Wednesday, August 3, 2011

keroncong untuk ana bersama jawe

ok ready. nak lagu apa.?.
jawe. bersama gitar kapok. sambil duduk di bangkupanjang di taman depan hostel. dia dah bersiapsiaga memetikmengalunkan lagu permintaan.

keroncong untuk ana. main sampai abis. jawabku yang berdiri sedikit membongkok di depannya. agar suara gitar dapat didengarjelas.

kepada jawe, mesti cakap main sampai habis. kalau tak dipetiknya duatiga note, diulang2 noteyangsama. dah. tapi kalau mintak dia mainkan sampai habis, dia akan mainkan sampai habis. dan akan terkumatkamit mulutnya mengira2ingat note2 berikutnya. yang paling senang diulang adalah tang korus.

greng, greng, greng,
Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak


stop2. belumlagi la. belum masuk. one more.
tetiba jeh jawe berenti main.


greng, greng, greng,
Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak



jawe berenti lagi. kali nih berentinya lain. sambil merenung sharp ke mataku.
one more.


greng, greng, greng,
Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak

di foreground aku dengar suara jawe. pelan nar tapi cukup kuat untuk sampai ke telingaku.
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

dan jawe terus stop. meletakkan gitar kapoknya ditepi duduk.
dan lantas berdiri. sambil membetulkan seluar jeans yang dah mula melondeh dek penangan 10 hari posa. menyeluk kocek kiri mengeluarkan sekotak rokok dan sebijik lighter dan tangan kanan menyimpan pick ke dalam kocek kanan.
jawe tak pandai marah. dia tak pernah marah. kalau dia kecewa atau tak puas ati. dia akan mengeluarhisap sebatang rokok.
dan rokok dinyalakan.
pelan2 jawe menjingkit. merapatkan mukanya ke arahku sehingga mulutnya hampir2 kena telinga. napas nervousnya terasa menghembus ke dalam lubang telingaku.

ko nak tau sepa. ko sebenarnya. tone-deaf.

.

4 comments:

  1. kahkahkah...

    sila terima dgn hati yg terbuka ye...

    beb.
    aku ada sorg kawan lak mmg langsung tak bleh menyanyi.
    out of tune.




    .

    ReplyDelete
  2. ... ceit!

    bila jawe dekatkan telinganya kat telinga ko, aku syak korang ada apa-apa...


    hahahaha...

    tak eh?

    ReplyDelete
  3. mem,

    aku dah lama terima hakikat, malah jadikan celine dion idola.
    ironinya aku pernah terima tawaran ketua juri tuk pertandingan karaoke.

    haha.
    .

    ReplyDelete
  4. dino,

    aku terkenang jawe...!

    he3.

    .

    ReplyDelete