Saturday, September 8, 2012

chaos and complexity, simple mind versus complex mind... dan sebuah potrait aku.

.
sebuah potrait...

.
sekiranya ko ada potrait aku,

ko simpanla ia mulia,
jangan ko guna buat lap cermin tingkap,
jangan jugak ko guna buat bungkus tulang ikanayamdaging,
jangan pulak ko guna buat bungkus lampin yangpenuhtaik,

sekiranya ko, jumpa potrait aku di tiang lampu, turunkan ia dan simpan, jangan ko biarkan mereput,
dan sekiranya ko, jumpa potrait aku di dinding, janganla ko kencing ia,
sekiranya ko, jumpa potrait aku di atas jalan, jangan pula ko gelek ia dengan tayar Michelin-mu itu,
jugak sekiranya ko, jumpa potrait aku di atas lantai, janganla ko pijakpijak ia.

sekiranya ko, aku jumpa... sedang bermain lelayang yang ada potrait aku,
akan aku bawak sorang dua kite-runner, menyambut lelayang itu sekiranya terputus tali...

...dan aku bingkaikan ia, untuk tatapan generasi selepas kamu.




sekian, cerita tentang potrait...!!!


.


salam

.


8 comments:

  1. yang sulung yang nama apa? hatta ke hasif?

    ReplyDelete
  2. yang sulung Husna, 2 Hanna, 3 Hatta dan Hasif...

    ReplyDelete
  3. kalo aku jumpa ko tunjukkan punggungmu kepada potrait ku, siap ko aku kejar walau sampai ke lubang cacing....!



    keh keh keh ....

    ReplyDelete
  4. Dino,

    potrait ko elusif, bang. nak jumpa satupun payah. hehehe...

    ReplyDelete
  5. Kalau potret dak comel baju merah tu, ckLah simpan elok elok.

    :-)

    ReplyDelete
  6. Wajah tokoh nan mega
    wajah tokoh jempolan
    jaguh saja dipuja
    wira heboh diiklan
    di tembok dan di tiangdi stesen, di simpang
    di awan, di autan
    wajah terlalu didandan
    wajah terlalu dijajan
    menjelang Hari Pilihan...

    .....teringat coretan Pak A Samad Said di muka bukunya, beberapa hari lalu...

    ReplyDelete