Monday, July 30, 2012

ikan keli, udang harimau, jatropha dan jagung manis... kaitannya dengan 1Malaysia.

.
"Azlan, hari nih ko interview sorang, dia dalam perjalanan. Atur sorang tuk jemput dia di simpang." Pesan tokeh pagi tadi.
.
*****
.
"Bos, dia dah sampai." Kata kerani semasa mengetuk pintu lalu melangkah masuk ke bilik manager kilang.
"Jemput dia masuk." Balas Azlan. Kerani itu beredar lalu menjemput sorang mamat masuk.
Seorang mamat dalam usia pertengahan empatpuluhan mengetuk daun pintu, masuk bersopan, dipelawa oleh Azlan untuk duduk. Mamat itu mengukir senyum, dan dengan penuh tertib, duduk di kerusi di hadapan meja manager kilang.
"Ini resume saya, tuan." Mamat itu bersuara sambil menghulurkan sebuah envelop kuning bersaiz A4. Azlan menyambut, membuka envelop itu, membelekbelek setiap helaian kertas dan meniliti isi kandungannya.
"Ko berpengalaman kerja di hotel.! Pernah berkerja di kilang kelapa sawit.?!" Azlan membuka bicara.
"Tak pernah, tuan." Jawab mamat itu ringkas.
"Kenapa ko tetiba berminat nak berkerja di kilang kelapa sawit, sedangkan pengalaman ko semuanya di hotel.?!"
"Saya tak dak kerja sekarang, tuan. Kerja apapun yang ada kaitan, saya nak ambik."
"Kenapa ko tak kerja.?!"
"Saya berhenti berkerja dua tahun lepas. Bukak perusahaan menternak ikan keli. Sejak enam bulan lepas, sambutan untuk ikan keli tak dak. Order setakat tiga empat ratus ekor anak ikan keli. Tak boleh makan, tuan. Saya dah tak ternak dah." Terang Mamat itu.
"Criter sikit yang terbaik pernah ko dapat masa ko ternak ikan keli."
"Saya adalah penternak bertauliah dan boleh memberikan latihan. Pernah satu kali saya anjurkan latihan menternak ikan keli untuk seramai 170 orang. Saya kenakan yuran seratus sorang. Pernah jugak satu syarikat order tigapuluh lima ribu ekor anak ikan keli."
"Oooo... ok.!" Azlan mengangguk.
.

"Bila ko nak start kerja.?!" Tanya Azlan. Azlan memang tak cerewet untuk merekrut orang yang hendak berkerja dengannya, yang penting mereka sanggup tinggal jauh di pedalaman.
"Kalau boleh secepat mungkin, tuan. Dah enam bulan saya tak kerja."
"Ok. Ko masuk kerja 1ogos."

*****
Ikan keli, udang harimau dan jatropha adalah antara produkproduk yang diperkenalkan oleh dak YBYB kepada rakyat jelata di DUNDUN mereka. Ramai orang kampung yang ada tanah berekarekar menyahut seruan YBYB mereka. Malangnya, tiada kesinambungan dalam pemasaran. Akhirnya, dak rakyat jelata balik ke square one. Mereka kecewa.!!!

Azlan pernah diziarah oleh Helmi dua tahun lepas. Helmi ialah graduan hortikultur, yang memiliki syarikat sendiri yang berperanan menjadi penasihat kepada dak YB tentang pembangunan agriculture. 
Helmi pernah bercerita tentang pengagihan benih jagungmanis oleh sorang YB. Helmi menentang sekeraskerasnya tentang subsidi itu, atas alasan jagungmanis dimakan oleh orang, orang tak makan jagung banyakbanyak. Dia menyarankan kepada YB agar memberi subsidi benih jagungtakmanis yang dihasilkan khasnya untuk makanan ayam. Ayam makan jagung, dan dalam jumlah yang banyak, dan ada satu kilang memproses jagung untuk makanan ayam di Sibu, yang masih under-utilised. Lagipun, sekarang kita mengimport jagung itu dengan harga yang tinggi dalam volume yang banyak. Namun, tidak dihiraukan. Kesudahannya, bila sekampung menuai jagungmanis, hanya sedikit sahaja dapat dijual, selebihnya kering tak terjual. 
Walaupun margin untungnya tinggi, sekiranya tidak habis terjual, adalah sesuatu usaha yang siasia... lebih baik kita tanam jagungtakmanis, walaupun harganya murah, tetapi pasaran tetap ada...itu kata Helmi.

