.
Ada tiga orang malam itu. Di jeti ada Dino. Di seberang sana di hilir pokok
pedada pula ada titi. Ada Azlan dan Dol di titi itu.
Azlan dan Dol. Mereka mengail ikan. Azlan mengail kerana hobi, Dol pula
kerana hendak mengail ikan. Mereka sedang memerhatikan Dino yang sedang terjun
tiruk tadi. Tengah malam baru sahaja berlalu apabila mereka melihat Dino
memanjat semula jeti itu. Dino masih lagi duduk di bibir jeti sambil kaki
dihayun-hayun menguis-nguis air.
***
Jeti itu diperbuat dari kayu meranti merah. Dino sendiri yang membuatnya.
Dia sendiri yang menebang sepohon pokok meranti merah di kaki bukit tidak jauh
dari jeti itu. Sebesar dua pemeluk pokok meranti yang ditebangnya itu. Tidak sepuntung paku yang digunakannya.
Hanya kayu, dan kayu sahaja, tanggam dan pasak. Tegap-kemas dan nampak keras-kukuh. Ada sebuah perahu berlabuh di sisi hilir
jeti itu. Perahu itu dibuat oleh Dino, jugak tidak menggunakan walau sepuntung
paku. Cantik perahu itu. Di luannya diukir berupa kepala jentayu, buritan pula
ekornya. Badan perahu diukirnya seperti bulu pelepah jentayu jugak. Jentayu nama perahu itu.
Titi di seberang sana, Azlan yang buat, menggunakan kayu meranti putih, dua batang
balak meranti putih itu diikatnya dengan rotan, berkapit dua menjadi titi.
Tidak ada tiang. Titi itu timbul di atas air. Surut air rendahlah titi itu. Air
pasang, titi itu timbul pula. Pangkal titi itu pula hanya diikat agar tidak
hanyut. Anak-anak Dol dan anak-anak Jamil suka bermain di titi itu.
Kadang-kadang ada anak-anak Kamal. Di titi itu jugakla tempat mereka berak,
kerana selepas berak mereka terus cebuk dan cuci di situ jugak.
***
Dino mengangkat kedua-dua belah kakinya, lalu dilipatkannya. Dia memeluk
lutut (dia tak boroi). Dia melihat ke permukaan air yang ber-riak dan seketika
kemudian air kembali tenang. Bulan penuh membentuk semula di permukaan air itu.
Air sungai itu nampak sedang mengalir dan masih kelihatan hitam, paras sungai
juga mula naik dan ada bayang-bayang awan pula di sisi bulat bulan. Angin mula
bertiup, dan menambahkan lagi dingin malam itu. Dino tambah gigil. Cengkerik
pula semakin bingit. Nila masih belum juga timbul. Degup jantungnya bertambah
kencang, dan fikirannya pula mula kacau. Rasa bersalah kerana menolak Nila ke
dalam sungai itu mula memagut jiwanya, menampar-nampar perasaan. Di pokok
pedada di seberang sana, kunang-kunang sudah mula bertandang dan semakin
banyak, berkelip-kelip seperti bintang di langit. Dino melepaskan pelukan pada
lutut, dan terkentut. Dia lalu memekup kedua-dua belah telinga dengan telapak
tangan, kerana terasa nyanyian cengkerik seperti sedang merasuk ke dalam
otaknya. Matanya pula tekun memandang ke seberang. Memandang pada cahaya
kelip-kelip yang menghurungi pokok pedada itu. Cahaya dari si kunang-kunang.
Pertemuan mereka di jeti itu seakan abadi, seperti mereka pernah bertemu
sebelum terciptanya kehidupan... kelipan cahaya dari abdomen si kunang-kunang
di pokok pedada di seberang sana semakin bercahaya-cahaya. Pokok pedada itu
seperti sedang dibungkus oleh cahaya. Cahaya yang meraikan pertemuan mereka...
***
"Ko dengar tak.?!", tanya Dol. Azlan mengangguk. "Dia sebut
Nila.?!", tanya Dol lagi. Azlan menggeleng. "Setiap tiga purnama,
Dino akan ke jeti itu, semasa purnama 14. Suaranya pula bertukar menjadi parau,
dan sedikit sengau. Yang dilaungkannya bukanlah Nila, tapi Nita...!!!",
terang Azlan.
