*****
Bab 1. Lebudin dan shaft yang bengkok.
*****
Bos, shaft satu pam di sludge pit udah rosak. Calar2 dan bengkok. Udah diganti mechanical-seal, masih tak boleh ngepam. Mau di-repair atau beli yang baru, bos? Lapor Lebudin, pomen kilang, dalam satu mesyuarat harian jabatan maintenance.
Lebudin, orang jawa, tapi petah berbahasa Malaysia sebab dah lama dia berkerja di Malaysia. Bila syarikat bukak kilang di Indonesia, dia segera menawarkan diri untuk jawatan pomen, walaupun semasa di Malaysia, dia hanyalah mekanik aprentis.
Pam jenis apa? Tanya Azlan, manajer kilang.
MTP OB3. Jawabnya ringkas.
Wooo... pam besar tuh.! Mahal la sebijik, Din. Kalau boleh repair, bagus di-repair. Biasanya repair lagi murah dan kadang-kadang lebih bagus dari yang ori. Kalau ko ada main-shaft press yang ko dah ganti, kita boleh mesinkan dan buat shaft pam. Main-shaft press kuat, dari jenis EN24. Ko hentak2, ko baling2 pun tak pa. Aku rasa 2 tahunpun tak rosak. Terang Azlan.
Jadi, kita repair jak, bos. Balasnya.
Iya. Jawab Azlan sambil mengangguk.
Kita suruh siapa buat, bos. Tanyanya lagi.
Siapa biasa buat2 repair untuk kilang nih.?
Pak Khiong.
Pak Khiong ada sebuah syarikat membekal alat2 ganti untuk kilang kelapa sawit. Dia boleh buat apa saja. Tanya je. Dia akan jawab, bisa pak. Semuanya boleh.
Syarikatnya berdaftar sebagai CV Farmer & Engineering. CV berasal dari bahasa Belanda - bermaksud enterprise di Malaysia.
Kalau macam tuh, ko bagi shaft yang rosak tuh kat Pak Khiong sebagai sampel. Cakap kat dia, buat ukuran ikut sampel dan tepat2. Kalau boleh tight-fit, tak da clearance.
Okey, bos.
*****
Bab 2. Shaft yang baru.
*****
dua minggu kemudian...
Din, kenapa pam di sludge pit tak siap2 repair?! Dua hari lepas, Pak Khiong telefon aku. Katanya shaft dah siap. Dah bagi sama Lebudin katanya. Ko la Lebudin...! Azlan nampak tegas petang tuh setelah mendengar aduan dari seorang pekerja tentang pam di sludge pit yang tak siap2 di-repair.
Udah memang udah, bos. Tapi, tak ngam.! Tak boleh pakai. Jawab Lebudin sedikit ketakutan dan keliru.
Kenapa?! Bawak shaft tuh ke sini. Aku nak tengok. Apa la korang nih.! Pasang shaft pun susah jugak ka?! eh Din, bawak ke tempat pam. Aku tunggu di sana... Biar senang aku tunjukkan kat ko cam ne nak pasang...
*
Bos, ini shaft yang Pak Khiong dah buat. Lebudin menunjukkan shaft dan menyerahkan kepada Azlan.
*****
Bab 3. Pak Khiong bersama manajer kilang.
*****
...esok petangnya, di workshop kilang.
Iya, pak. Bapak carik saya? Tetiba Pak Khiong muncul dari belakang sedang Azlan memeriksa buku log maintenance di workshop kilang.
Kamu Pak Khiong.? Tanya Azlan.
Iya, pak. Ada yang bisa saya bantu, pak. Balas Pak Khiong dengan penuh sopan dan berhemah.
Mana shaft yang Lebudin mintak kamu bikin?
Udah siap, pak. Kemarin jugak saya udah kasi sama dia, pak.
Yang ini kah? Tanya Azlan sambil menunjuk ke arah dua batang shaft di atas working-table.
Iya, pak. Yang satu itu sampelnya, yang satu lagi yang saya bikin, pak.
Pak Khiong, kenapa dua2nya sama.? Tanya Azlan ragu.
Lebudin maunya saya bikin shaft seperti sampel yang dibaginya. Susah mau bikin, pak. Lantas, saya order dari Jakarta jak shaft yang baru. Shaft baru itu saya mesin di workshop lagi, pak. Tiga hari tuk siapkan, pak.
Kenapa ko tak hantar yang baru jak. Kita bukan mau ko buat shaft yang calar2 dan bengkok. Itu kan sampel jak. Sample shaft yang rosak...!!!??? Terkejut Azlan mendengar penerangan daripada Pak Khiong.
*****