Helmi pernah mengajak Azlan untuk samasama melobi orang kampung, mengusahakan tanah yang terbiar untuk ditanam jagungtakmanis. Kata Helmi, permintaan jagung makanan ayam tinggi, sekarang kita import 80sen sekilo, dulu 23sen saja. Seekar bulih buat pendapatan empat ribu semusim...

Azlan menolak tawaran itu dengan penuh hormat..........



*****

3 langkah mudah memasang gate-lamp... dan LED.

.
bila rumah ada pagar, dak pembuat rumah aka developer akan tinggalkan kabel letrik untuk kita kemudiannya memasang gate-lamp. itu sudah pasti... dan harus.!!!

.
langkah pertama... kita beli gate-lamp siap dengan mentolnya.
langkah kedua... kita pasang gate-lamp sampai siap. maksud siap ialah kita mount-kan gate-lamp di tiang yang sepatutnya dan sambung kabel letrik yang berkenaan.
langkah ketiga... kita test. menyala bermakna betul dah tu. kalau rumah jadik black-out, ada yang tak kena.!!!

.
ACHTUNG.!!! PASTIKAN BEKALAN LETRIK DIMATIKAN SEBELUM MEMULAKAN KERJA. (bekalan letrik yang berkaitan sahaja sudah memadai dimatikan, sebab kita kena gunakan letrik jugak untuk hidupkan powertool-handdrill, dan jugak coffee maker... errr... coffee maker digunakan untuk bancuh kopi, yang sebenarnya, selepas pasang gate-lamp, kita kena take-a-break, minum kopi. dan memandangkan bulan posa, bermakna siang tak bulih la nak minumminum, jadi harusnya, memasang gate-lamp di sebelah malam... harap maklum...!!!)

.
dah siap, posing kejap depan gate-lamp...!!! say cheeseeeee....
.
cahaya kunin tuh bukan cahaya bulan. itu lampu jalan.!
(...sajer nak bagitau, khas untuk pengetahuan
pujangga cinta yang berpuisi tentang bulan ...!
dan berdeklamasi di bawah tiang lampu...!)


.

LED... ialah Light Emitting Diode. Maksudnya, cahaya dari semiconductor, diod. LED nih sangat jimat letrik, kerana setiap mentolnya, yang dijana oleh driver (maksudnya, driver nih yang menerima letrik ac dan menjanakan LED...), menggunakan hanya 1 watt sahaja, untuk yang kegunaan household. 
ok cukup setakat tuh jeh tentang LED, criter panjangpanjang terlalu teknikal la pulak nanti... 

oya, tunM ada jugak criter tentang kelebihan LED, di sini...
.

USE OF ELECTRICITY





.
salam



.

Pentas Fotografi... mencari lokasi.



.
aku rasa frame dah nak ok dah.


.
cuma...!!!


.
nampak terlalu jauh dan sepi... tak happening...!!!



.
mungkin...!!!



.
nak kena carik angle lain la, dengan mengekalkan frame yang ada... kena ke depan sikit.

.
kalau ke depan sikit, nak ke pantai tak bulih, sebab kena rentas rumahrumah besarbesar dak tokehtokeh. ada satu part lagi... di Luak Esplanade... dari balai tinjau dak baywatch,kot.!!!

.
atau... kena naik bot nelayan, landing kat pantai...!!!



.
dan ini jeh lokasi terbaik yg dapat aku carik...!!!
.


.
pelakonpelakonnya... diharap bersedia...!!!

