya bangNuar, yang hairan, kenapa melayu...?!
.
.
...kadangla kita juga lihat pemimpin kita, ada ketikanya suka-dan-ceria. inila kebanyakkan gaya tun.M bila suka-dan-ceria, kawan.!
.
.
ada masanya, kita lihat pemimpin kita, seperti sedang tersiksa jiwa...! seperti ini, kawan.! mungkin jugak gaya bangNuar, yang bila ditanya, siapakah jejaka itu...?!
.
.
salam.
.
Tuesday, October 8, 2013
Penans at Murum Dam...!!!
.
sekalisekala buh tajuk yang sangat sedikit kaitannya dengan cerita... sekurang2 Dino tak perasan, dia jadi mangsa keadaan dalam sketsa ringkas nih...! hahaha...
.
*****
Leman Gondol tidakla gondol seperti namanya, rambutnya panjang, sama panjang dengan rambut ahli kumpulan rock'n'roll Wings. Awie. Pekerjaan Leman Gondol, ialah barber, namanya itu ada kaitan dengan pekerjaannya jugak. Hari ini Leman Gondol sakit gigi, barber salonnya tidak tutup, Dino ambil alih kerja-kerja di barber salon itu.
.....
Sekejap-sekejap merapati cermin, beranjak ke belakang, merapati semula. Azlan menyisir rambut dengan jari, panjang! Keputusan untuk memotong rambut sudah dua hari tertangguh kerana Azlan sedang berkira-kira, sekiranya dipotong rambut itu, kepalanya yang dah mula terang, mungkin akan lebih terang lagi. Ada ketikanya, Azlan berfikir, lebih baik aku bela janggut panjang-panjang supaya orang tidak perasan kepala aku dah mula terang...! Azlan duduk semula dibangku menunggu di barber salon Leman Gondol...
Gunting je la... bisik Jamal. Jamal lalu mencapai paper. Azlan menjeling paper 'bintang' yang ditatang Jamal, sempat dia menangkap pandang satu tajuk "Penans at Murum Dam...."... ini mesti pasal politik.! Azlan bangkit semula, memandang dirinya di cermin, menyisir-nyisir rambut dengan jari, duduk semula.
Susah eh, nak buat keputusan...!
Gunting je...!, sahut Jamal. Agak tinggi suaranya.
Azlan ikut kata Jamal. Dino, yang sejak dari tadi menunggu, senyum dia. Mungkin kerana rambut Azlan walaupun panjang, tapi sedikit, maka sedikit jugala yang perlu digunting, kerjanya akan lebih cepat, upahnya tetap sama...!!!
Bukan main gembira lagi Jamal, mana tidaknya, sudah dua hari dia temankan Azlan ke barber salon Leman Gondol, tapi pulang tanpa hasil, ini yang ketiga...!
Nak gunting macam mana, bos?!
Macam biasa...
OK bos...!
Azlan seperti terpukau apabila rambutnya dibelai, dia pejamkan mata, membayangkan penampilan baharunya nanti... lalu terlelap.!
Siap bos! Dino mengejutkan Azlan. Masa gunting rambut pun boleh terlena mamat nih!, dasar kaki tidur!, sindir Dino.
Azlan terkejut, terkebilkebil, sempat juga menguap.! Ngape pendek nar ko gunting, bro? Nih dah kira gondol, bro.! sambil merenung tajam pada Dino.
Masa aku tengah gunting tadi, kau sepatutnya tegur...! balas Dino. Yakin, selamba, tidak berjiwa.!
Azlan mengetap bibir. Bayar dan beredar...
...
Ketika sedang memancing mimpi dalam dingin dinihari, Dino dikejutkan oleh ketukan kuat di pintu.
Apa hal, bro?! tanyanya kepada Jamal yang sedang tercungap-cungap di muka pintu. Menggelabah gayanya.
Barber salon Leman Gondol terbakar brader.! Dibakar orang.!
Dino masuk meninggalkan Jamal terpinga-pinga, muncul semula sambil memikul selaras senapang.! Jamal yang masih lagi berdiri di muka pintu, sudah mula teratur nafasnya, kurang pula gelabahnya...
Kau nak buat apa dengan senapang tuh brader?!
Nak tembak la...!!!, sahut Dino, sambil terbongkok-bongkok.
Simpan je la senapang air ko tuh...!!!
Yang penting aku,... tembak.!!!!!, Dino melaung meraung, bergema suaranya dalam dingin dinihari... seperti suara di dalam gaung...!

Thursday, October 3, 2013
Setinggi-tinggi engkau terbang, sekuat mana pun kau berlari, akhirnya pada tanah engkau berbudi...!
.
sms diterima begini :
...."Aslkum tuan...ku rsa brenti jk ku tuan last lh aku bln tok"
.
aku pulak balas begini :
..."Ctowk lowk man."
.
Negeri Sarawak ini besar, kawan.! Nak hampir sebesar semenanjung.! Semua pun tahu, Dino pun tahu...
Yang Dino tak tahu ialah, Sarawak, mengapa kemajuan dan pembangunannya lain macam jeh jika dibandingkan dengan semenanjung...?!
Dino tahu, lagi ramai orang di satu-satu negeri, lagila ramai orang beli-membeli jual-menjual curi-mencuri juga buli-membuli. Yang Dino tak tahu kenapala Sarawak itu, besar negerinya, tetapi ramai warganya pergi... meninggalkan negeri mencari rezeki di lain negeri...?!
Dino tahu, di Sarawak, banyak tempat boleh digali untuk tambah rezeki, seperti di Miri, ada minyak, di pelusuk lain pula ada arang batu. Yang Dino tak tahu, kenapala Sarawak banyak empangan hydro tapi sikit industri...?!
Azlan kata, kesimpulannya, begini :
.....kepercayaan yang berpegang kepada budaya dan tradisi yang jika tidak diwarisi, maka tulah adalah inti...!!!