Thursday, September 19, 2013

Jembalang itu wujud bukan di dalam balang, tetapi di celah-celah orang...!!!

.
Aku menyedari bahawa sebenarnya nama kita boleh berubah juga mengikut suasana setempat, boleh juga berubah berkitaran dengan masa, dan juga dalam pergaulan oleh keperluan kehendak rakanrakan kawankawan serta komuniti...

kita lihat contohcontoh di bawah ini, kawan :

Ada seorang kawan berasal dari Langkap, di negeri Perak, kerana nama tempat itu pelik bunyinya maka dia diberi nama Langkap. Namanya di IC Ahmad Fauzi.

Ada seorang kawan sangat berkarisma, sayang sekali bila berdiri bersama-sama di kalangan kawankawan, dialah yang paling rendah. Petah dan pandai bersilat dengan kata-kata mungkin kerana dia mewarisi kelebihan paknya, yang pernah menulis buku dan mengarah sketsa drama, dan dia sentiasa sangat berusaha untuk memenangkan diri. Jadi satu cara untuk menundukkan kelebihannya, adalah dengan cara merendahkannya juga. Maka, dia diberi nama Pendek. Namanya IC Shahromie, paknya bernama pena Kalam Hamdi.

Ada seorang kawan, dia seorang yang kacak, sebaliknya kacaknya itu telah menjadikannya seorang yang serba slowandsteady. Sekiranya berjanji berjumpa dengannya, harus diundurkan masa, setengah jam paling kurang, maka dia akan tepat sampai pada masa yang dijanjikan. Langkah kakinya sangat teratur terkawal kerana bila berjalan itu dia jugak slow. Paling unik, bila bangkit dari tidur, dia masih mampu duduk lamalama, merenung dinding, berkirakira atau sedang berfikir apakah perlu untuk mandi. Dek kerana slowandsteady dia itu, dia diberi nama Lengai. Namanya Mohd Faisal.

Ada pula seorang kawan jugak, namanya lebih panjang daripada nama paknya, lalu dia diberi nama Mamat. Namanya Azhari bin Mamat.

*****

Jembalang datang tidak perlu diundang, kawan.! Jembalang bisa wujud dalam terang di celahcelah orang...!!! kenapa.?! biar aku cerita, kawan.

Ketika generator diesel 150kW hendak dihidupkan jam 4pagi, untuk menerangi wilayah di kehidupan yang jauh di pedalaman di sini, agar warganya yang seharusnya bangun di awal pagi, dinihari, bisa menjerang air dan memasak sarapan dalam terang lampu kalimantang, kunci ignition pulak yang hilang.
Di muster pagi itu, bukan main marah lagi Sekuriti Manager. Dalam muster itu jugak dia tanya, siapakah yang mengambil kunci itu. Tiada seorangpun yang menjawab, ada yang menundukkan kepala, ada yang memandang kaku dia, semuanya hanya berdiri tanpa sepatah kata. Dia tanya lagi... Masih tiada yang menjawab.! Dek kerana kecewa, sebab tiada yang mahu mengaku, dia lalu tukas "jembalang kah yang ambil...!!!".
Semenjak dari hari itu, dia mendapat nama Jembalang...!!! Namanya Harman.


.
Dino.!  cer ko criter, camner ko bulih diberi nama itu.
Nama aku Sepa sebab depa kata nama pak lebih mudah disebut. Aku Hasri bin Hasfa.


.

salam.

.

5 comments:

  1. DIno???

    Nama tu muncul sebab korang yang panggil... aku pun tak tau asal usulnya. yang aku tahu, ada seorang budak lelaki semasa di sekolah rendah dulu namanya Dino Djunaidi... kakak dia namanya Dira Djulaiha... dan kakak dia itulah classmate aku semasa darjah 4-6.

    Mungkin dek selama itu cuma aku dan kakak dia itu yang bersaing pencapaian di sekolah - akuatasdiabawah atau akubawahdiaatas... maka digunapakailah kut...

    itu teori je. Sebab asal aku tak tau... yang aku pasti keluarga aku panggil aku dengan nama manja Aeron, tak caya tanya mak aku... hahaha

    ReplyDelete
  2. Sepa, aku ingat Dino tu sbb dia besor mcm dinasour.

    hehe.


    Dino, Dira Djulaiha tu senior aku masa kat SMJK Convent Teluk Intan.



    .

    ReplyDelete
  3. TM,
    So, ko kena panggil aku Dino gak la..

    Amacam Dira? Ok tak?

    ReplyDelete
  4. Dino,

    eh Aeron...! hehehe.



    mem,

    akupun ingat begitu... sepatutnya dia diberi nama Bob ke ye dak.?


    .

    ReplyDelete
  5. Aeron,

    aku tengah tahan kembang tekak aku menyebut nama tu!)

    aku ingat nama kau Dino sebab ada kena mengena dengan Jawa. kau bukan Jawa kan?


    kak Tas,
    sama la ngan aku. aku dulu pun sekolah SM (P) Convent Klang.

    ReplyDelete