Wednesday, September 25, 2013

Ciri-ciri penerima BRIM... dan sebuah catatannya.!

.
Satira politik adalah genre asal blog nih, namun kerana sensitiviti, kurang dah saya tulis... tetapi, dek kerana melibatkan Dino, saya tulisla jugak sedikit sinikal sekadar yang termampu... selagi tidak menggangu...!!!

.

Harga petrol yang diturunkan subsidi sedikit sebanyak menjentik emosi Dino. Dino, sukar menerima hakikat bahawa ada benarnya, ada pentingnya dan ada ke-macho-an yang tersirat di sebalik penurunan subsidi itu. Sudah tidak keruan dia, seolah dia sedang makan kepayang tetapi tak mampu ditelan...!

Andainya permintaan (lebih tepat lagi - keluhan dan luahan rasa) Dino tertunai, dan tidak semena-mena, Dino menerima kupon (atau cek) BRIM lima ratus ringgit, yang diserahkan oleh yb-yb, di hotel lima bintang (selalunya di dewan atau balairaya),
...apakah agaknya tempias pemberian itu ke atas ekonomi negara...???!!!


.
Pertama sekali, Dino akan merasa sungguh gembira sperti budak tadika menerima hadiah permainan B-Daman, sungguh teruja seperti seorang tua yang rongak mendapat gigi palsu, sungguh girang seperti TKI yang berpeluang balik kampung mambawa pulang 10peket Milo, dan sungguh terharu seperti seorang nelayan bertemu sekawan cencaru...

.....

...dimaklumkan jugak, Dino adalah tergolong di dalam grup rakyat Malaysia yang hanya mungkin dua ratus ribu orang sahaja jumlahnya dari 26juta rakyat Malaysia. Dia yang dari grup yang sentiasa mengkritik beberapa keputusan kerajaan yang dibuat oleh pegawai-pegawai yang masih alang-alang sahaja pemikiran kritikalnya, dari grup yang berfikir bahawa logik adalah predictable, dan katanya, berfikir harusla di luar logik - berfikir di luar kotak (out of the box)...
...mungkinkah ekonomi negara terkesan oleh pemberian BRIM, yang diberikan kepada orang-orang seperti di dalam grup itu...?!

.....
Ya... memang terkesan kawan, secara positif...!!!
.....

kerana...

.....dengan uang BRIM itu, Dino mungkin gunakan untuk tujuan :
  1. Main golf kah?, atau
  2. Sewa bot, pergi memancing kah?, atau jugak
  3. ke Yun Nam buat rawatan lebatkan rambutkah?
.
.
.
tapi, yang jelasnya...

...Dino akan kekal menyimpan uang BRIM itu, kerana dia masih berfikir-fikir, untuk di-apa-apa-kan uang itu...???!!!




.


salam.

.

Sunday, September 22, 2013

Nescafe Ipoh White Coffee sungguh sedap rasanya... tapi, ada masanya kopi itu membuatkan kita kecewa, kawan...!!!

.
kita akan kecewa :
  • apabila kita menjerang air, suiz cerek letrik kita terlupa hidupkan.
  • apabila air dah mendidih, kita terlupa pulak nak bancuh kopi... air dah jadi suam! kenala jerang sekali lagi.
  • apabila nak bancuh kopi, cangkir pulak tak ada... sebab cangkir belum dicuci.
  • apabila nak bancuh kopi, sekali lagi, air menjadi suam semula... sebab kita toskan cangkir tadi lama sangat! kenala jerang sekali (sekali) lagi.

...

...akhirnya, kita berjaya bancuh secangkir kopi, Nescafe Ipoh White Coffee, untuk kita nikmati dalam dingin pagi...
perlahanlahan kita hirup, sikitsikit kita hirup... kerana kopi itu masih panas...!!!

