Tuesday, December 13, 2011

Panduan 7 Langkah-langkah Melancong Dalam Malaysia... Destinasi : Ibukota.

Bahagian Satu...

Salam sejahtera, pembaca.

Ini adalah travelog pertama saya.  Berjudul :-

Panduan 7 Langkah-langkah Melancong Dalam Malaysia... Destinasi : Ibukota.

Pengenalan...

Di Malaysia, cuti sekolah adalah paling panjang di hujung tahun, bermula dari hujung bulan November hinggalah hujung bulan December. Ah.! Sebagai rakyat Malaysia, anda sepatutnya dah tahu, kan.? Sengaja saja saya pepanjangkan mukaddimah.

Dan... jika anda ialah pakmak kepada anak-anak yang bersekolah. Dan, cuti sekolah dah memasuki fasa panjang ini. Sebenarnya, sedar-tak-sedar, anda adalah jugak seperti anak-anak anda yang sedang bersekolah. *iaitu : bila cuti sekolah, andapun menyibuk bercuti jugak.! Kan.? Nak buat ituini, nak jalan ke situsini. Dan... jika anda dalam dilemma berikut :
  •          Terfikir-fikir apa nak buat.?
  •          Atau, tak tau nak pergi jalan-jalan ke mana.?
  •          Atau jugak, anda tak tau cam mana nak penuhi ruangmasa cuti sekolah.?
Anda bolehlah teruskan membaca...! Jika tak... anda masih boleh layan apa saja yang saya nak cerita, dan boleh jugak scroll updown tengok gambar2 yang ditampilkan (...sekiranya ada...).

Memula...

Anda mestilah dalam kategori orang-orang seperti saya :
  1. Berasal atau sedang berada di belah2 utara Sarawak, terutamanya Miri.
  2. Sedang dalam dilemma, seperti dalam pengenalan di atas.
  3. Berlatarbelakangkan kehidupan bukan tokeh2 kayubalak atau bukan jugak anak2 mahupun cucu2-cicit-piut-miut tokeh kayu balak. 
  4. Berkerja dalam sector bukan Gomen, atau jugak bukan Gomen-link-company.
  5. Belum pernah pergi umrah, atau belum jugak pernah pergi haji. (apa kaitannya yang ini...?! nanti saya terangkan kenapa...?!.)

Sedikit sebanyak tentang destinasi yang anda mungkin berminat untuk singgah dan layan di Ibukota dan tempat2 sekitarnya yang within reach adalah seperti berikut, antaranya :-

Yang dimiliki tokeh2  : *Genting Highlands – boleh naik cable car.*Colmar Bukit Tinggi – boleh tengok arkitektural Perancis.*Sunway Lagoon – bermain air.*Berjaya Times Square – bermain outdoor-games indoor.*

Yang dimiliki Negara : *Zoo Negara.*Muzium Negara.*Tugu Negara.*Kompleks Sukan Negara.*Balai Seni Negara.*

(Nota : 
Senarai di atas itu hanyalah senarai diperpendekkan oleh penulis... sebenarnya, ada banyak lagi. ...dan senarai di atas jugak, adalah disusuntulis secara rawak, yang bukanlah di-Top10-kan...
)...


*****
Langkah 1.

Anda perlu masuk ke dalam website MAS. Caranya :
  1. On-kan computer, sambungkan Streamyx atau Wifi supaya anda boleh laksanakan kehendak2 Mozilla Firefox, Safari, Internet Explorer, Google Chrome dan boleh jugak Opera.
  2. Log-in dalam web-site MAS, pilih > Return, pilih lokasi berlepas > From, dan ketibaan > To. Untuk berlepas pilih Kuching, untuk ketibaan pilih Kuala Lumpur.
  3. Seterusnya, pilih tarikh untuk pergi > Departure, dan jugak tarikh untuk balik > Return. (talakan anak panah tikus pada petak calendar.)
  4.  ...dan seterusnya... masukkan bilangan orang yang nak naik flight bersama2, pada > Adult, pada > Children, juga pada > Infant. Contohnya : Sekiranya anda ada anak yang berumur 12tahun ke atas, kira sebagai Adult. Kanak2 pulak buh pada Children.Harga tiket tetap sama.
  5. Pilih pula Cabin. Pilih Economy Class, kawan. Lepas tuh tekan butang Lowest Fare.
  6. Lastly, tekan ikon berwarna merah > Book now.
  7. Selesai sudah mukasurat pertama. Seterusnya, di mukasurat yang lain, isikan butir2 yang perlu sehinggalah anda tetapkan segala2nya dan tiket dah confirm dibeli. Catatkan nombor E-ticket anda, kerana anda tak perlu cetak sebab tak dak orang nak tengok. Contoh itenari yang telah dipilih : Trip pergi – 9Dec’11 6.00 pagi, trip balik 11Dec’11 10.15 malam. Penumpang 3 Adult dan 3 Children.
Di bawah ini adalah muka pertama dalam website MAS online. Segala apa yang perlu diisi, telah saya highlight guna warna kuning.