.
serba sedikit tentang nombor :
1. sorang paktua bersamasama dua orang cucu mencari lokan. 2. pelantar telaga minyak (dalam kumira henpon tak nampak, mungkin kamera single-lense-reflex, SLR, bulih nampak). 3. seorang budak main lelayang berkejaran ngan seekor kucing. 4. bebudak bermainmain di gigi air. 5. seorang budak tengah buat sand-castle. 6. kapal kontena (dalam kumira henpon tak nampak, mungkin kamera single-lense-reflex, SLR, bulih nampak). 7. dak nelayan pantai. 8. dak memmem nelayan pantai duduk santai bersama ngan sorang anak dara. 9.  sepasang anak muda bercinta dudukduduk di atas kayu balak.



.
salam



.

Thursday, July 26, 2012

Life of Pi... the movie.

novel aku dah baca. di sini.

.

aku nak criter sikit pengalaman membaca novel nih.

memula baca interesting.
pastuh sepertiga nya tak braper nak interesting.
interesting masuk balik, jam dia terjaga bila kapal nak karam... pas nih panjang la sikit interestingnyer...
tak interesting balik bila dia asyik merengek dan berebut tempat ngan rimau, asyik ulangulang makan penyu.
.
.
dan... interesting balik, bila dia jumpa pulau yg hanya lumut...
dan terus interesting hingga di akhir criter...
.


.

.
.
maka..
.


muvi akupun nak tengok.

trailer nampak menarik, dalam cgi, dan mgkn bulih mengalahkan Avatar.!

apaapa hal... kita tunggu disember.

tengok trailer, jap.!
.




.
.




.





.




.

.

Wednesday, July 25, 2012

mengata dulang, paku serpih... dan bridgestone.

.
trivia :
*aku tak pandai berpantun, dino pandai... tapi aku nak jugak berpantun.!


.
mari berpantun di hari rabu... horay!!!...

.

mengata dulang, paku serpih,
menikam paku, tayar pipih,

.

.
tak sedap... eh...


.
kena ada  licentia poetica baru ngam...!!!

.
camnih la kot.!

.
mencabut paku, pakai playar,
tayar ditampal, upah dibayar.

.


.
paku di sini, tayar di sana,
tayar bridgestone, diberi nama...!!!




.


salam


.

Wednesday, July 18, 2012

do well, junior...!!!

.
.
.
masa tuh, aku di darjah2... setiap kali dapat kadlaporan penggal, aku bagi kat arwah pak tuk sain. dia ambil spek, belekbelek ke mukasurat yg sepatutnya, renung ke arah aku... aku perasan, dia ternampak markah bahasa Inggeris menurun dan kedudukan lam kelas jatuh dua anaktangga...
dan kata :

.

"do well, junior..." (dalam bahasa local la tapi... sajer jeh aku translate ke bahasa inggeris, bagi sedap bunyi...)...


.
itu aku dulu... yang comel-montel-kemas-skema, rambut sisir tepi...
aku sekarang... yang hensem-maco, rambut tak sisir (...sbb takder maknanya nak sisir yg dok ada segenggam dua jeh...)


.
*****
.
tahniah Husna...!!!

.

.



.
...errrr... cuma satu pak ko nak bagitau... biasanya, pak ko nih, ke function aper sekalipun, mata mudah nak berkatup...
...dalam function camnih sekalipun, asal ada peluang jeh, mesti bertemubersatu kelopak mata atas dan bawah... dan natijahnya, pak ko dah di-'bar' menghadiri mesyuarat PIBG... sebab masa mesyuarat tuh, bukan setakat bebola mata bersembunyi di dalam sarungnya, tapi dialun oleh irama dengkur yang bertingkahtingkah...!!!
...yang ko jemput pak ko ke function terima anugerah nih pada 16Julai2012 tuh naper...?! kan dapat foto yang cam neyh gaya...!!!
...hehehe...
.

.

.
eh.! masa grup foto, pak ko duduk sebelah GB... nanti ko mintak kat pengerusi majlis... pak nak tengok, mata tengah celik ka katup ka...?!

.

satu lagi pak nak bagitau...
dulu pak ada terima anugerah masa di sekolah rendah, PenilaianDarjah5... diaorg bagi masa sambutan MaulidurRasul di MasjidBesar Miri... itu jam tak bagi sijil Yayasan Sarawak, cek, dan cash reward... cuma sepasang pen parker - satu ballpen dan satu fountainpen di dalam kotak yang dibungkus, dan pak ko masa tuh berpakaian berbajumelayubersamping... sesuai dengan functionnya jugak ler...!!!