...
kita akan kecewa : (sekali lagi)
  • apabila sementara menunggu kopi itu menjadi suam, kita membaca sebuah novel, untuk membunuh masa menunggu. dek kerana asyiknya membaca, kopi dah sejuk (sungguh tak kaw minum kopi sejuk eh!)... kita hirupla jugak, sampai tinggal separuh, dan sambung membaca.
  • apabila kopi yang tinggal separuh itu tadi, dihurung oleh semut (sehingga warna cangkir menjadi warna semut - sungguh banyak semutnya, kawan!)... tak boleh minum dah.! terpaksala kita buang...!!! (asyik sangatla membaca, sehingga kopi bertukar warna!!!)

kita akan kecewa : (sekali (sekali lagi) lagi)
  • apabila kita nak bancuh secangkir kopi lagi, (kali ini, cangkir dah siap cuci, dah toskan pun!, menjerang air pun kita tunggu!.), kita terpaksala pula minum air mati sahaja...!!!

...kerana

  • kopi Nescafe Ipoh White Coffee yang kita bancuh tadi,  itu adalah...


...peket yang terakhir...!!!


.

salam.

.

Friday, September 20, 2013

Kisah seram tentang pontianak... !!!

.
Ketika aku balik dari kerja, hari sudah mula berada di ambang maghrib. Aku nampak seorang perempuan sedang berdiri di luar pintu pagar, dia sedang menyandang sebuah beg. Dia ialah pekerja di kilang tempat aku berkerja... Aku berhentikan hilux, menegurnya.

Aku tanya, apa kamu buat berdiri tercegat? Dia jawab, sedang menunggu untuk dijemput oleh lakinya. Ha ah!, jawabku, bersahaja dan mengangguk jugak. Sedang aku mahu mula beredar pergi, dia memanggil aku. Bos, bos, sudah tiga hari di perumahan kita heboh ada hantu. Hantu perempuan, bos.! Merah matanya, kukunya bergerigi, rambutnya terurai kusut tak keruan...!!!

Aku anggukangguk kecil, tersenyum menyeringai. Aku melemparkan pula pandangan ke kaki langit, kemudian menikam pandang itu ke arah bukit-bukit di arah matahari terbenam, bulan sedang mula muncul dari balik bukit-bukit itu, dan malam nanti tinggila duduk bulan itu di dada langit, bulan yang mengambang penuh. Tatkala bulan mengambang penuh di kehidupan yang jauh di pedalaman sini, malam sungguh menyeramkan. Cahaya bulan itu berkilaukilau terpancar di puncakpuncak bukit, bersinarsinar di pucukpucuk pokok, tempias cahayanya remang menyiram jalan dan lorong. Jalan yang berdebu seperti berselimut kabus yang tebal menampan cahaya bulan. Sesekali apabila anjinganjing menyalak, meremang bulu roma dibuatnya, bisa saja terbayangkan vampire sedang menunggu di simpang jalan, sedang mengintai di balik semak, dari di dalam parit, atau jugak dari di tebing anak sungai.

Tutup pintu, bos! Kalau ada orang mengetuk pintu, janganla dibuka, mungkin sekali itu dia, pesannya lagi. Lalu aku beredar, dan...

HAHAHAHAHAHA...!!!

Aku gelakbesar dan ketawasemauhati, tak takut langsung eh! Sekali aku laungkan azan, bercempera dia lari mencari jamban...!!!


.


salam.

.

Thursday, September 19, 2013

Jembalang itu wujud bukan di dalam balang, tetapi di celah-celah orang...!!!

.
Aku menyedari bahawa sebenarnya nama kita boleh berubah juga mengikut suasana setempat, boleh juga berubah berkitaran dengan masa, dan juga dalam pergaulan oleh keperluan kehendak rakanrakan kawankawan serta komuniti...

kita lihat contohcontoh di bawah ini, kawan :

Ada seorang kawan berasal dari Langkap, di negeri Perak, kerana nama tempat itu pelik bunyinya maka dia diberi nama Langkap. Namanya di IC Ahmad Fauzi.

Ada seorang kawan sangat berkarisma, sayang sekali bila berdiri bersama-sama di kalangan kawankawan, dialah yang paling rendah. Petah dan pandai bersilat dengan kata-kata mungkin kerana dia mewarisi kelebihan paknya, yang pernah menulis buku dan mengarah sketsa drama, dan dia sentiasa sangat berusaha untuk memenangkan diri. Jadi satu cara untuk menundukkan kelebihannya, adalah dengan cara merendahkannya juga. Maka, dia diberi nama Pendek. Namanya IC Shahromie, paknya bernama pena Kalam Hamdi.

