Friday, June 15, 2012

Diari seorang pemimpin… dan PAS.


1jun2012… hari jumaat.

Ketika seluruh rakyat Sarawak bercuti sempena Hari Gawai Dayak 2012, Azlan pulak dari pagi, sudah mengintaiintai henpon Samsung-Y, menunggu deringan panggilan masuk dan nada-berdenyut sms daripada Jali. Dua minggu sebelum itu, Jali dah hantar sms, flight dari KL ke Miri pada 1jun2012… (*Jali… masa di universiti, digelar Jon Bon Jali, sebab dia sangat suka dengar lagulagu Jon Bon Jovi… nama penuhnya Mohamad Razali bin Jusoh, seorang Jurutera Awam yang kerja gomen, di JPS Kedah…)

Jali sampai di airport Miri dekatdekat pukul4 petang, tapi dia menolak pelawaan Azlan untuk dijemput kerana katanya, kawan memnya yang jemput. Malam itu, Jali hantar SMS ajak dinner di Restoren Najwa… (*Restoren Najwa ni di Pujut7… lebih kurang 25minit perjalanan dari rumah Azlan.) Azlan sampai lebih awal, mungkin seminit lebih awal, elokelok jeh Azlan mencaricari seat dan mengintaiintai kelibat Jali, sebuah kereta MyVi sampai dan parkir selang sebuah kreta dari tempat kreta Azlan parkir. Jali lah orang yang pertama keluar, Azlan kenal benar dengan Jali… cara jalannya dan henjutanhentakkan kaki kanankirinya masih seperti dulu. Jali adalah anggota ROTU masa di universiti dulu… kawan.!

Ko masih tak berubah, Sepa. 16tahun, ko masih macam dulu. Sapa Jali.
Yer yer masih macam dulu… balas Azlan. Hensemnya lebih.!

Dan mereka ketawa… bersalamsalaman dan berpelukpelukan. Begitu la tebiat Azlan setiap kali berjumpa dengan Jali. Setiap kali la juga pelukan ala sheikhsheikh tok arab sebagai tanda salam dan pertemuan. Bukan hanya hari itu saja, kawan.! Sejak dari duludulu mereka kenal. Jali adalah anggota ROTU. Azlan akrab dengan Jali masa di universiti dulu, kerana bilik hostel Azlan adalah satu hostel ngan dak ROTU. Azlan bukan anggota ROTU, kawan.!

*Pernah satu hari Budin (*Budin, Shahabuddin bin Bohari ialah anak Sarawak yang berasal dari Mukah…) mengajak Azlan menyertai ROTU. Katanya, menyertai ROTU, ada elaun, besar jugak la elaunnya tuk buat belanjabelanja… Azlan menolak atas alasan, bukan elaun yang aku tak nak, Budin… aku tak minat… aku tak minat barisbaris, berdiriberdiri, jalan hentakhentak kaki hayunhayun tangan tinggitinggi… aku jugak tak suka laplap kilatkilat kasut… tapi, kalau ko bagi aku senapang tembak musuh, aku tak menolak… *
.
Azlan memperkenalkan kepada Jali, memnya, kawan memnya, dan laki kawan memnya kepada anggota keluarganya, mempelawa mereka duduk untuk memesan makanminum, kemudian Azlan mengajak Jali keluar dan berdiriborak di depan pintu kedaiyangtutupoperasi di sebelah, menghulurkan sebatang rokok Dunhill dari kotak merah. Mereka merokok sambil bercerita tentang kisahkisah sendiri dan jugak kengkawan. Jali bercerita tentang Penan yang dah menjadi Pengurus Besar di satu kilang komponen kapal terbang, tentang Samseng yang menjadi kontraktor untuk projekprojek gomen, tentang Man Panjang yang berkhidmat di Dubai…

Ko ada cerita tentang Chasiman, tak.? Aku dengar dia jadi konsultan… Tanya Azlan.
Chasiman sekarang ada syarikat konsultan sendiri. Dia PAS, pakai serban, mata bercelak dan berjanggut. Itu hari aku jumpa dia, dia nak tarbiyah aku… eh… sorila, orang lain bulih, aku tak… hahaha… Jawab Jali dalam ketawa yang perlahanlahan tenggelam dan senyap. Azlan mengangguk. Warak ar dia sekarang… Balas Azlan…