.
*****


.
ok...


'do well, junior...' jugak...


.



salam



.

Wednesday, July 11, 2012

shadow comeback...!

balik kerja semalam, sampai rumah jam7.46malam...
baru nak bukak pintu, rumah jadi gelapgempita, sebelumnya elok jeh ada duatiga mentol menyala...


.
"surprise...!!!". kata Hasif. serentak dengan lampu di tempat berdirinya menyala.


...'shadow comeback'... 'shadow comeback'... 'shadow comeback'... jerit Hasif sambil memanggil aku hampir kepadanya...

apa yang 'shadow comeback'... aku tanya.

ini... jawabnya.
.



.

sisasisa kayu lepas aku bertukang rupernya...


.
aku poskan jugakla bagi pihak Hasif, yang berusia 4tahun7bulan... sebagai menghargai kreativitinya.


...dan sebenarnya, bayangbayang yang subjeknya...!!!


.

salam

.

Tuesday, July 10, 2012

Sebuah lagu dari yang dihibur, kepada penghibur... dan Berita Untuk Kawan.

7 Julai 2012... katanya.

Ella dan Azhar... ah.! aku tak mampu nak sambung.!

aku hanya layak untuk menghadiahkan sebuah lagu... dari aku yang dihibur, kepada mereka yang penghibur...

.


.
dan aku sampaikan berita ini kepada ko, Dino...!!! (walaupun ko dah tau, kerna ko duduk di kota besar, sedang aku duduk dalam hutan...!!!)... 
kepada ko Dino, supaya ko rasa terharu, aku tujukan sebuah lagu... lagu ini...

.


.

ko kena bayangkan, aku yang berbaju merah, dan mamat yang petik gitar itu adalah ko...!!!
dulu aku pernah mintak ko petik gitar, untuk aku nyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana, ko akan petik sampai habis lagu, dan aku, akan menyanyi sampai habis jugak lagu... 
...dan biasanya, gemersik suara parau dalam b-flet aku habis jauh lebih awal dari petikan gitar ko... (ermmmm... lari tempo, sebab tone-deaf la tuh... hehehe...).


.



salam


.

Thursday, July 5, 2012

sebuah skrip Pentas Fotografi...

beginila ruper Pentas Fotografi... yang aku nak shot.
...di sini ada kaitan...

.






.
yg ber'cap' adalah aku... view camera adalah yg bergaris kembartiga...



.
ok done...


.
next... mencari pelakon...
*siput tak dak dalam skrip, kalau kebetulan lalu, aku shot la jugak...


.

:)

Wednesday, July 4, 2012

tHe Reflection, yang tak menjadi... dan pentas fotografi.

.
sepatutnya tajuk akan jadi begini...

"tHe Reflection : Azlan di suatu senja... dan bulan penuh."

ok. aku criterkan kenapa tak menjadi.?!. 
memula aku tampal gambo nih dulu. gambo nih aku dah edit sesedaprasa dan seindahrupa juga seadamaunya... (modelnya : mem besar... sepatutnya Azlan)...

.
di satu senja, aku cuba buat reflection dari langit. 
caranya, di pantai yang landai, ketika air sedang surut, maka akan ada air yang dibawa oleh ombak ke daratan, mengalir semula perlahanlahan ke gigi air dan meninggalkan selapisan nipis air yang seolaholah cermin memantulkan imej.
ketika itu ada bulan penuh. yang muncul dari timur di celahcelah pokok ru. 
kalau shot directly, model akan berdiri berlatarbelakangkan pokok ru dengan bulan berada di celahcelah pokok ru... 
tak menarik, kan...!!! 
kita nak imej bulan berada di paras dada...!!!
.





.
maka aku ejas jarak pantulan di permukaan pantai, agar pokok ru menjadi di bawah bulan. disebabkan Azlan akan menjadi model sebenarnya, aku minta mem besar jadi proxy sementara untuk menunjukkan shot yang sepatutnya akan diambil oleh mem besar bila Azlan menjadi modelnya nanti...


