Satu tahun telah berlalu. Satu tahun jugalah sesi persekolahan sudah dilalui.
Tahun lepas, 2010, pada penghujung bulan november, dak Husna, Hanna dan Hatta telah aku pindah-sekolah dari sekolah yg bernama SK SLDB No.1 yang letak di pedalaman di tengah-tengah estet sawit milik syarikat (aku namakan syarikat A) ke sekolah baru yang bernama SK Saint Joseph yang letaknya di tengah-tengah bandaraya Miri (yang menyebabkan aku berpindah-khidmat di syarikat B).
Aku masih ingat. Aku masih lagi ingat, aku pernah berkata kepada dak bertiga :
"Papa masukkan kamu di sekolah terbaik di Miri. Di sekolah itulah pak korang bersekolah dari darjah1 hingga darjah6. Persaingan sememangnya sangat sengit. Tak seperti masa korang bersekolah di SK SLDB No.1, yang lebih senang untuk korang dapat tempat no.1 dan selalu bawak balik banyak hadiah2 dan sijil2 pada hari penyampaian hadiah dan sijil. Pak korang, selama dari darjah1 hingga darjah6, tak pernah dapat tempat no.1 dalam kelas, di SK Saint Joseph."
*****
Pada hari ini, hari khamis, 17november2011.
1. Dimulakan dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil.
2. Makan-minum ringan selepasnya.
3. Pengumuman keputusan UPSR2011.
*****
Sehari sebelumnya, adalah majlis penyampaian piala2 kepada pelajar2 sebagai anugerah2 di atas pencapaian2 tertentu.
1. daripada Husna
2. daripada Hanna
3. daripada Hatta
Terbaik Mata Pelajaran 2011 Bahasa Arab Tahun 1. |
*****
kesimpulan daripada aku :
Dalam proses pembelajaran, tidak kira di sekolah mana sekalipun kita bersekolah, sekiranya terdapat sistem ganjaran yang berupa pemberian hadiah berbentuk piala atau sijil, kita sebenarnya adalah antara calon-calon yang layak untuk menerimanya.
*****
Sesi penyampaian Hadiah dan Sijil.
Suasana. Nota : ternampak ramai pelajar2 perempuan, yang ramai tidak berbaju kurung bertudung kepala adalah dikeranakan mereka beragama selain Islam. |
*
Sesi makan-minum ringan selepasnya. Aku skip part nih, i.e. tak dak foto2 berkaitan, atas sebab-sebab yang sensitif.
*
Sesi pengumuman keputusan UPSR2011.
ini aku, yang agak kurang sikit rambutnya, tapi masih nampak agak panjang, yang juga tetap nampak hensem-maco (cheh.!), bergambar bersama dengan Husna sejurus selepas keputusan UPSR2011 diumumkan.
Husna yang kelihatan sangat gembira selepas namanya diumumkan di kalangan pelajar2 Tahun6 yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR2011. |
*****
ini pula, adalah seekor ayam jantan.
Ini ayam jantan - ayam sabung. Orang kata, tuah ayam nampak di kaki. Yang aku nampak, ayam nih ditambat di kaki. |
errr... apsal si ayam jantan - ayam sabung tetiba mencelah pulak nih... menyibuk jeh.! suka sangat menonjol ketika orang tua2 tengah asyik masyuk bercerita... hush hush hush...!!! kurrrr kurrrr kurrrr...!!! nak kena sembelih agaknya...!!!
salam.
Tahniah utk Husna, Bapaknya Hasri serta family.
ReplyDeleteThe most valuable thing in the life is anak2 solah, berjaya serta cahayamata,,... Mata bercahaya sebab lihat di depannya anaknya berjaya, gembira.
Tumpang gembira sebab member bahagia + hensem + bijak laksana bapaknya. Ke mana tidak jatuh kuah, kalau tidak ke mulut, meleleh kat celah dagu.
aku syak rambut ko yang hilang tu dah beralih kepada ayam sabung tu la...
ReplyDeleteesok giliran anak aku pulak ambik hadiah sekolah keb.
pagi tadi sepatutnya dia ambik hadiah di sekolah KAFA, tapi dia tak nak ambik sebab clash dengan rehearsel penyampaian hadiah sek. keb. Dia wakilkan aku lak. Aku tak nak... apa barang bapak pegi ambik hadiah untuk anak... kakaka
zul,
ReplyDeletethanx 4 da compliment.
terasa x-tra gembira gak la, hari nih...
*ada pembetulan bang; hensem-maco tuh, 1kata...hehehe :)
.
dino,
aku mmg bangsa yg crowd-shy. function camtuh boleh induce sleeping mode. byk kali gak aku ter-nap, dan lebih-byk kali jugak kena cuit2... hehehe.
tahun2 sudah, masa diaorg bersekolah di estet, akan ada sorang cikgu yg mulia-hati bg kotak. ko tau la kan, bila time2 bg2 hadiah2 nih, segala macam makanan2 xtra dr kantin asrama (terutamanya milo) dibungkus sama jd hadiah. maka penuhla kotak dgn segala macam btk piala2 dan milo2.
eh dino, anak ko belum ber-UPSR lg ka.?!
oya, kafa-pun ada hadiah jugak ke.? boleh tak cukup ruang nak letak segalmacam piala tuh. aku suruh bebudak tuh pack dlm kotak simpan dlm store. tak mau diaorg... kahkahkah...
tahniah Husna
ReplyDeletetahniah Hanna
tahniah Hatta
tahniah Sepa.
aku tumpang gembira..
.
Sekolah KAFA aku tak ambik. Ntah mana hadiah tu cikgu simpan. tunggulah tahun depan. Biasanya KAFA bagi barang2 harian macam tuala, buku, set kotak pensel. ada sekalli tu dapat beg Swan, ok gak tu, tak yah beli beg lagi. Kali ini entah apa.
ReplyDeletesek. keb biasanya piala dan buku tulis. Dah penuh rak dia. Aku tak tau nak letak mana lagi.
Anak aku tahun depan baru upsr.
.
mem,
ReplyDeletetengkiu tengkiu tengkiu 29x...
:)
dino,
kalau aku la kan, aku buat2 lupa jeh... :P
oic...
apa2 hal gudluck tuk tahun depan.