Ada seorang kawan, dia seorang yang kacak, sebaliknya kacaknya itu telah menjadikannya seorang yang serba slowandsteady. Sekiranya berjanji berjumpa dengannya, harus diundurkan masa, setengah jam paling kurang, maka dia akan tepat sampai pada masa yang dijanjikan. Langkah kakinya sangat teratur terkawal kerana bila berjalan itu dia jugak slow. Paling unik, bila bangkit dari tidur, dia masih mampu duduk lamalama, merenung dinding, berkirakira atau sedang berfikir apakah perlu untuk mandi. Dek kerana slowandsteady dia itu, dia diberi nama Lengai. Namanya Mohd Faisal.

Ada pula seorang kawan jugak, namanya lebih panjang daripada nama paknya, lalu dia diberi nama Mamat. Namanya Azhari bin Mamat.

*****

Jembalang datang tidak perlu diundang, kawan.! Jembalang bisa wujud dalam terang di celahcelah orang...!!! kenapa.?! biar aku cerita, kawan.

Ketika generator diesel 150kW hendak dihidupkan jam 4pagi, untuk menerangi wilayah di kehidupan yang jauh di pedalaman di sini, agar warganya yang seharusnya bangun di awal pagi, dinihari, bisa menjerang air dan memasak sarapan dalam terang lampu kalimantang, kunci ignition pulak yang hilang.
Di muster pagi itu, bukan main marah lagi Sekuriti Manager. Dalam muster itu jugak dia tanya, siapakah yang mengambil kunci itu. Tiada seorangpun yang menjawab, ada yang menundukkan kepala, ada yang memandang kaku dia, semuanya hanya berdiri tanpa sepatah kata. Dia tanya lagi... Masih tiada yang menjawab.! Dek kerana kecewa, sebab tiada yang mahu mengaku, dia lalu tukas "jembalang kah yang ambil...!!!".
Semenjak dari hari itu, dia mendapat nama Jembalang...!!! Namanya Harman.


.
Dino.!  cer ko criter, camner ko bulih diberi nama itu.
Nama aku Sepa sebab depa kata nama pak lebih mudah disebut. Aku Hasri bin Hasfa.


.

salam.

.

Saturday, September 14, 2013

Teknik mudah mengenali seorang MD.

.
MD ialah acronym untuk Managing Director, kawan. Managing Director ini ialah seorang yang bergelar pegawai teratas sesebuah syarikat, atau jugak majikan la dari segi legislativenya. cukup. tak perlu saya huraikan lebih panjang lagi, kawan. untuk tahu lebih silala gugel.

.
apakah itu tugas seorang MD ini, kawan.?
tidak keterlaluan bila saya katakan tugasnya hanyala menurunkan tandatangan, sekalisekala sahaja, satu dua sahaja, dan mungkin dalam tempoh kerjanya untuk gaji sebulan, dia turunkan hanya satu tandatangan...
depa ini, mungkin suka membaca tapi kurang bercerita, mungkin tak banyak beritanya tapi tau banyak berita, mungkin banyak berjalan tapi jalannya laju seperti orang hendak ke bulan...!!!
mereka ini sarat dengan pengalaman, penuh dengan visi, sendat dengan misi, terjaga sekuriti dan ada self-esteem...!!! 
.
satu soalan, kawan.
marila kita cuba mengenali, dari gambar di bawah ini, siapakah dia yang digelar MD itu, kawan?!
.
grup foto :
.
klu :
mereka yang bergelar MD ini, ada ketikanya seperti itik yang sekejap2 tertolehtoleh ke kiri ke kanan, ada risau, ada rimas, tapi tak mungkin lemas.! tertolehtoleh manalah tahu ada orang yang datang menangkap lalu menyembelih mereka, untuk dibuat itik gantung.!!
...mereka tidak seperti seekor merak, yang sekejapsekejap mendabik dada mengepakngepak warnawarni sayap mereka... mereka seperti itik, kawan, - menyudunyudu; sekejapsekejap dapat sepat, sekejapsekejap dapat seluang, sekejapsekejap dapat baung, ada masanya dapat haruan...!!! cacingpun depa dapat jugak, kawan...!!!


