Joko, Supriadi dan Dominggus adalah orang Indonesia. Indonesia, sebuah negara yang besar di Asia Tenggara dan banyak pulau2. Joko dari Jawa. Supriadi dari Sulawesi. Dominggus dari Timur. Ketiga3 duduk dalam satu rumah. Walaupun di kampung halaman masing2 cakap dialek masing2, tapi bila dah duduk serumah, mereka berkomunikasi dalam satu bahasa. Bahasa Indonesia.
Joko berkulit sawo matang. Berdasarkan ketinggian dan berat badan atau BMI, Joko berada dalam kategori gemuk yang hampir kepada terlalu gemuk. Seorang yang vocal. Bersuara lantang. Suaranya yang lantang jugalah yang membawa tuah. Setiap kali ada pertandingan karaoke, dia akan turut serta. Tak pernah juara, tapi pernah di tempat kedua. Selalunya, tak dak hadiah. Sebab bertanding karaoke bukan di home ground selalunya memihak kepada sedaramara penganjur. Joko paham hal itu. Dan dia tak pernah juga mengeluh sekiranya tak menang, walaupun berkaraoke lagu dangdutnya sentiasa mendapat tepukan gemuruh penonton sehinggakan ramai yang bergelek2 sama. Di antara ketiga3, Joko lah yang paling berakal dan juga sedikit pintar.
Supriadi orangnya cerah sikit. Cerah sikit nih maksud aku, berkulit gelap. Yang cerahnya sikit. Tinggi lampai. Tak lekang dengan handphone yang disambung earphone. Hampir seluruh jasa handphone adalah untuk mendendangkan lagu2 dangdut Indonesia. Dia tak dak awek. Juga, tak kisah nak telefon bertanya khabar orang tua di kampung. Hatta, dalam baring tidur pun earphone masih tertanam dalam rongga telinga. Akibatnya, pendengarannya sudah mulai out. Kekadang kita terpaksa menjerit untuk memberitahu dia sesuatu hal. Dan banyak masa, kita kena suruh dia sebut-ulang apa yang kita cakap padanya agar tidak masuk angin keluar asap.
Dominggus pun secerah Supriadi. Berbadan kecil, pendek dan tak kuat. Tak jantan langsung. Bukan anak bapak. Suka membebel, kata orang itu ini sedangkan dirinya sendiri seposen pun tak guna. Tapi, dia sopan orangnya. Bersuara kecil, sehinggakan kekadang kita mendekatkan telinga ke mulutnya pabila dia mengeluarkan ucapan.
.
Satu hari :
Satu petang. Sedang ketiga2nya di ruang tamu rumah kompeni. Dominggus bersama remote tivi. Tukar canel ke canel. Joko pula menikmati keropok Double Decker, sambil mata tertumpu di tivi tanpa peduli gambar apa di skrin. Supriadi pula mundar-mandir, dengan kedua tangan disembunyi di belakang. Berjalan ala orang kaya.
Joko : Kamu kenapa sih, Adi.?
Supriadi : Gak apa2. Senang begini. Mengitung-itung langkah, mas Joko.
Dominggus : Kok iya pun, duduk jak.
Supriadi : Masih ngak bisa duduk. Aku lagi bingung neyh, Minggus. Hari neyh aku nggak kerja. Disuruh pulang oleh tuan manajer. Katanya kemarin udah disuruh gantung kasut. Pagi tadi juga aku sudah gantung kasut di luar tu. Aku pergi kerja pakey selipar. Bila tuan manajer nampak aku tadi pagi, langsung aku dipanggil. Ditanya kenapa aku kerja hari neyh. Pas, aku tanya kenapa. Dia kata hari neyh aku gantung kasut.
Joko : Ya udah..!. Besok kamu harus turun kerja...
Supriadi : Iya, mas Joko. Aku kira gantung kasut tuh disebabkan kasut aku kotor lantas harus dijemur. Manalah saya tahu, mas Joko maksud gantung kasut itu - nggak dibenar turun kerja.
tuan manajer pun.
ReplyDeletecakap biar terang.
nasib baik member tu tak kaki ayam.
:p
gantung kasut = cuti ke berhenti terus..?
.
sib baik tak suh dia 'turun padang'...
ReplyDeletemau dia main bola sepanjang hari...
mem,
ReplyDeletegantung kasut = digantung kerja.
.
dino,
org2 cam ni turun padang boleh bermaksud mencangkul. habis berlobang2 padang.! kahkahkah...
.