"Bukan ka Nita sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu, di rumah dua
tingkat itu", balas Dol. Azlan menoleh ke arah Dol, dikenyitnya sebelah
mata, lalu meletakkan jari telunjuk di mulut...!!!
.
salam.
Jap...
ReplyDeleteaku nak cari idea nak buat jalan cerita seterusnya..
Ko nak aku tulis kat kotak komen blog ko ini atau aku link kan ke blog aku dan aku buat cerita aku kat situ?
mahal nye baju dalam yang nila pakai....
ReplyDeletehahahaa...
chop... kaya gak antu eyhh...?!..eyhh..antu ke..?
dah makin sedap cerita nih.
ReplyDelete.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGigil sejuk Dino bersahut-sahutan dengan lolongan anjing bukit. Ketar bibir dan ngomelan halus-tak-terdengar pula dibawa angin malam bak semerbak harum Cempakasari. Apabila sejuk begitu, ditambahi pula dengan angin sejuk yang mengalir yang menambahkan 'chill factor', adik Dino kerap terbangun dari tidur. Terpaksalah Dino sarungkan semula Boxer. Manakala Lingerie putih itu dibiarkan melilit lehernya.
ReplyDelete"Nilaaaaa.... "
Jerit Dino ditelan bulat-bulat oleh kocakkan air sungai yang tiba-tiba menjadi kuat. Pokok pedada pula seperti dirempuh taufan, bergegar hingga ke akarnya. Bergoyang-goyang titi tempat Dino berpijak. Cepat-cepat Dino rebahkan diri agar tidak terhumban ke dalam sungai.
Di langit malam, bulan penuh menyuluh terang, ada layangan bangau putih yang mungkin tersesat. Atau mungkin juga akibat tempat bermalamnya di pokok pedada telah digoncang kuat tadi. Bangau putih itu berlegar-legar di sekitar kepala Dino. Akhirnya, bangau itu pun memijakkan kedua-dua kakinya di tebing sungai.
Terkulat-kulat biji mata Dino cuba merenung bangau putih yang kini sudah berubah menjadi sesusuk tubuh gadis cantik berjubah putih labuh. Dino tidak pasti apakah bra dan seluar dalam gadis itu juga berjenama Wacoal atau tidak. Malah Dino juga tidak pasti sama ada gadis itu ada memakai bra dan seluar dalam atau pun tidak kedua-dua atau salah satu daripadanya.
"Nila?" Tiada sahutan.
"Itu Nila kah?"
*cengkering*
Gadis berjubah putih itu tidak bersuara tetapi terus melangkah mendekati Dino yang masih meniarap di atas titi. Apabila gadis itu mula menginjak titi itu, dia pun berhenti. Dino masih cuba meneka siapakah gadis berjubah putih itu. Walau pun cahaya purnama penuh menyuluh terang, wajah gadis itu kurang jelas kerana rambutnya sering mnenutupi mukanya.
Tanpa Dino duga, gadis itu mengangkat tangannya lantas melepaskan butang jubahnya satu persatu, dimulakan dari yang atas sekali. Sehinggalah kesemua butang jubah itu terlepas. Kemudian, perlahan-lahan gadis itu membuka jubah itu tanpa perlu disuruh oleh Dino.
Dino terpegun seketika melihat kulit mulus gadis itu ditimpa cahaya purnama 14. Kelok tubuhnya, lekuk dan lurah dadanya, pehanya, betisnya... gelora hatinya pun memoncah-moncah.
"Wa... wa.." Suara Dino tersekat-sekat.
Gadis itu terus menanggalkan jubah putih itu lantas membiarkannya jatuh di atas titi. Dino pun bangun dari meniarap lalu berhati-hati dia mendekati gadis itu. Mata Dino tidak putus-putus merenung dada gadis itu yang membukit kecil.
"Wa... wa..." Suara Dino masih tersekat-sekat walau pun kakinya daoat bergerak mendekati gadis cantik itu.
Akhirnya, nafas Dino berjaya menyentuh kulit dada gadis itu. Berombak-ombak dadanya. Gadis itu memalingkan mukanya ke sisi. Gadis itu mungkin telah bersedia dengan apa yang bakal Dino lakukan.