.
malangnya, hari semakin gelap, menggunakan kamera PlayBook, memang tak bleh ejas shutter speed...

...dan hasilnya gambo yang kelam suram yang hanya ada satu titik putih sang bulan...




.




.
oya... gambo di bawah ini ialah gambo asal yang belum dicrop, diedit dan belum jugak diputar 180degree...




.


.

aku mau buat ini...

Pentas Fotografi...

begini plotnya :

Di tepi pantai ini jugak, kirakira pukul5setengah petang, aku mau 14 orang pelakonpelakon dan watakwataknya...
1. 2 budak bermain di gigi air.
2. 1 budak sedang buat sand castle.
3. 1 budak sedang berlari bersama lelayang, dikejar oleh seekor kucing.
4. Sepasang anak muda bercinta, yang sedang duduk di atas sebatang balak yang terdampar di pantai. Yang lelaki bermain game di smartphone dan yang perempuannya merenung jauh ke tengah lautan.
5. Dua lelaki sedang menarik pukat pantai. (lelakilelaki itu : sorang muda ada isterinya menunggu di gigi air menjinjing sebuah baldi, seorang pula lelaki matang ada isteri dan anak daranya duduk di hamparan tikar mengkuang di antara rerumput dan pasir pantai, isterinya duduk berlunjur kaki, manakala anak daranya membaca novel.)
6. Seorang tua dan 2 orang cucunya sedang mencari lokan. Cucunya pula, seorang membawa baldi merah dan seorang pula menguisnguis pasir dengan kaki.

...dan aku akan mengambil shot dari jauh... agar nampak kesemuanya, agar nampak jugak tanjung di depan, jugak samarsamar kapal kontena, telaga minyak dan mungkin tongkang yang bermuatan arangbatu...


eh. bulih ka.?!!! mana nak carik pelakon eh...!!!


Dinooooo....!!! ko cuba la dulu....


.




salam


.

Tuesday, July 3, 2012

tHe balding, tHe bald... dan candelier.

ada satu criter, tentang dua orang...

1. yang sorang nih, rambut di tengah kepalanya segan nak tumbuh... aku namai tHe balding.
2. yang sorang nih pulak, segala rambut tak dibenarkan tumbuh... aku namai pulak tHe bald.

untuk lebih jelas... tengok foto di bawah.!
.

.
tHe balding nih sebaya dengan aku... kenapa aku tahu.?! kami sekolah di sekolah yang sama. bilik asramanya sebelah bilik aku...

tHe bald pulak 10tahun senior... teabreak, aku tanya umurnya... dan aku tanya jugak, mana hilang rambut mu. dia jawab, umur dah sebegini, rambut pun dah segan nak tumbuh, biar buangkan semuanya...!!!

...dan...

sekiranya, ada candelier seperti ini...
.

.
...menyuluhkan sinar ke bawah... akan terhasillah... akan terhasillah... kilauan sinar keemasan terpantul dari kulit kepala yang terang itu...!!!



.

dan aku... 


merabaraba kepala, meramasramas rambut...
...dah dapat meramal nasib rambut di kepala ku...!!!





.



salam

.

Sunday, July 1, 2012

Azlan di majlis kenduri kahwin anak sedara... dan Puma & Ferrari.

ko ada terima kad jemputan.?! tanya akak.
tak. Azlan jawab.
ok. cam nih. 23jun ada kenduri kahwin si "....." di hotel ".....". ko datang tak.?!
datang.
ok. 6 orang ar.
yer...


...


...dan maka Azlan yang bangsa malumalu kucing, yang jenis senyumsenyum kambing, pun datang la ke kenduri kahwin tuh...
.

.
oya...
Azlan ialah yang berdiri... tiga dari kiri... yang berbaju hitam, ada logo Puma di kanan dan Ferrari di kiri...

.

(*agak kureng asem bila ke kenduri kahwin tak berbajumelayubersongkok... tapi... Azlan. Azlan tak kisah... Azlan hensem-maco... hah hahaha...)


.



salam

.