Dari teres rumah, Azlan
memerhatikan dengan penuh minat kapalterbang AirAsia yang menurunkan badannya seperti
seekor helang yang mendepakan kepak menujah ke tanah kerana ingin menyambar
seekor tikus. Tayarnya yang tercacak di bahagian bawah badannya itu pula seakan
kaki berkuku tajam seekor helang yang sedia untuk menerkam mencengkam...
...
"Tolong hantarkan aku ke
airport, aku nak naik next flight ke Kuching", perintah Azlan kepada Alyah
sambil mematikan henpon Samsung-Y.
"Sekarang, ke?, balas
Alyah untuk kepastian.
"Ha ah... sekarang",
sahut Azlan dalam nada yang tersekat-sekat di kerongkong dan ada dengungnya.
...
Di balai menunggu, Azlan memahatkan
pandangannya pada Atendan yang berdiri tegap tegak di muka pintu Gate B. Atendan
itu nampak tenang sahaja wajahnya, sangat berbeza dengan wajah Azlan yang diselimuti
resah gelisah. Atendan itu membuka daun pintu Gate B itu, menyeru penumpang-penumpang
yang memiliki Boarding Pas kapalterbang MH3805 MasWing, agar melapor diri.
Azlan yang sejak tadi nampak sugul, ada resah gelisah di wajahnya, menghampiri
Atendan itu, menyerahkan Boarding Pas kepadanya, ada MyKad dikepilkannya bersama.
Setelah mengambil keratan kecil dari Boarding Pas yang dicarik koyak dua, dan
menyimpan semula MyKad ke dalam dompet Levi's-nya, Azlan berjalan menuju ke kapalterbang.
Azlan tidak pula
tergesa-gesa, dia berjalan dalam langkah kaki seperti sedang menyibak kemuncup,
tidak bertenaga langkahnya itu. Di hadapannya, dua orang mamat sedang berjalan penuh
bertenaga seakan berlari-lari anak. Mamat dua orang itu, seorang agak "gempal"
seperti Dino tapi pendek sikit kot, seorang lagi nampak "slim" seperti
Dino jugak. Hampir sama tinggi mereka berdua itu. Di dalam kapalterbang itu,
mereka berdua memilih untuk duduk di seat belakang di baris yang sama, seorang
di sisi kiri seorang pula di sisi kanan. Azlan duduk lat dua seat di hadapan
mamat yang duduk di sisi kanan itu. Pintu kapalterbang ditutup...
"Kalaula, di muka pintu
tadi, mamat dua orang itu aku terajang keluar, lalu jatuh tergolek kedua-duanya,
dan aku tutup pintu itu supaya kedua-duanya tidak masuk ke dalam perut kapalterbang
MasWing ini, akula satu-satunya penumpang di dalam kapalterbang MasWing ini...",
fantasi Azlan...
"Aku... maka aku akan seperti
seorang VIP yang menyewa khas kapalterbang MasWing ini...".
....
"Kau datang, tak?!",
tanya makciknya di perbualan henpon tadi, menyisip masuk soalan itu ke dalam
fantasi Azlan, membenih debar di jantungnya.
...
Abang Ngah-nya yang di-sms-nya
tadi agar menjemputnya, sudah ada menunggu di balai ketibaan, bersalam-salaman
mereka, lalu masuk ke dalam perut
kereta. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut kedua-duanya. Azlan yang duduk di
seat depan penumpang, memerhatikan kereta-kereta di depan mereka, saling
potong-memotong kereta-kereta itu. Apakah mungkin tidak ada AES di situ?! Azlan
memerhatikan kereta-kereta itu, matanya dikecilkan, merenung tajam seperti ingin
melemparkan kereta-kereta itu jauh-jauh, bak kuasa Superman, supaya jalan di
depan itu kosong lengang, agar dia bisa cepat sampai. Hospital Serian
destinasinya...
"Bagaimana keadaan
mak?!, Azlan mula bersuara.
"Improving... tapi...
tapi, separuh badannya masih tidak responsive... sebelah kiri..."... jawab
abang Ngah-nya. Hampir berbisik suaranya...
"Camner bulih jadi
camtuh...!!!", tanya Azlan lagi.
"Lepas solat subuh,
ketika sedang duduk... dia rebah..."
...dan Azlan terpaku, berkaca
matanya. Dibiarkannya sahaja kelopak bawah matanya digenangi air mata yang
tidakpun mampu disekatnya, lalu mengalir turun lewat hujung mata, dan meleleh menyusuri
pipi, menyusup di celah-celah misai....
.
salam.
.
.................
p/s : Dino, aku dah baca entri2 ko, cuma tak sempat nak tinggalkan jejak...!!! nanti petang aku blogwalking ke blog ko itu...!!!
.................
"Dalam cerita itu, aku doakan Azlan tabah meniti berita-berita selanjutnya... itulah kehidupan, walau pun hanya dalam ruang cerita itu, sesuatu yang payah untuk ditelan tetapi realiti dan nyata iaitu setiap yang hidup pasti akan merasai detik-detik lupus dan tewas di dunia ini. Kita juga akan merasainya"
ReplyDeleteitu kata dino yang gempal tetapi slim dan tinggi itu, sama seperti dalam cerita itu...
moga ibu cepat sembuh.
ReplyDeletemoga Azlan tabah.
.
Azlan,
ReplyDeleteApa perkembangan terkini?
Semoga semua selamat.
Org tua aku pun tidak berapa sihat. Ni cabaran utama si kembara insan!
semoga ibu cepat sembuh...
ReplyDeletesila lap air mata yang sangkut kat misai tu ye..
so, apa citernyer mak si azlan, bro...?
ReplyDeleteDino,
ReplyDeletetengkiu fren.
:)
Zul,
ReplyDeletedah discharge dan improving... :)
mem,
ReplyDeletetengkiu... :)
.
gB,
ReplyDelete:)
.
Dino,
ReplyDeleteperkembangan terkini, dah mula pulih, tapi masih baring.!
:)