.
kepada sesiapa yang sedang cuba, dan sedang berusaha untuk meneka, silala abaikan mamat yang di kanan sekali itu, kerana dia hanyala seorang yang hensem-maco...!!!


.
oya, sebelum saya mengumumkan keputusan, saya hadiahi sebuah tepuk tangan... "prap pap pap, prap pap pap, prap pap pap"...

keputusannya :
MD ialah mamat yang kedua dari kanan, nampak berat kepalanya menjinjing sebuah harapan negara, menyandang sebuah beban syarikat, memikul segala keperluan kejayaan dan menupang segala lubang dan kepincangan...!!! sebab itula dia nampak berat, nampak tertunduk, nampak seolah dihimpit ditekan oleh keperluan keadaan...!

namanya Tomoyuki dari FujiOil, kawan.!

.


salam.

.

Thursday, September 12, 2013

Photography : sebuah tips tentang tangan...!!!

.
kesukaran yang sering dialami oleh jurufoto ialah :



.
"bagaimana untuk memposisikan tangan apabila mengambil gambar orang yang sedang berdiri..."







.
mari aku ceritakan sedikit, kawan...!!!
kita tengok dari satu gambar ke satu gambar... dan kita cerita, apa tangan itu cuba sampaikan.

.
Gambar 1 :
Bila kita sedang bercerita, tangan kita gunakan untuk memancing perhatian...!!!
Dia meletakkan tangan ke bawah tanda mendengar dan cuba untuk menerima, dan sekaligus setuju...!

.
Gambar 2 :
Bila dia bercerita, tangan dia gunakan sebagai semacam instrumen untuk menerangkan, apa yang kompleks dan ada komplikated agar nampak mudah dan senang difahami...!!!
Kita letak tangan ke bawah tanda sedang cuba memahami dan meneliti..!.

.
Gambar 3 :
Bila kedua-dua kita dan dia melepaskan tangan masingmasing...!!!
Itula tanda saling cuba menerima, memahami dan saling juga cuba mengenali dengan cara merendah diri...!

.
Gambar 4 :
Bergambar beramairamai begini, menunjukkan ada harmoni...!!!
.
...dan kalau boleh, janganla letak tangan di dalam kocek seluar - boleh buruk sangka...!, seperti mamat bebaju belang tu...!!!
...dan kalau boleh, janganla jugak letak tangan di tempat adik - boleh menarik perhatian orang untuk cuba mengintai adik...!, seperti mamat yang dikanan sekali tu...!!!
.


oya, mamat yang di tengahtengah itu nampak sedikit maco...!!! hah.!
...dan mamat yang berbaju biru seluar jugak biru itu, ada kaitan dengan TH Plantations Berhad, sila rujuk di sini... namanya Dato' Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin, CEO.



.



salam.


.

Tuesday, September 10, 2013

UPSR 2013

.
kepada Hanna,

selamat menghadapi UPSR2013.

semoga tenang menghadapi peperiksaan itu dan ada yakin,
...dan good luck.



.
salam.

Sunday, September 8, 2013

Kerja rumah merupakan sebuah pintu gerbang yang menghubungkan sekolah dengan rumah...!!!

.
>>>>>
sebuah pengajaran dari kisah benar...!!!
>>>>>

Di atas pentas itu, Hasif sedang berdiri bersama-sama dengan rakan sekelasnya. 26 orang mereka. Hasif-la ketuanya. Tiada gentar tiada debar tiada gemuruh, mereka seperti sudah sangat terbiasa dengan pentas itu, seperti sedang berada si sebuah taman permainan yang setiap orang tanpa ada segan tanpa canggung. Mereka yakin.

