Wednesday, September 25, 2013

Ciri-ciri penerima BRIM... dan sebuah catatannya.!

.
Satira politik adalah genre asal blog nih, namun kerana sensitiviti, kurang dah saya tulis... tetapi, dek kerana melibatkan Dino, saya tulisla jugak sedikit sinikal sekadar yang termampu... selagi tidak menggangu...!!!

.

Harga petrol yang diturunkan subsidi sedikit sebanyak menjentik emosi Dino. Dino, sukar menerima hakikat bahawa ada benarnya, ada pentingnya dan ada ke-macho-an yang tersirat di sebalik penurunan subsidi itu. Sudah tidak keruan dia, seolah dia sedang makan kepayang tetapi tak mampu ditelan...!

Andainya permintaan (lebih tepat lagi - keluhan dan luahan rasa) Dino tertunai, dan tidak semena-mena, Dino menerima kupon (atau cek) BRIM lima ratus ringgit, yang diserahkan oleh yb-yb, di hotel lima bintang (selalunya di dewan atau balairaya),
...apakah agaknya tempias pemberian itu ke atas ekonomi negara...???!!!


.
Pertama sekali, Dino akan merasa sungguh gembira sperti budak tadika menerima hadiah permainan B-Daman, sungguh teruja seperti seorang tua yang rongak mendapat gigi palsu, sungguh girang seperti TKI yang berpeluang balik kampung mambawa pulang 10peket Milo, dan sungguh terharu seperti seorang nelayan bertemu sekawan cencaru...

.....

...dimaklumkan jugak, Dino adalah tergolong di dalam grup rakyat Malaysia yang hanya mungkin dua ratus ribu orang sahaja jumlahnya dari 26juta rakyat Malaysia. Dia yang dari grup yang sentiasa mengkritik beberapa keputusan kerajaan yang dibuat oleh pegawai-pegawai yang masih alang-alang sahaja pemikiran kritikalnya, dari grup yang berfikir bahawa logik adalah predictable, dan katanya, berfikir harusla di luar logik - berfikir di luar kotak (out of the box)...
...mungkinkah ekonomi negara terkesan oleh pemberian BRIM, yang diberikan kepada orang-orang seperti di dalam grup itu...?!

.....
Ya... memang terkesan kawan, secara positif...!!!
.....

kerana...

.....dengan uang BRIM itu, Dino mungkin gunakan untuk tujuan :
  1. Main golf kah?, atau
  2. Sewa bot, pergi memancing kah?, atau jugak
  3. ke Yun Nam buat rawatan lebatkan rambutkah?
.
.
.
tapi, yang jelasnya...

...Dino akan kekal menyimpan uang BRIM itu, kerana dia masih berfikir-fikir, untuk di-apa-apa-kan uang itu...???!!!




.


salam.

.

5 comments:

  1. Memang satira yang sinikal...

    Dino: ckLah dah lama tak beli Milo. Mehei benenor...

    ReplyDelete
  2. Gunakan BRIM untuk beli Milo... hmm.. boleh dipertimbangkan...


    tapiiiiiiiii.....

    kena fikir juga, apa kesannya kalau 3.5 juta rakyat Malaysia gunakan BRIM untuk beli Milo.

    Adakah nanti TKI akan beralih membeli berpeket-peket Nescafe untuk dibawa pulang?

    Apakah kesan jangka sederhana jika kekurangan peket Nescafe 3in1 berlaku di Sarawak? Adakah Azlan akan mengamuk kerana buih-buih lembut dan putih tidak menemaninya pada waktu pagi dan malam?

    Aku tak risau kalau Milo habis tapi aku amat takut kalau Azlan tak cukup buih-buih putih Nescafe...

    ReplyDelete
  3. Dino, kau nak apa kan wang BR1M itu?

    melihat burung kah bersama Hasri?

    ReplyDelete
  4. Dino nak makan kat restoran 5 bintang... duit free la katakan!

    ReplyDelete
  5. kak ckLah,

    tengkiu. :)


    .
    Dino,

    apa cara Nescafe 3in1 tuh nak abis, bro? wa sentiasa keep stock eh. hahaha...



    .
    tata,

    aku rasa Dino akan buh uang tuh dlm frem. hahaha


    .
    Dino (lagi),

    kejap. aku musykil, ko nak makan kat restoren 5 bintang?
    kejap. aku rasa macam bermimpi. brader, pekena roti canai ka, nasik beriyani kambing ka, ok dah.!


    .

    ReplyDelete