Saturday, March 30, 2013

Cita-cita seorang jurutera, sungguh tinggi tetapi tidak sebesar pintu...!!!

.

Rizman sedang berbaring di sofa ketika aku masuk (tak ketuk pintu!). Nampak sugul dia.

'Aper criter bang?!'. Aku sapa dia.

'Eh, bos...!!!', balas dia, sedikit terkejut. Dia lalu duduk dan senyum-senyum sambil mengesat-ngesat mata lalu mengusap muka (mungkin dia baru lepas berdoa!). Ada sejemput janggut di dagunya. 'Bos nak minum kopi.?! Nanti saya buatkan.", tambahnya lagi. Baik budaknya (anak Felda la katakan!). Aku angguk.

Rizman seorang jurutera, dia berkerja di sebuah syarikat swasta. Tokeh syarikat itula jugakla MD syarikat. Tokeh ada sorang anak perempuan, ED jawatannya, masih bujang.

'Man, ko masih bujang, kan?!', aku tanya dia. Dia angguk.

'Apakata ko kahwin jeh ngan anak tokeh, untung2 ko bulih jadi deputy MD.!', aku saran pada dia. Dia tergelak, janggutnya yang sejemput itu seperti melambai2 gembira.

'Tak bulih, bos...!!!', balas Rizman.

'Usah ko risau tentang perasaan, ko paksa hati ko untuk bercinta, dan bercintala ko dengan anak dara tokeh itu... bila ko dah hidup bersama, untuk satu tempoh yang lama, cinta akan menjadi semakin mekar... ko ciptakan cinta dan ko pupukkan sabar di dada.', aku pulak balas (seperti sedang berbahas!).

'Tak bulih, bos...!!!', sangkal Rizman lagi. Rizman ini tampan orangnya, segak dan bergaya... seperti Shaheizy Sam pun iyer.

'Ah... kenapa Man.?!... Ko mengorat jeh dia. Dia kan anak sulung tokeh ko. Ko pulak jurutera kebanggaan tokeh.! Tak hal punya. Tokeh akan terima ko (dengan senang hati) - sebagai menantu... Suatu masa nanti, ko pulak jadi tokeh kompeni tuh.!...', aku jelaskan lagi kepada Rizman.

'Tak bulih, bos...!!!', Rizman membantah. Dia senyum. Dia diam. Aku jugak cuba senyum. Aku jugak mula diam, dan aku ketawa sambil merenung Rizman tepat di matanya. Dia menundukkan kepala, mula berasa malu (orang tua2 kata - malu2 mahu...!!!). Dia mendongak semula, memandang aku. Dia senyum lagi, dan ketawa kecil seketika. Dia diam semula dan menarik nafas panjang2...

'Dia... dia besar, bos.! sebesar pintu...!!!'

Aku pulak yang ketawa. Kami menikmati kopi.

.

salam.

.

 

 

Tuesday, March 19, 2013

Erotika Purnama 14... Dino kata tatkala bulan penuh menyuluh, kunang-kunang pula menghurungi pokok pedada.

.
 