"Wa... wa..." Muka Dino hampir ke dada gadis itu.
"W.A.... C.O.A.L" Akhirnya Dino dapat mengeja.
"Wacoal..! Wacoal..!!!!" Jerit Dino.
"Nilaaaaaaa...... " jerit Dino lagi...
Sunyi malam itu pun dibelah jeritan Dino yang gembira kerana dapat bertemu Nila.
.
Dino,
ReplyDeletebagus jugak ditulis dalam blog, kan?!... sebab aku tau, ko mesti tulis panjang. :)
.
CPL,
siri bercakap dengan Dino kena ada antu. :)
.
mem,
tengkiu.
.
Dino lagi,
ReplyDeletedepa kata bra wacaol mencengkam elok.
maka elok jugakla bonjol2 yg ditonjol2. hahahahahaha...
.
*panjang nih ruper nih ko tulis.! baik buh dlm blog, brader.
eh, cepat nar ko cari idea.!
.
bab idea 18SX ko jangan risau... dalam mimpi pun aku boleh karang... hahaha
ReplyDeletesengal. hahahaha!!! dua dua sengal. entri ko dan komen dino.
ReplyDeletehahahaha!!!!
sepa, cerita ni ko kena tamatkan cepat.
ReplyDeletedino dah naik hantu.
aku risau.
haha.
.
Nila...??!!
ReplyDelete*Paanggg!*
Satu penampar kudus hinggap ke muka Dino. Melopong jadinya apabila dia dilempang tanpa tindakan usul periksa. Dalam melopong itu, dia sempat terpinga-pinga. Salahkan ejaan ruminya? Adakah tulisan pada bra yang menampung 2 buah bukit kecil bukan rumi?
Dino rapatkan lagi matanya ke dada gadis itu. Cahaya purnama nan terang itu pun masih gagal menyuluh tulisan pada bra itu, apatah lagi menyuluh muka gadis itu yang tertutup oleh rambut lurus separas bahu.
Oleh kerana gagal membaca tulisan pada bra, Dino membongkok ke bawah. Dino lihat perut. Kemudian pusat, kemudian panties lembut. Tiada tulisan di depan panties itu. Kemudian Dino bergerak ke sisi gadis itu. Dibahagian pinggang ada tertulis tulisan yang asing tetapi Dino tahu itu bukan Wacoal kerana Dino tahu bagaimana rupa huruf Wacoal...
"Tak mungkin..!" Dino tegakkan badannya.
"Tak mungkin in benar!" Dino undur beberapa tapak ke belakang.
Gadis itu pun menyelak rambut yang menutupi mukanya. Demi terlihat muka gadis itu, serta merta Dino menjadi pucat lesi. Ketakutan yang tidak pernah DIno alami...
"Tak mungkin! Kamu tak pernah wujud!" pekik Dino
"Abang..?!"
"Tak.. tak.... kamu tak pernah wujud. Kam hanya wujud dalam khayalan aku..."
"kau tak pernah wujuddddd..!"
Serentak dengan itu kaki Dino melangkah ke belakang sehinggalah kakinya terlepas dari titi. Dino cuba seimbangkan badannya tetapi gagal. Dino terhuyung-hayang dan akhirnya dia terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras itu.
"Kau Julietttt...!"
Itulah jeritan terakhir Dino sebelum hilang ditelan sungai.
.
Dino,
ReplyDeletekarangla Dino... hehehe
.
gB,
hehehe... itu salah Dino.!
.
mem,
ReplyDeleteaku agak dah tamat eh... kalau nak adapun criter dah d bandarla pulak. :)
.
Dino,
aku ingatkan si Nila dah jadi Vampire, heronya pun nak jadi vampire jugak.?!
haih.! bertemu semula la depa... hahaha...
.
Wah..makin best..tapi akak tak reti tulis cerita seram ni..
ReplyDeletek lily
kak Lily,
ReplyDeletetengkiu.
:)
Hello everyone, it's my first visit at this website, and paragraph is truly fruitful designed for me, keep up posting such articles or reviews.
ReplyDeleteFeel free to surf to my page :: peterborough nh
Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you
ReplyDeletewriting this write-up plus the rest of the website is
also very good.
Here is my web-site :: hang the baseball