Hari ini, Azlan tidak terus berdiri di hujung conveyor tandan kosong seperti biasa. Sebaliknya, dia terus ke depan sana. Ke kolam air dan berjalan2 mengelilinginya. Dia menggeleng-geleng kepala melihat kolam yang hampir kering. Kering bukan sebab kemarau, tetapi disebabkan disedut oleh pam-pam air.
Sialan Nasir dan Jimmy. Bebel hatinya.
Banjir pada 16oct'11 lepas, telah memberi ilham kepada Naza dan Johnny agar membongkar benteng batu di sungai. Kata mereka, kerana benteng itulah rumah-rumah baru di hulu sungai banjir. Petang 17oct'11 itu jugalah benteng batu di sungai dibongkar. Akibatnya, paip-paip sedut untuk pam-pam air di tebing sungai tergantung dan tidak lagi boleh menyedut air mengepam mengisi kolam. Sudah hampir satu minggu. Air yang ada di dalam kolam hanya berbaki untuk beberapa hari sahaja. Mungkin 3 hari.
Rumah-rumah dua bijik tuh dibuat selepas ada benteng batu itu. Sepatutnya, korang dah tahu letak rumah-rumah yang korang nak buat tuh berada dalam basin banjir. Dulupun pernah banjir begini. Dalam tahun nih jugak. 18jan'11. Benteng batu tuh masih di paras asal. Aku tambah batu-batu tuh hanya untuk teguhkan jeh. Tak perlu korang bongkar. Kata-kata Azlan ketika membantah tindakan Naza dan Johnny.
Arkitek bangang...! Bebel hatinya lagi.
ini kilang kelapa sawit, kawan... |
Azlan masih lagi ingat tarikh kilang mula dioperasiuji. Dia masih ingat betapa sukarnya. Dia juga masih ingat, Firman adalah pekerja pertama yang tugasnya menjaga air, menjaga water treatment plant. Dia masih ingat tarikh 29apr'11. Hari dia memulaoperasikan segala jentera-jentera di dalam kilang bersama-sama dengan 5 pekerja dan 4 staf, 9 semuanya. Sekarang dah ada 32 pekerja dan 16 staf. Dia masih ingat tarikh 29apr'11, kerana di radio di tibi asyik mengulangingat tentang perkahwinan Prince William dan Catherine Middleton. Dia masih ingat... dia masih ingat bagaimana payahnya memulaoperasikan sebuah kilang yang tidak cukup pekerja dan stafnya, kerana pekerja-pekerja estet tidak berani berkerja di kilang dan di luar sana kurang sambutan untuk jawatan staf kerana letak kilang yang terpencil...
Stok air di dalam kolam mungkin untuk 3 hari jeh...! Pesan Azlan kepada Johnny sebelum balik.
.
kalau nk tgk dlm kilang boleh?
ReplyDeleteteringin.
sbb tak pernah masuk.
tak boleh eh...?
.
Sedut air sungai rajang la brader...
ReplyDeletemem,
ReplyDeletebulih... nanti aku buat satu entri utk tuh... tapi, bulih ke...? tak kena sue ngan kompeni, ke...?!!!
dino,
ya ya ya... aku sedut dgn buaya2-nya sekali... hahaha...