*Chasiman… nama tak melayu langsung. Nama penuhnya Chasiman bin Abdul Wahab. Asal dari Kg Sungai Ara, Pulau Pinang. Seorang Jurutera Professional dalam Kejuruteraan Awan. Ada Ir di depan namanya. Azlan masih ingat… suatu hari, selepas bermain bolasepak, mereka terjun ramairamai ke dalam kolam renang yang separuh saiz olimpik… ketika balik dan bersiapsiap untuk kelas malam, Azlan perasan telinganya masuk air, dan dengung di kepala telah membatalkan niatnya untuk ke kelas Jurutera Dalam Masyarakat. Kebetulan ketika itu ada Chasiman, bertanyakan kepada Azlan kenapa tak ke kelas… selepas diterangkan oleh Azlan… Chasiman, masuk semula ke bilik hostel, membawa dua bijik helmet… kita ke klinik di Batu Gajah... katanya. Ko tak ke kelas ke.? Tanya Azlan. Tak hal… ko kena ke klinik… balasnya. Dia melipatlipatkan sekeping kertas yang biasanya dibawanya ke kelas untuk mencatat nota dan sebatang pen di poket belakang, menuju ke motosikal yang parkir di depan hostel… dan mereka ke klinik….*

Ahhh…!!! memang patutpun dia masuk PAS…!!! Detik hati Azlan.
.
Azlan dan Jali ke meja makan, masingmasing memesan makanan…
Azlan memesan Nescafe o dan bihun sup.
Jali pulak memesan kopi o… buh ais… manis sangat kurang, dan kaler kurang hitam… dan bihun sup, buh sayur sama dan masukkan sebijik telur.
Sebelum beredar dan berpisah, Azlan dan Jali sempat berfotografi bersamasama… Azlan sungguh fotogenik, terserlah hensem-maco, Jali pulak sentiasa ceria walau di mana dan dalam apaapa situasi…

Ini foto mereka, kawan.!
.

.

4jun2012, hari Isnin. 

Jali ke rumah Azlan malam itu… selepas melancong ke Brunei di siang harinya.
Tadi, masa ko bawak ke sini, dari simpang Tadika Bandar Peranginan, nampakla rumah besarbesar, pastu ko jalan terus masuk lam hutan… masa tuh aku ingatkan ko duduk di setinggan… ruparupanya ada perumahan jugak lam hutan… kata Jali. 
Azlan senyum…


6jun2012, hari Rabu.

Azlan menerima SMS daripada Jali…
“Sepa, aku dah sampai KL, thanks sbb sudi terima kami datang rumah, kalau turun Pahang jangan lupa dtg rumah aku lak. :)
Dan Azlan membalas…
“Ok. Ur welkam brader… :)


.



Salam

.

8 comments:

  1. pesal cerita Dino tak ada?


    sahih aku tak kenal Jali kalau jumpa. lain macam muka dia...

    ReplyDelete
  2. GB tgk azlan ni kang mau cair jadi air sirap ni kang...







    hi GB!
    ehem.


    .

    ReplyDelete
  3. Ooo.... GB ada skendel eh tasek?

    keh keh keh

    ReplyDelete
  4. Dino,

    ko nak criter Dino, kelkatu yang melepaskan sayap...! :)


    mem,

    maco kan Azlan.?!


    Dino lagi,

    memandai la ko Dino.! :p

    ReplyDelete
  5. Azlan..

    Aku budak USM gak.
    Pun juga budak ROTU.
    Aku mekanikal yg belum habis lagi utk dapat Ir.
    Aku pun... PAS.. iya lah. Apa lagi parti yg ko rasa patut ko sokong skrg? yg bermula dengan U tu.. maaflah.

    ...ko tak nak cite yg aku minum sekali dengan ko di Restoren Luak Ikan Bakar ker? .. masih buka ke kedai tu..

    salam.

    ReplyDelete
  6. oya... ada peluang nanti aku tulis eh.

    ko aper criter kat Sabah nun...?!


    eh. Restoren Luak Ikan Bakar dah jadi sejarah la bang...

    ReplyDelete
  7. Ir Chasiman ialah bos saya semasa saya berkhidmat di CS Engineering Consultancy...sgt kagum dengan keperibadian beliau.

    ReplyDelete
  8. Anon@5:02 PM,

    iyer...! kalau kamu jumpa dia, atau terserempak dengan dia, sampaikan salam saya kepadanya.

    :)


    .

    ReplyDelete