(Nota sensitif :
Kenapa anda mesti pilih berlepas Kuching.? Dan ketibaan Kuala Lumpur.? ... sebabnya : judulnya adalah Destinasi : Ibukota. Miri hanyalah sebuah bandaraya, tapi bukanlah kategori bertaraf  Ibukota... )...

(Nota yang ada jugak kaitan... : 
Boleh jugak anda menggunakan flight kompeni2 lain. Contohnya : Royal Brunei, Garuda, Cathay Pacific, Qantas, British Airways, jugak Singapore Airlines. Itu terpulang dengan pilihan anda. Contohnya : sekiranya anda memilih untuk menggunakan Royal Brunei, anda hendaklah ke Bandar Seri Begawan terlebih dahulu. Kalau Garuda, anda hendaklah ke Jakarta... J. Mungkin ada yang bertanya – AirAsia.??? Boleh tak.??? Jawapannya : boleh la jugak... pandai2 sendiri rancang la, kan.? Cuma, sekiranya menggunakan AirAsia, panduan neyh akan defeat purpose judul cerita...!!!
)...


*****
Langkah 2.

Mulakan perjalanan anda dengan terancang. Contohnya : Disebabkan anda hanya akan naik flight di Kuching. Anda hendaklah memandu kereta dari Miri ke Kuching. Jarak perjalanan dari tempat anda, yang berasal dari Miri ke Kuching menggunakan laluan Coastal Road adalah 839.50km. Sekiranya anda memandu berpurata 83.95km/jam, perjalananan anda akan tiba di Kuching adalah 10jam pemanduan. Lebih tepatnya : perjalanan anda dari Miri yang bermula pada pukul 3.45petang 8Dec’11 akan tiba di KIA – Kuching International Airport pada pukul 1.45pagi 9Dec’11.

Kuching International Airport, jam 1.45am.


(Nota : 
Anda mungkin tertanya2, perjalanan sejauh itu tak dak stop&rest, ka.? Ada, kawan. Mesti ada stop&rest... untuk pemanduan berpurata 83.95km/jam, anda hendaklah catch-up dengan masa yang terlebih disebabkan anda stop&rest yang jugak kekadang terperlahan semasa mengambil selekoh, berperlahan di jalan2 yang tidak rata dan sangat perlahan apabila membontoti lori2 kayu balak, lori2 minyak sawit, lori2 buah sawit, lori2 kargo dan ada masanya jugak lori2 petrol RON95 bersubsidi.
)...

Bila anda sampai di KIA jam 1.45pagi, sedangkan flight adalah pada jam 6.00 pagi, anda bolehlah ambil peluang beberapa jam tuh untuk meronda2 dan jalan2tengok2 Bandaraya Kuching. Sekiranya terasa lapar, bolehla singgah di mekD atau K’ef’si. (Di Kuching, diaorang bukak 24jam sehari, 7hari seminggu, atau ringkasnya 365suku hari setahun.)

Jalanraya dari KIA menuju ke Bandaraya Kuching, jam 1.53am.

Pandangan dari depan MekD, jam 2.35am, dengan imej cahaya bulan berwarna biru di bucu puncak Crowne Hotel & Plaza, Kuching.



Agak2 dah nak jam 4.30pagi, drive la ke airport, dan check-in. Perlu diingat, ini jam, kita tak perlu mengada2 ke kaunter tunjuk tiket. Pergi jeh terus ke kiosk tiket, masukkan nombor E-ticket, jawab-isi segala maklumat yang diminta, maka keluarlah boarding pass dari mesin tuh. Luggage pulak, hantar le ke kaunter, ditimbang dan dibubuh stiker.

Mereka sedang menunggu untuk boarding flight di KIA, jam 4.45am. Masing2 nampak sungguh excited. KL, here we come.!!!. Lelaki yang berketayap kat belakang tuh, BUKAN penulis.


Oya... kereta.???!!! Nak letak mana.???!!! Ah.! Tadi, kan kita parking kereta kat parking lot airport. Masa nak masuk, kan tiket keluar sendiri dari mesin tuh. Parking dan tinggalkan je la kereta kat parking lot airport tu. Bila kita bawak keluar nanti pandai la diaorang kira 3hari pada harga RM17.00 sehari, atau RM51.00.

 .

Salam.
*****
bersambung dalam Bahagian Dua, dan Bahagian Tiga.

*****
Langkah 3, Langkah 4, Langkah 5, dan Langkah 6 dalam Bahagian Dua.

*****
Langkah 7 dalam Bahagian Tiga.

*****

3 comments: