Friday, March 15, 2013

Erotika purnama 14... Dino kata malam ini langit cerah, bulan pula penuh menyuluh.


.

Sungai Peri nampak jelas dan kelihatan sehingga ke tebing seberang, kerana ada bulan sedang penuh menyuluh. Ada sepohon pokok pedada di tebing seberang sana.

Dino sedang berdiri di hujung jeti. Dia melepaskan seluar jean Levi's 501, selepas itu baju pula - pun ditulis Levi's. Dia kumpul seluar dan baju itu lalu dilonggokkan di sudut hujung jeti. Dada sasanya berombak oleh nafas pantas, jantungnya pula berdegup kencang seperti genderang perang dipalu. Dia kesejukkan.! Mungkin tidak.! Siapa tahu.?! Di badannya hanya sehelai boxer.

Di hujung jeti itu Dino berdiri, menghampiri bibir jeti itu. Air Sungai Peri, yang mengalir bening nampak hitam sahaja walaupun sebenarnya air itu jernih kerana air itu turun dari gunung. Di permukaan sungai itu cahaya berkedip2 oleh riak2 air yang memantulkan cahaya bulan. Dino mula merasa dingin malam itu. Dingin itu menyapu ke seluruh permukaan kulit di badannya, kecuali bahagian yang dibungkus oleh boxer.

"Splash...!" Dino terjun tiruk. Itulah kali pertama dia mencuba terjun tiruk itu, setelah membaca panduan terjun tiruk dari blog Sepa. Sejuk air sungai itu meresapi setiap lekuk dan keluk badannya, dan lurah juga celah. Dada sasanyalah yang mula terasa kesejukkan. Kesejukkan itu menggigit dan terasa pula di perut, dan di anu. Dia menggapai-gapai tangan di permukaan air, mencari boxer yang terlucut itu. Di dalam air itu, sambil kaki menendang-air-mengapung-diri, dia mengenakan boxer. Dino mula berenang. Dia mahu menuju ke seberang. Munuju ke sepohon pokok pedada. Dia mahu bertenggek di dahan pedada itu. Tidak jadi. Dino berhenti berenang, kerana dia terasa seberang itu sangat jauh, lalu dia berpatah balik...!!!

 

Di hujung jeti, ada sebatang tubuh sedang berdiri. Susuk tubuh seorang wanita. Rambut wanita itu, berkibar-terbuai sekejap-sekejap ditiup bayu malam yang berpuput. Dino tersentak seketika melihat wanita itu yang ber-lingerie putih. Dino nampak garis badan dan lengkung tubuh wanita itu dibalik fabrik nipis lingerie itu. Cahaya bulan menyimbah seluruh tubuh wanita itu, namun tidak kelihatan pula wajahnya.

 

Dino menyelam-menyembunyikan diri, sambil menguak-nguak tangan dan melibas-libas kaki - dia menuju ke hujung jeti itu. Di permukaan air itu, hanya kepalanya sahaja yang nampak, seperti sebijik buah kelapa yang sedang hanyut.

 

Di hujung jeti itu, dalam cerah malam yang disuluh cahaya bulan purnama 14, Dino berdiri betul-betul di hadapan wanita itu. Air sungai yang membalutinya mengalir meluruti tubuhnya lalu menitis membasahi lantai jeti. Nila. "Hai Nila... Bila ko sampai.?!", Dino bertanya dalam gigil. Gigil kesejukkan. Jantungnya pula bagai dipalu. Nila merapati Dino. Sekujur tubuhnya dilekapkan di badan basah Dino, lingerie Nila mula basah juga... dan dingin air sungai itu merayap ke permukaan kulitnya. Nila pula yang mula gigil. Gigil dan debar.

Dino terkaku. Gigilnya menyentak jantung. Mungkin kedinginan. Mungkin tergamam. Mungkin jugak kerana gejolak gelora jiwa... "aku sudah bersedia, aku inginkan dia, segera.", fikir Dino.

Badan sasanya yang basah itu, membasahi Nila...!!!

 

 

 

 

17 comments:

  1. Bayangkan Dino adalah Robert Pattinson ha ha..

    K lily

    ReplyDelete
  2. Demi menghangatkan dingin tubuh, Dino gosok-gosok dadanya, gosok-gosok lehernya, gosok-gosok, pehanya. Melihatkan Nila pula menggigil di dlam linggerie nipis tanpa bra yang kuyup dan melekap ke badan Nila, Dino gosok-gosok dadanya menahan nafsu yang memoncah-moncah, Dino gosok-gosok... errr.. err... takde mendelah...


    ReplyDelete
  3. Dino kalau sambungggggggggg....

    heh~


    .

    ReplyDelete
  4. kak Lily,

    Dino itu Arnold Swarzenegger. hehehe...


    .
    Dino,

    aku tulis 'membasahi'... yg ko sampai membasahkan itu kenapa.?! hehehe...

    .

    mem,

    Dino memang...!!! hahaha



    .

    ReplyDelete
  5. bukan apa aku tunggu hasri datang....he he he

    ReplyDelete
  6. Nila yang menggigil kesejukkan cepat-cepat dipeluk Dino. Kini, Dino pula menggigil menahan gelojak dalamannya apabila kulit fizikal mereka hanya dipisahkan selapis benang berpilin yang masih lagi menutupi kelok tubuh Nila. Setelah beberapa ketika, nafas mereka berdua kembali teratur. Bulan masih penuh menyuluh. Riak-riak air sungai bermain-main dengan cahaya bulan seperti sebuah arkodian tua dimainkan oleh jari-jari keras dan berkulit tua.

    Di jeti itu, mereka labuhkan punggung masing-masing, kaki berjuntaian ke gigi air sungai.

    "Sejuk lagi?" tanya Dino.

    Nila geleng-gelengkan kepalanya. Rambutnya bergoyang mengikut rentak gelengan. Beralun seperti air sungai di depan mereka. Dino menyibak rambut Nila dengan jarinya lalu menyangkut rambut lurus-panjang ke cuping telinga Nila. Nila yang terasa dimanjakan itu menyengetkan kepalanya, membuka ruang lehernya untuk Dino lihat.

    "Kenapa belum tidur?" tanya Dino lagi.

    "Mahu lihat bulan bermain air"

    "Oh, aku juga..."

    Dino naikkan kakinya dari gigi air lantas memeluk kedua-dua lututnya (Dino tak boncit).

    "Tapi, aku bermain dengan bulan di dalam air... kerana aku lihat bermain di situ tadi."

    "Seronoknya...." serentak dengan itu Nila sandarkan kepalanya ke bahu kiri Dino. Haruman cempaka merebak dari rambutnya.

    Dino berfikir seketika. Dia fikir Nila suka bermain cahaya bulan.

    *Deburrrrrrrrrrrrrrrr....*


    Nila tengelam-timbul di dalam sungai. Dino menolaknya kerana dia tahu Nila mahu bermain-main dengan cahaya bulan seperti dia juga.

    Setelah beberapa minit, Nila tidak timbul-timbul. Dino menyepetkan matanya cuba mencari buih-buih, mencari lokasi Nila.


    "Nilaaaaa.... main dengan bulan, jangan main dengan mutiara kat dasar sana...!" jerit Dino sekuat hati.


    Jeritan Dino lenyap ditelan angin malam begitu sahaja. Jawapan balas dari Nila tiada.... hanyalah sehelai lingerie putih nipis terapung-apung kosong dihanyutkan arus sungai. Nila tiada...






    .

    ReplyDelete
  7. Dino ni Pak Pandir rupanya.

    keh2.



    .

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Nila tak timbul-timbul lagi. Jenuh Dino menanti di atas Jeti. Mencangkung sudah, berdiri sudah, mundar-mandir pun sudah, Nila masih leka bermain dengan mutiara di dasar sungai, fikir Dino.

    "Nilaaaa.... sudah-sudahlah tu. Naiklah dulu ambil nafas."

    .cengkerik berbunyi.


    Dino ternampak lingerie putih yang hanyut dan kosong di dalamnya tanpa Nila. Dino ambil.

    "Wow!!!"

    Tiba-tiba Dino terfikir kan Nila yang tak berbalut apa-apa lagi. Serta merta dadanya berdebar-debar. Diciumnya lingerie yang basah itu... wangi, katanya dalam hati.

    Kalaulah... kalaulah Nila muncul dari dasar sungai, alangkah seronoknya, alangkah romantiknya mereka. Dino pun perlu tanggalkan Boxernya.

    Bayangkanlah betapa romantiknya mereka nanti apabila mereka sama-sama duduk di atas jeti sambil melihat Boxer dan Lingerie mereka sama-sama dihanyutkan sungai, seperti cinta mereka berdua. Tiada yang lebih romantik selain daripada sama-sama melihat Boxer dan Lingerie yang hanyut.

    "Nilaaaa.... cepatlah naik." Jerit Dino lagi.

    Di tangannya kini ada Boxer dan Lingerie.

    "Jom la kita hanyutkan sama-sama... romantik hape...awak suka romatik, kan?"


    .cengkerik lagi.

    ReplyDelete
  10. aza ni,

    kalau rajin aku sambung. :)


    .

    ReplyDelete
  11. Dino,

    yer yer yer... kalau terjun tiruk, boxer yg tanggal. terjun-kaki-dulu, lingerie pulak. hehehe



    .

    mem,

    Pak Pandir pun iya... meracu pun iya. hehehe




    .

    Dino lagi,

    kena tunggu se-purnama lagi lah kan.! :P


    .

    ReplyDelete
  12. rupanya nila senasib dengan nita....

    ReplyDelete
  13. Sepa, cer ko sambung apa jadi purna 14 selepas tu... nanti tengok apa cerita aku lak....

    ReplyDelete
  14. nila tu dah lepak kat pokok pe tadiii..

    haa.. pedada..huhhuu...

    ReplyDelete
  15. Dino,

    dah. dah. aku dah sambung. aku sambung bermula dari sambungan ko... hehehe.


    .

    CPL,

    pokok pedada jugak digelar pokok berembang. :)


    .

    ReplyDelete