Hari ini Hasif dan rakan sekelasnya akan mendendangkan sebuah nasyid, sebuah pertandingan sebenarnya. Satu minggu mereka sudah berlatih dan melatih diri, untuk bisa menyampaikan sebuah nasyid. Gaya keyakinan ada semangat jugak, optimistik dan konfiden. Di dewan itu, pak-mak guru-guru dan tetamu khas sudah mula merasakan kehangatan persembahan nasyid dari tadika Hikmah dak Hasif. Mula-mula sepi dan ada tekun sebuah penghayatan terpampang di wajah penonton-penonton, beberapa ketika kemudian kedengaran satu dua suara... lama-kelamaan semakin banyak pula suara dan semakin banyak lagi sehingga dewan seakan riuh, kerana terpukau atau mungkin terkesima melihat gelagat peserta-peserta yang bertingkah-tingkah suara mereka, sedangkan nasyid harus la disampaikan secara harmoni dalam nada-dan-suara gemersik gemercing nyaring. Sebaliknya, suara bertingkah-tingkah itu adalah suara anak-anak kecil tadika Hikmah, yang masih sedang berbincang. Berbincang untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menggunakan mikrofon yang tercangkuk di tiang yang tertegak hanya satu...

.....
balik kepada tajuk di atas.
.....

suka saya tegaskan di sini, bahawa kerja rumah itu sangat penting sifatnya... percayala wahai cikgu dan guru...! kerja rumah merupakan sebuah gerbang yang menghubungkan sekolah dengan rumah... percayala sekali lagi... kenapa.??? biar saya ceritakan, kawan.

Di awal tahun2013, umur Hasif dalam tahun umur 5 tahun. Dia mintak disekolahkan, tapi pak-maknya masih belum setuju kerana pak-maknya berpendapat, umur 6 tahun la paling sesuai untuk memulakan persekolahan. Memandangkan Hasif punya karisma tersendiri, pak-maknya beralah. Lagipun dia sudah pandai memegang mencampak menyambut, dia jugak sudah petah bercakap, dia jugak tahu sekiranya hendak kencing harus dikeluarkan punai itu dari seluar. Dia jugak punya beg sekolah, setiap tahun sejak dari umur tiga tahun dia sudah membeli beg sekolah, jadi tahun ini beg sekolah itu dimanfaatkan. Dia girang bukan kepalang, beg itu diusapnya saban waktu seperti mengusap kepala kucing seperti jugak mengusap badan rabbit.

Setiap hari, apabila balik dari sekolah, Hasif pasti ada kerja rumah. Pelikkan.? Kenapala anak sekecil itu diberikan kerja rumah? Kenapa tidak diajar dengan hanya mendengar, atau munyusun bongkah yang ada huruf ada gambar atau menulis satu dua huruf, kawan? Sifat ingin tahu itula yang menyebabkan maknya berjumpa dengan cikgu kelasnya. Cikgu kelasnya menjawab ringkas. Hasif suka kerja rumah. Maka itu, walau pun latihan di kelas hanya menulis huruf  "a" atau menulis angka "1" atau mewarna sebuah bulatan, tapi Hasif akan menyiapkannya di rumah - sebagai kerja rumah. Contohnya, apabila mewarna sebuah bulatan, Hasif akan mewarnakan separuh sahaja, kemudian dia bagitau kepada cikgunya, separuh lagi dia akan warnakan di rumah. Bayangkan bagaimana rupa huruf "a", dan angka "1" yang bentuknya tidak lengkap itu - sebagai kerja rumah jugak...!

itula yang saya maksudkan sebagai : kerja rumah merupakan sebuah gerbang yang menghubungkan sekolah dan rumah.


.

salam.





.

thin slicing, the four horsemen, dan kehidupan seorang jurutera yang penuh dengan pancaroba...!!!

