Friday, April 20, 2012

Hasif kata : …ini satu ribu ringgit. Dan XBOX360. Dan jugak PTPTN.

.


Kawan,

Hasif, anak kecil yang pintar. Macam paknya. Hasif juga sangat kreatif, dan memiliki penghayatan yang tinggi dalam kehidupan dan sentiasa melihat dirinya dalam masa hadapan, yang mungkin di zaman dewasanya nanti adalah, dalam suasana yang serba maju, dan penuh dengan kemungkinan. Dia, bagaimanapun, tidak pernah melihat semua itu satu bentuk halangan, atau kemajuan, padanya, zaman masa hadapan, hanyalah sekadar suatu kehidupan, yang dihayati dalam pemikiran yang berbeza.

Kawan,

Di usia semuda 4 tahun, Hasif telah menunjukkan bakat dalam penghayatan ke atas dasar ekonomi semasa yang dimungkinkan di masa hadapan.


.
Dia juga kenal apa itu XBOX, kawan. Ini kisahnya…

.
.

Nah.! Belikan saya XBOX.!
Kata Hasif sambil menghulurkan satu not satu ringgit kepada maknya.

Mana ada XBOX harga satu ringgit.!
Balas maknya, tanpa perduli tentang satu not satu ringgit yang dihulurkan oleh Hasif.

Mahalkah.?! Berapa harga XBOX.?!
Tanya Hasif, mendesak maknya.

Kenapa nak beli XBOX.?!
Jawab maknya, dalam nada bertanya.

XBOX ada game Plants vs Zombies.
Balas Hasif.

Owhhh…  Tak perlula beli.! PS3 kan ada. Lagipun XBOX reganya dalam dua ribu ringgit.
Terang maknya, cuba mententeram jiwa gelora anak kecil, yang penuh dengan naluri ingin tahu, dan juga yang sedang dalam motivasi yang didorong oleh rasa keinginan untuk memiliki.

Mereka tidak berkata-kata seketika.

Saya nak XBOX.!!! Nah.! Ini dua ribu ringgit.
Hasif menghulurkan dua not satu ringgit yang telah dikoyakkannya, dari satu not satu ringgit, menjadi dua.

Kenapa dikoyakkan not satu ringgit ni.?!
Tanya maknya, sambil menyambut not satu ringgit yang sudah bercerai dua.

Satu. Satu ribu. Dua. Dua ribu lah.!
Jawab Hasif ringkas.

.
Kawan,

Hasif melihat ekonomi bukan pada nilai not sahaja. Dia melihat ekonomi dari sudut yang lain jugak, termasuklah ‘Child Psychology’. Padanya, biarla dia tidak dapat memiliki XBOX, dengan nilai satu not satu ringgit, tapi, dia juga berharap, jangan la pula satu not satu ringgit untuk digunakan membeli benda lain…

*Dari sudut ini, kita sudah boleh membayangkan, kawan. Kita sudah boleh membayangkan apa agaknya yang difikirkan oleh generasi zaman Hasif sekiranya PTPTN masih berlegar, kononnya cuba memayungi golongan yang ‘ditentukan’… tetapi, sebenarnya, lebih dari itu, dan harus juga kita fikirkan dan akan juga kita bayangkan psychological effectnya, kawan.!!!

.
.

PTPTN harus dimansuhkan, kawan.!!!

.

Salam
.

5 comments:

  1. pantang sungguh bila orang gunakan PTPTN untuk beli XBOX...!

    ReplyDelete
  2. hi! like father, like son... ekekekeke...

    ReplyDelete
  3. kdg2 marah gak tgk bebudak dpt duit ptptn lepas tu beli henfon canggih2.
    belajar ke mana.
    tau nk bergaya je.



    .

    ReplyDelete
  4. ptptn hanya utk bantuan pembelajara - beli buku, paper, coloring media, print presentation - setuju.


    tapi utk belanja awek tgk wayang, beli hp, beli motor, joli katak - sape pun tak setuju.


    yg salah adalah fee pentadbiran melampau dan cara pengurusan kewangan oleh penerima pinjaman.


    pepe hal pon ada pros and cons. kan?

    ReplyDelete
  5. Dino,

    iye ke.?! ko mengidam XBOX tak?!


    .
    Anon...,

    or father like the son. :p

    .
    mem,

    mungkin skrg public phone dah tak de, kot.! (ish, positif betul la aku.! :D...)

    .
    gB,

    sebenarnya, aku tak pasti camner PTPTN nih berfungsi. betul dah apa yg ko cakap.
    :)

    "dulu, aku ada sorg kawan, dia tak setuju ngan cara JPA yg bg biasiswa.
    katanya, bila tak dpt 1st class, kena bayar balik beberapa percent.
    katanya lagi, JPA harus bagi biasiswa berdasarkan keputusan peperiksaan nasional. itu jam adalah SPM.
    mana betul kalau ikut keputusan universiti. sebabnya :
    kalau dua orang yang sama keputusan spm sangat cemerlang, satu masuk oxford atau harvard, dan satu lagi masuk universiti yg tahhapahapa, pastilah yang masuk oxford atau harvard kena bayar balik, sebab nak dapt 1st class giler susah.
    satu lagi. kalau dua orang tadi ambik kursus yang berbeza. contohnya sorang aktuari sains, sorang pure science. dah tentu yang ambik aktuari sains kena bayar balik, sebab aktuari sains giler susah.

    oya. cuma, aku ingat satu jeh pesannya. 'ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.'


    sekadar pendapat aku.!
    :)

    ...

    ReplyDelete