Ada tiga orang malam itu. Di jeti ada Dino. Di seberang sana di hilir pokok pedada pula ada titi. Ada Azlan dan Dol di titi itu.
Azlan dan Dol. Mereka mengail ikan. Azlan mengail kerana hobi, Dol pula kerana hendak mengail ikan. Mereka sedang memerhatikan Dino yang sedang terjun tiruk tadi. Tengah malam baru sahaja berlalu apabila mereka melihat Dino memanjat semula jeti itu. Dino masih lagi duduk di bibir jeti sambil kaki dihayun-hayun menguis-nguis air.
***
Jeti itu diperbuat dari kayu meranti merah. Dino sendiri yang membuatnya. Dia sendiri yang menebang sepohon pokok meranti merah di kaki bukit tidak jauh dari jeti itu. Sebesar dua pemeluk pokok meranti yang ditebangnya itu. Tidak sepuntung paku yang digunakannya. Hanya kayu, dan kayu sahaja, tanggam dan pasak. Tegap-kemas dan nampak keras-kukuh. Ada sebuah perahu berlabuh di sisi hilir jeti itu. Perahu itu dibuat oleh Dino, jugak tidak menggunakan walau sepuntung paku. Cantik perahu itu. Di luannya diukir berupa kepala jentayu, buritan pula ekornya. Badan perahu diukirnya seperti bulu pelepah jentayu jugak. Jentayu nama perahu itu. 
Titi di seberang sana, Azlan yang buat, menggunakan kayu meranti putih, dua batang balak meranti putih itu diikatnya dengan rotan, berkapit dua menjadi titi. Tidak ada tiang. Titi itu timbul di atas air. Surut air rendahlah titi itu. Air pasang, titi itu timbul pula. Pangkal titi itu pula hanya diikat agar tidak hanyut. Anak-anak Dol dan anak-anak Jamil suka bermain di titi itu. Kadang-kadang ada anak-anak Kamal. Di titi itu jugakla tempat mereka berak, kerana selepas berak mereka terus cebuk dan cuci di situ jugak.
***
Dino mengangkat kedua-dua belah kakinya, lalu dilipatkannya. Dia memeluk lutut (dia tak boroi). Dia melihat ke permukaan air yang ber-riak dan seketika kemudian air kembali tenang. Bulan penuh membentuk semula di permukaan air itu. Air sungai itu nampak sedang mengalir dan masih kelihatan hitam, paras sungai juga mula naik dan ada bayang-bayang awan pula di sisi bulat bulan. Angin mula bertiup, dan menambahkan lagi dingin malam itu. Dino tambah gigil. Cengkerik pula semakin bingit. Nila masih belum juga timbul. Degup jantungnya bertambah kencang, dan fikirannya pula mula kacau. Rasa bersalah kerana menolak Nila ke dalam sungai itu mula memagut jiwanya, menampar-nampar perasaan. Di pokok pedada di seberang sana, kunang-kunang sudah mula bertandang dan semakin banyak, berkelip-kelip seperti bintang di langit. Dino melepaskan pelukan pada lutut, dan terkentut. Dia lalu memekup kedua-dua belah telinga dengan telapak tangan, kerana terasa nyanyian cengkerik seperti sedang merasuk ke dalam otaknya. Matanya pula tekun memandang ke seberang. Memandang pada cahaya kelip-kelip yang menghurungi pokok pedada itu. Cahaya dari si kunang-kunang.
 "DEBUR - ada sedikit bunyi splash.". Dino jatuh-tergolek ke dalam sungai. Dino ditolak. Seketika kemudian, Dino timbul semula. Tangannya mencapai bibir titi, lalu kedua-dua belah lengannya dicangkukkan di bibir jeti itu. Dino mendongak. "Nilaaaaa...!!! kau masih hidup!. Nilaaaaa....!!!". Nila sedang berdiri, badannya diselimuti dingin air sungai. Nampak pucat wajahnya dan gigil. Tidak ada lagi lingerie yang membaluti tubuhnya, hanya ada bra Wacoal dan spender - jugak ditulis Wacoal. Nila masih berdiri, sedikit membongkok dan senyum sedikit jugak. Dino meloncat  ke atas jeti lalu duduk di bibir jeti itu. Butir-butir air dibadannya nampak bersinar dipanah oleh cahaya bulan. Kakinya pula direndamkan di dalam air dan dihayun-hayunkannya. Berkocak-kocak air itu, pecahlah jugak bayang bulan di permukaannya. Nila turut duduk, menyandarkan sisi kiri badannya pada belakang tubuh sasa Dino. Dia terasa kehangatan tubuh sasa Dino itu walaupun tubuh itu dilapik oleh selapis nipis air sungai yang dingin. "Nilaaaaaaa...!!!!" Dino melaung sambil mendongak seakan melolong kerana kegembiraan. Bergema.! Cengkerik pulak seakan terhenti bernyanyi. Amat sukar untuk dimengertikan oleh sesiapa sahaja, apa yang akan berlaku selepas itu. Tiada apa yang mampu memisahkan seks dari asmara atau keinginan dari perasaan. "Nila!", sapa Dino dalam bisikan. "Yaaaaaaa.!", balas Nila manja-berselera, lalu jari telunjuknya mengaris-gariskan pangkal lengan tangan kanan Dino. Jari itu meniti turun hingga ke siku, dilurutkannya ke atas pula sehingga ke pangkal lengan - tapi tidak kena ketiak. Geli mula mencuit jantung Dino, dan terasa cinta mula membenih. "Aku mahu minum kopi. Kopi Mahkota Dewa. hehehe...", pinta Dino ada sedikit ketawa.
Pertemuan mereka di jeti itu seakan abadi, seperti mereka pernah bertemu sebelum terciptanya kehidupan... kelipan cahaya dari abdomen si kunang-kunang di pokok pedada di seberang sana semakin bercahaya-cahaya. Pokok pedada itu seperti sedang dibungkus oleh cahaya. Cahaya yang meraikan pertemuan mereka...
***
"Ko dengar tak.?!", tanya Dol. Azlan mengangguk. "Dia sebut Nila.?!", tanya Dol lagi. Azlan menggeleng. "Setiap tiga purnama, Dino akan ke jeti itu, semasa purnama 14. Suaranya pula bertukar menjadi parau, dan sedikit sengau. Yang dilaungkannya bukanlah Nila, tapi Nita...!!!", terang Azlan.
"Bukan ka Nita sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu, di rumah dua tingkat itu", balas Dol. Azlan menoleh ke arah Dol, dikenyitnya sebelah mata, lalu meletakkan jari telunjuk di mulut...!!!
 
