Friday, October 18, 2013

Sindrom Aku... dan sebuah kereta hybrid di bawah tiang lampu...!

.
*****

Ini adalah entri tentang motivasi diri; perjuangan ke arah memantapkan peribadi diri, pertarungan melawan sikap-dan-peribadi yang suka menyepi jauh di sudut jatidiri agar bisa berdiri dengan satu ibujari-kaki, perbalahan antara keberanian-yang-cold-blooded dengan schizophrenic-melancholy, dan penjiwaan-tegar yang mungkin ada pada bipolar...!!!

Oleh itu, berhati-hatilah membaca artikel ini, dan kalau boleh, janganla artikel ini cuba untuk difahami...!!!

*****
.
Sindrom Aku bermula dengan kata aku... ya, kata "Aku", kawan.!

Sesungguhnya, Sindrom Aku bukanla sejenis wabak penyakit bawaan kuman, sebaliknya putingbeliung-yang-membadai-semangat yang bisa membuatkan jiwa kita berterbangan seperti puing-puing yang dilayang oleh taufan, yang bisa jugak memecahbelahkan akal kita lalu akal kita itu berpusarpusar seperti sampahsarap yang tersedut ke dasar sungai yang tercemar sisa toksik.

Nah.! Jestru itu, adalah lebih baik jika kita taburkan sedikit usaha, kekangi ia, agar kita tidak terperosok ke lantai-sasau, agar kita tidak terhantuk tiang-trauma, dan jugak, agar kita tidak tergelincir ke lurah malapetaka-jiwa... lalu kita bangkit, dan berkata akula, saya. 'Saya'.

Bila kita berkata aku, sebagai ganti diri, maka Sindrom Aku itu sudahpun ada lubuknya yang tersendiri dalam personaliti, sudah ada bekas kaki dalam sikap dan capjari di jatidiri...

A. Contoh yang biasa, kawan.!
  1. Aku hodoh : sebenarnya dia bukanla hodoh, sajer jer nak kata dia segan nak ada ramai kawan yang meminati.
  2. Aku tak rajin : sebenarnya dia nak memerintah jer, nak suruh orang buat itu buat ini untuk dia, tanpa ada kompromi, tanpa ada empati, jauh sekali ada simpati.

B. Contoh yang mula nak pelik, kawan.!
  1. Aku tak pandai metamatik : sebenarnya dia malas nak mengira, atau berkira, tapi takla bodo. Sebaliknya dia suka melihat orang terlepas pandang pada angka di dalam kira-kira, seperti kesan kenaikan harga gula pada mereka yang menghidap kencing manis.
  2. Aku sedia berbakti : sebenarnya dia bukanla nak berbakti sangatpun, sebaliknya, dia sedang mengintai setiap peluang yang ada, melakar setiap jalan dan lekuk, menggapai pucuk dan mengorek lubuk, agar tercapai segala cita-cita dan niat di dada.

C. Contoh ini lebih pelik lagi, kawan.!
  1. Aku nak kereta hybrid : sebenarnya dia nak bagitau, kereta hybrid belumla terbukti cemerlang, tapi kerana itu saja jalan keluar untuk mengelak dari terlebih menerima subsidi petrol, agar petrol tidakla perlu disubsidikan lagi suatu hari nanti. Lalu dia berdiri di bawah tiang lampu bersama angan-angan, bersama bayang-bayang samar sebuah kereta hybrid. Di situ dia berteleku...!!!


.

salam.

.

6 comments:

  1. Aku memanggil "Aku" kepada aku.
    Kadang-kadang yang menyahut adalah "Saya".
    Mungkin karena situasi memerlukan aku menjadi "Saya".

    Tapi "Aku" tidak langsung bersifat kurang ajar... malahan ianya tanda keakraban...
    kerana aku berbahasa "Aku" dengan Tuhanku...

    ReplyDelete
  2. kadang kala saya dungu... selalunya memang dungu... ;(

    ReplyDelete
  3. "berdiri dengan satu ibujari-kaki"

    aku kagum dengan sesiapa yang boleh buat begitu.

    aku tahu seseorang yang tidak pandai dalam akademik, tapi dia pandai memanipulasi orang sekeliling nya untuk mendapatkan apa yang dia hendak.

    ReplyDelete
  4. Dino,

    kereta hybrid, bateri bulih tahan braper lama...?


    .
    CPL,

    aku... akula hensem-maco. hehehe

    .
    tata,

    ...orng macam tuh memangla yg paling ramai dalam bell-curve. :)

    .

    ReplyDelete
  5. sungguh, citer rusa kat atas tu pun aku tak faham, apakah lagi citer ini..aku sangat tak faham..

    ReplyDelete
  6. LW,

    ...criter tentang nak beli kreta hybrid kak!. tetapi terperangkap dalam ketaktentuan persekitaran ekonomi semasa...

    ReplyDelete