.
Hidup dalam suasana yang damai, tenteram dan sunyi, yang jauh dari hiruk-pikuk, jauh dari deruman engin kenderaan, dari suara-suara kesibukan, dan dalam kegelapan malam yang tidak sedikitpun ada hiasan lampu neon, lampu jalan atau lampu dari belakang rumah jiran, itula kehidupan kami yang jauh di pedalaman ini.
.
Afendi menjadi sebahagian daripada warga di sini 8 bulan yang lalu... kehidupan seperti ini sudah berlalu buat Afendi.! Dia sudah balik ke semenanjung, dunia yang penuh dengan kemeriahan dan ada gah - segala-galanya ada!
.
Tidak ada lagi malam yang terasa sangat panjang, malam yang penuh dengan serangga terbang menghurung lampu, tidak ada lagi dingin malam waktu hujan yang sejuknya mencucuk hingga ke tulang, tidak ada lagi panas membahang siang yang menggigit kulit, dan tidak ada lagi pekat malam 30 yang menakutkan, dan tidak ada lagi terang malam 14 yang menyeramkan. Pada Afendi, pengalaman hidup di kehidupan yang jauh di pedalaman, adalah seperti duduk di bawah tempurung, terasa melengkung seperti jerangkung.
.
Afendi sudah terbebas, kawan. Dia kini berkerja di kota besar Kuala Lumpur....

.
>>>>>
Kita ulas kehidupan Afendi itu, selama 8 bulan dia di sini, kawan, di daerah yang jauh di pedalaman ini.
>>>>>


.
thin slicing :
.
Afendi berasal dari Seremban, tapi tidak mengundi kerana dia Melayu yang sangat UMNO, seorang jurutera "rank and file".

.
the four horsemen :
.
adakah kerana kesunyian yang membentengkan dirinya dari segala perkhabaran dunia kehidupan majmuk?
.
adakah kerana kegelapan malam, yang letrik dibekalkan oleh generator diesel yang dihidupkan dari pukul6 petang hingga 11malam, malam yang ada nyanyian cengkerik ngauman nyamuk dengungan lalat lolongan katak salakan anjing sesekali kokokan ayam yang berkokok sesukahati, yang semua suara-suara ini terkuatkan kerana sepisunyi malam?... kekadang dengus nafas terdengar kuatnya seperti bunyi dengkuran orang mabuk tuak... begitula sunyi yang sesunyinya di sini, kawan.!
.
adakah kerana pekan terdekat, Pekan Lapok namanya, hampir 1 jam perjalanan, yang bukak awal pagi dan tutup sebelum matahari terbenam kerana pekan itu takder letrik, yang terdapat jugak restoren, yang restoren  itu layanan untuk pesanan sangatla mengecewakan lambatnya, yang jugak apabila memesan makanan orang melayu sekiranya tidak menyebut ayam diberikan hirisan daging babi.? (Afendi terkejut, dan tak makan, dan tak singgah dah di restoren itu, lebih rela dia ke Miri yang sejauh 3 jam perjalanan...).
.
adakah kerana semasa memandu di logging road, kerana mesti sentiasa awas dengan laluan agar berada di laluan kiri atau laluan kanan, yang dia pernah hampir head-on-collision dengan hilux yang datang dari arah Pergunungan Bario?
.
adakah kerana, ada sebuah hilux, berhenti di laluan kiri jalan, dan seorang perempuan keluar dari Hilux itu dan bak lipas kudung berlari ke semak, lalu melondehkan seluar dan kencing di situ jugak.? (Afendi ternampak bontot perempuan itu, putih katanya, tak agak-agak, kata Afendi).
.
adakah kerana highway yang digelar highway, yang kalau dibandingkan dengan jalanraya di semenanjung, hanyala sekadar sama standard dengan jalan Felda sahaja?
.
atau...
.
adakah kerana signal henpon sangat lemah, walaupun ada nano station, tetapi signal boleh terganggu oleh cuaca, yang jugak signal itu hanya dibekalkan sehingga pukul11 malam.?
.
atau jugak...
.
adakah kerana kerinduan kepada anak bujangnya, yang sentiasa memesannya untuk download muvi ultraman, dan jugak selalu meminta dibelikan action figure ultraman.?
.
atau mungkin...
.
adakah kerana hatinya terusik oleh suara gemalai lunak dan ada berahi di hujung talian henpon semasa dia ber-henpon, yang dia rasakan, suara sedemikian seperti puting beliung menggegar jantung.?! (suara yang sepatutnya didengar di ranjang...!!!).



.
selamat maju jaya kepada Afendi...


.