 
.
 
salam.
 .
 

Friday, March 15, 2013

Erotika purnama 14... Dino kata malam ini langit cerah, bulan pula penuh menyuluh.


.

Sungai Peri nampak jelas dan kelihatan sehingga ke tebing seberang, kerana ada bulan sedang penuh menyuluh. Ada sepohon pokok pedada di tebing seberang sana.

Dino sedang berdiri di hujung jeti. Dia melepaskan seluar jean Levi's 501, selepas itu baju pula - pun ditulis Levi's. Dia kumpul seluar dan baju itu lalu dilonggokkan di sudut hujung jeti. Dada sasanya berombak oleh nafas pantas, jantungnya pula berdegup kencang seperti genderang perang dipalu. Dia kesejukkan.! Mungkin tidak.! Siapa tahu.?! Di badannya hanya sehelai boxer.

Di hujung jeti itu Dino berdiri, menghampiri bibir jeti itu. Air Sungai Peri, yang mengalir bening nampak hitam sahaja walaupun sebenarnya air itu jernih kerana air itu turun dari gunung. Di permukaan sungai itu cahaya berkedip2 oleh riak2 air yang memantulkan cahaya bulan. Dino mula merasa dingin malam itu. Dingin itu menyapu ke seluruh permukaan kulit di badannya, kecuali bahagian yang dibungkus oleh boxer.

"Splash...!" Dino terjun tiruk. Itulah kali pertama dia mencuba terjun tiruk itu, setelah membaca panduan terjun tiruk dari blog Sepa. Sejuk air sungai itu meresapi setiap lekuk dan keluk badannya, dan lurah juga celah. Dada sasanyalah yang mula terasa kesejukkan. Kesejukkan itu menggigit dan terasa pula di perut, dan di anu. Dia menggapai-gapai tangan di permukaan air, mencari boxer yang terlucut itu. Di dalam air itu, sambil kaki menendang-air-mengapung-diri, dia mengenakan boxer. Dino mula berenang. Dia mahu menuju ke seberang. Munuju ke sepohon pokok pedada. Dia mahu bertenggek di dahan pedada itu. Tidak jadi. Dino berhenti berenang, kerana dia terasa seberang itu sangat jauh, lalu dia berpatah balik...!!!

 

Di hujung jeti, ada sebatang tubuh sedang berdiri. Susuk tubuh seorang wanita. Rambut wanita itu, berkibar-terbuai sekejap-sekejap ditiup bayu malam yang berpuput. Dino tersentak seketika melihat wanita itu yang ber-lingerie putih. Dino nampak garis badan dan lengkung tubuh wanita itu dibalik fabrik nipis lingerie itu. Cahaya bulan menyimbah seluruh tubuh wanita itu, namun tidak kelihatan pula wajahnya.

