Sunday, September 2, 2012

business proportion... dan nilai sekeping not RM1.


ini Hasif. sedang beraya bersama sepupusepupunya...
.

.


"Semua tunggu di dalam kereta, pak dengan mak sahaja yang keluar.!"
Perintah Azlan kepada keempatempat anaknya yang mengekor, ke supermarket di kota Miri.

Pandangan Azlan terganggu ketika sedang hendak membuka pintu kereta. Berada tepat di depan mukanya sekeping not RM1 berkibar, terpaku seketika, lalu mengarah-alih pandang ke arah tangan yang mengibarkan not RM1 itu. Terkesima, terpegun Azlan melihat Hasif yang melutut di handrest sambil tangan kanannya berpaut di headrest, tangan kiri pula mengibar not RM1, di pandangan Azlan.

"Bawak saya, saya bagi saturinggit.!"
Sapa Hasif dalam senyuman yang semakin melebar dan menjadi gelak kecil.
"Camner ko bulih ada saturinggit.?!" Tanya Azlan.
"Duit raya." Balas Hasif ringkas.
"Oooowhhh.! Saturinggit.! Ini sudah untung. Hah ha ha...!!!"
Kata Azlan, lalu mencapai not RM1 dan memasukkannya ke dalam poket kiri baju. 
"Marila, marila papa dukung turun." Tambah Azlan.

Ketika di supermarket itu, mereka berpecahdua, makHasif dan Hasif-dan-Azlan ke haluan masingmasing. Tangan Azlan dipimpin oleh Hasif. Mereka terus ke bahagian coldstorage yang terdapat petisejuk yang memperagakan minum-minuman dalam segala macam rupa, bentuk, jenis dan perisa. Hasif mencapai satu botol yoghurt dan satu paketlimabotol Solivite.

"Yoghurt untuk saya. Solivite, along satu, angah satu, abang satu." Kata Hasif.
"Lagi dua Solivite, siapa.?! Pak dan Mak.?!" Tanya Azlan.
"Saya la.! Saya dua.!" Jawab Hasif dalam ketawa besar.

Hasif segera meluru ke kaunter sambil Azlan mengekor, meletakkan yoghurt dan Solivite di atas kaunter, dan menuding jari ke arah Azlan. Juruwang mengimbas barcode, hasilnya terpaparla nilai total RM6.40. 

"Papa.! Bayar.!" Seru Hasif.

"Ahhhh...!!! Aku berniaga rugi.!" Bisik hati Azlan ketika sedang mengeluarkan dompet, mengeluarkan satu keping not RM10 dari dalam dompet, dan menerima baki daripada juruwang.

Hasif, dalam kegirangan menjinjing begplastik penuh-berisi, menuju ke kereta.

.


salam


.

19 comments:

  1. sebenarnya Hasif yang bijak.

    heh heh!

    ReplyDelete
  2. LadyHonam,

    ha ah. hehehe.
    eh Nur. ko ada blog rupanya owh. nanti aku singgah d blog ko ar...

    salam aidilfitri eh. :)

    ReplyDelete
  3. kak ckLah,

    yer yer licik nar dia.
    saya tergerak tulis tentang dia, sebab pagi tadi dia bangun benar awal. dia sembunyikan GameBoy-nya. bila maknya tanya, dia kata mungkin dak kakak2nya yg simpan. dia akhirnya bagitau le jugak di mana dia sorokkan setelah kakak2nya puas dimarah oleh maknya, sbb hilangkan Gameboy tuh.! dia hanya senyum... rasa tak bersalah langsung.
    dia buat gitu, sebab hari sebelumnya, dak kakak2nya tak bagi dia main GameBoy.

    hehehe...

    ReplyDelete
  4. gB,

    dia bijak, aku agak dia dah plan lebih awal.

    tadi, dia sua saturinggit masa aku tengah online. aku tak terima. sebaliknya, dia selitkan di celah2 laptop, lalu naik-ke-atas dan tidur.

    semalam pulak, dia cuba taktik yang sama. tapi aku kata, NoWay.! ironinya, dia dapat jugak access, sebab dia dah berjaya berikan RM1 kat maknya... (nanti, kalau rajin, aku tulis ttg criter nih...)


    :)

    ReplyDelete
  5. ko kenapa tinggal anak dalam kereta sepa...?



    .

    ReplyDelete
  6. itu baru modal satu ringgit...

    kalaulah dia dapat modal satu malaysia, apa yang dia boleh dapat agak-agaknya..?

    ReplyDelete
  7. hahahaa, tewas dengan akal `business minded" mirip robert kuok.

    ReplyDelete
  8. Bakal Menteri Kewangan ni ha ha..


    K Lily

    ReplyDelete
  9. Hasif memang berkuasa veto! Cayalah hasif..salute! Ehh yang rajin tanam sayur tu dak hasif ke hatta?

    ReplyDelete
  10. mem,

    mungkin sebab aku malas nak matikan kereta. :)

    ReplyDelete
  11. Dino,

    agakagaknya dapat 1Amerika. hahaha

    ReplyDelete
  12. sm,

    tewas sebab kekadang kita ter-underrated, kan.!

    eh ko peminta Robert Kuok jugak.?

    ReplyDelete
  13. yang tanam sayur dan menjadi, dak Hatta. yang rajin tanam sayur tapi tak menjadi, itu dak Hasif.

    :)

    ReplyDelete
  14. Mula2 gelak sampai ke komen tasek aha la.bahaya eh lagi2 ko tinggalkan kunci lam keta.sila jgn buat lagi.
    Alien pakau lipstick

    ReplyDelete
  15. AlienPakaiLipstick,

    salam. thanx 4caring. :)

    ReplyDelete