azizulhasni awang,
walaupun ko dapat tempat ke-6 (mgkn bulih diletak di tempat ke-5 kerana ada dua orang di tempat ke-3)...
aku tersangat bangga dengan ko kerana hanya ko sorangsorangnya peserta dari asia yang bersaing di final, dan jugak bersaing dengan matmat saleh yg berbadan tinggisasa...
daripada :
aku,
yang ke sekolah berbasikal, yang sering mengintai seorang paktua berkapcai, dan mengayuh beriringan sehingga hampir kejang otot dan naknak semput...
.
p/s : paktua berkapcai ialah bapak Suhaili... dia yang hantarjemput anaknya Suhaili ke sekolah dengan kapcai c70.
daripada :
aku,
yang ke sekolah berbasikal, yang sering mengintai seorang paktua berkapcai, dan mengayuh beriringan sehingga hampir kejang otot dan naknak semput...
.
p/s : paktua berkapcai ialah bapak Suhaili... dia yang hantarjemput anaknya Suhaili ke sekolah dengan kapcai c70.
Bertuau Suhaili pi sekolah naik kapcai....
ReplyDelete(macam tulah perasaan ckLah dulu, setiap kali tengok anak orang berhantar berambik ke sekolah...sedangkan kami, bergerek botak, 4 batu pergi, 4 batu balii di jalan gambut tanpa aspal!)
*balii> balik
ReplyDeleteaku pun gi skolah naik beskal..sekali terlanggar batu, beskal pulak naik atas aku!
ReplyDeleteazizulhasni memang power, macam mercun roket bila mengayuh. cuma aku harap takde mana-mana sultan atau anak raja tak berkaliber yang menggatal nak jadi presiden persatuan lumba basikal malaysia. kalau tak, ini la last kita tengok orang macam azizulhasni ni.
ReplyDeletesuhaili mana ni beb...?
ReplyDelete5 tahun berkayuh dari rumah ke sekolah dulu. jauh gak, tapi badan tak kurus pun. kaki je makin sasa. hahah!
ReplyDeleteanyway tahniah azizul. kite tetap bangga!
aku dulu suka susun daun macang / kuinin dekat jejari basikal... bila berputar berbunyi 'traaapppppp....'
ReplyDeletekak ckLah,
ReplyDeleteitu jam, berbasikal ke sekolah sorang2 sangat la jauh rasanyer. nasib baik ada org yg boleh jd sparing partner racing... :)
Lady WIndsor,
ReplyDeletetayar pancit balik sekolah sesi petang, terpaksa la tolak beskal, sampai di rumah dah masuk isya'.
hehehe...
SM,
ReplyDeleteharapharap gitu lah yer...
aku agak kontingen olimpik msia, ramai officer dari dak peserta. :D
*dan dak peserta mgkn kongsi bilik, n dak official suite satu sorang. :)
TM,
ReplyDelete.
Suhaili ialah jiran sebelah rumah. ini criter dulu. criter duludulu. di sebuah kampung, kampung tempat aku tinggal la, di miri. kampung tuh terpisah dengan tanah besar oleh sebatang sungai, sungai miri, sehingga membentuk seolah sebuah pulau. untuk ke tanah besar, ada dua cara; satu - naik sampan menyeberang sungai, dua - menghilir ke jeti feri dan naik feri.
dari rumah ke sekolah lebih kurang 4 ke 5km.
biasanya, bila nak ke sekolah, aku dan Suhaili turun lebih kurang sama masa, Suhaili menyeberang sungai, dan paknya tunggu di seberang dengan kapcai c70, aku pulak berbasikal menghilir ke jeti feri dan naik feri tuk ke seberang...
selalunya : aku bertemutembung dengan dak Suhaili ngan paknya di depan sikh temple, kekadang di simpang RTM atau di depan balai Trafik (org miri tau point2 nih kat mana...) elokelok jeh diaorg sampai, maka aku akan mengayuh beskal sekuat hati, berkejarkejaran dengan paknya, alaala kierin gitu... pak Suhaili nih, bawak moto sangat perlahan. paling lajupun 30km/jam dan selalunya dalam 25km/jam. biasanya dapat seiring bila dia bawak dalam 25km/jam. (ok, camner aku tau braper laju dia bawak.?). sebab, aku intai odometernya. :). bulih la layan selama sejauh 1km, sebelum aku jadi termengahmengah... dan otot terasa sangat tegang.
Suhaili tak pernah dan sgt fobia berbasikal, perjalanan 1km-pun dia sanggup jalan kaki...
:D
GB,
ReplyDeletesebenarnya aku bulih naik bas ke sekolah. dan poket money cukup2 tuk tambang jeh, tapi disebabkan setiap weekend aku nak makan eskrem wall's, kena la naik beskal simpan duit...
*cuma itu jam, naik beskal tua yg macam dlm lagu Sudirman...
:)
Dino,
ReplyDeletetime hujan stop bawah pondok bas, tunggu hujan teduhreda... :)