Sunday, October 27, 2013

Lattices of Sarawak : Bajet 2014, ada RM500juta untuk Projek Pan-Borneo Highway...!!!. bagai pucuk yang dicita, ulam yang diterima...!!!

.
Di Sarawak, secara amnya, untuk memberi impak pada kemajuan, sangatla bergantung dan sangatla berharap pada jaringan jalanraya, bandar-kampung-pelabuhan-bandar, supaya pergantungan kepada pengangkutan menggunakan sungai boleh dikurangkan. (Sungai masih jugak digunakan walaupun sungai itu pasangnya sudah tidak tinggi, airnya sudah tidak jernih, tohor dikebanyakkan tempat... kerana oleh lumpur dan kelodak.! kerana banyak dah pokok-pokok direbah dibalak.!)...!

Di Sarawak, peruntukkan RM500juta itu, bila sampai di telinga rakyat jelata, sukanya mereka menerima khabar itu, tidak terkata...!!! bagai pucuk yang dicita, ulam yang diterima...
...maka,

kepada pak menteri, yang bergelar yb yang datang dengan senyuman mengaut, yang mereka sambut tanpa perlu dijemput, lalu bunga-bunga pun disematkan di baju yb itu.
kepada pak menteri itu, mereka pun bersabda, lalu mengadu, dan lantas berharap agar sebuah jalanraya, yang benar-benar jalanraya disiapkan... ya!, jalanraya yang benar-benar disiapkan, kawan.!...
...dan supaya,

ketika mereka, rakyat jelata itu, memandu kereta di jalanraya itu, tidakla perlu untuk kereta itu menggelongsor kerana jalan tanah yang licin ketika hujan, tidakla perlu untuk mereka melihat keajaiban kepulan-kepulan debu yang berterbangan membungkus jalan tanah yang kering-kekontangan ketika tidak hujan - lalu debu-debu itu disedut bersama nafas-nafas kalut, dalam tercungap-cungap seakan semput...! kerana di dalam ruang yang diselimuti kepulan-kepulan debu itu, masih ada sedikit udara bersih, oksigennya masih sama...!!....

...memang benar,
mereka juga, senantiasa melihat jentera-jentera berat yang sedang korek-korek, cacak-cacak, kaut-kaut, muat-muat, juga angkat-angkat... ada jalanraya yang sedang dibuat, yang dibuat sedepa-sedepa, (eh, sedepa-sedepa...???!!!) dari uang yang berjuta-juta itu...

maka itu,
sekali lagi, dari uang itu jugak, mereka dalam rendah diri, berdoa lagi, seperti doa-doa mereka setahun saban setahun yang telah berlalu bertahun tahun...
agar ada,
jalanraya yang benar nampak di mata - yang ada kereta-kereta di atasnya, bukannya sebuah jalanraya yang berjalan-jalan, bersukaria, dan boleh berpesta-pesta...!!!

oya, kepada abang menteri - yang suka membuat jalanraya, saya nak tanya... jalanraya yang 17.8km tu bila nak siap bro...?! yang dari simpang Beluru menuju ke Pekan Bakong.!. dah lapan tahun tuh bro.! letih eh memandu di jalanraya yang ruper itu bro.! nak terseliuh dah pinggang bro...!!! (*kekadang, adik pun mengadu... kerana pinggang kurang membantu...!!!)...
.



salam.

.

.

6 comments:

  1. sepa, korang ada roti Gardenia tak?

    ReplyDelete
  2. Aku dah jemu dgn taktik curi duit gitu...

    ReplyDelete
  3. boleh saya beri hadiah nobel kepada entri ini? ngeeee~

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. tata,

    ada.
    ada roti gardenia, kilang jeh takdak.


    Dino,

    bro...!


    gB,

    tulis sebaris dua camnih boleh dapat hadiah jugak yer... :)


    .

    ReplyDelete
  6. tahniah... komen yg membina perlu disuarakan...

    ReplyDelete