 

Dino menyelam-menyembunyikan diri, sambil menguak-nguak tangan dan melibas-libas kaki - dia menuju ke hujung jeti itu. Di permukaan air itu, hanya kepalanya sahaja yang nampak, seperti sebijik buah kelapa yang sedang hanyut.

 

Di hujung jeti itu, dalam cerah malam yang disuluh cahaya bulan purnama 14, Dino berdiri betul-betul di hadapan wanita itu. Air sungai yang membalutinya mengalir meluruti tubuhnya lalu menitis membasahi lantai jeti. Nila. "Hai Nila... Bila ko sampai.?!", Dino bertanya dalam gigil. Gigil kesejukkan. Jantungnya pula bagai dipalu. Nila merapati Dino. Sekujur tubuhnya dilekapkan di badan basah Dino, lingerie Nila mula basah juga... dan dingin air sungai itu merayap ke permukaan kulitnya. Nila pula yang mula gigil. Gigil dan debar.

Dino terkaku. Gigilnya menyentak jantung. Mungkin kedinginan. Mungkin tergamam. Mungkin jugak kerana gejolak gelora jiwa... "aku sudah bersedia, aku inginkan dia, segera.", fikir Dino.

Badan sasanya yang basah itu, membasahi Nila...!!!

 

 

 

 

Thursday, March 14, 2013

Cinta yang dicucuh, jasadla yang rentung, tinggal puntung...!!!

.
Manusia seharusnya menjadi sungai2-penuh-air di tanah-kontang...!!!

Ewahhh...!!! Apa punya mukaddimah nih.?!
.
.
.
buat pengetahuan anda semua, ketiga-tiga entri sebelum ini adalah tentang kisah di Lahad Datu... kisah tentang panglima dan tentang keperwiraan... tentang kehidupan dan juga tentang cinta yang masih bersisa...!!!
 
.
maka itu, aku olah criter itu berdasarkan apa2 yang aku paham, melalui pengamatan pada siri2 kejadian, yang aku kaitkan bersama2 sejarah pembentukkan sosio-budaya setempat, dan tidak lupa juga daripada pemahaman dari criter2 yang disampaikan secara lisan.
.
oleh itu, satu entri sebelum ini,... adalah menceritakan,
...tentang JJPershing (nama penuhnya General John Joseph "Black-Jack" Pershing) yang pernah meluahkan pengalaman perjuangannya untuk mengamankan keadaan, yang beliau simpulkan, ada sekumpulan manusia yang berjuang tetapi tidak meriakkan cinta di mata - mereka berjuang kerana mereka suka berperang!!! - itulah yang aku tajukkan sebagai "cinta itu sungguh kecil boleh terkoyak ia apabila melewati lubang jarum...!!!"
.
.
.
...akhirnya, di entri ini, aku menutup kisah2 itu dalam penyampaian yang berlapik... kerana aku takmau melihat sesuatu yang boleh melewati batas paham dan pikir aku sendiri... sesungguhnya ada beza di antara pemanas dan tukang masak...!!!
 
...dan aku simpulkan begini :
 
Mereka cuba untuk tidak mahu mempercayai bahawa mereka telah memasuki-dan-berada di tanah yang telah terkena-sumpahan, atau mereka tidak menerima hakikat sedang dibungkus oleh keadaan yang bersyaitan. Pada mereka, setiap tempat dan orang adalah suatu hadiah...!!!
.
.
.
apala itu nama tempat, lahad?! datu?! lahad datu?!... Shangrila-Datu...!!!

.


salam.


.

Monday, March 11, 2013

Cinta itu sungguh kecil boleh terkoyak ia apabila melewati lubang jarum...!!!


.
Dia tidak tinggi tidak jugak rendah. Dia sedang berdiri dengan tangan kirinya memeluk tiang letrik. Sisi kiri badannya menyentuh tiang letrik yang sejuk, sejuk oleh bayu dingin pagi itu, sesekali dia menghantukkan kepala pada tiang itu, perlahan hantukkan itu tapi ada gema kerana tiang letrik itu adalah besi lompong.
.
"Eh, apa kena dengan ko nih, Suharto?!", tegur Azlan.

Suharto melepaskan pelukkannya pada tiang letrik itu, menundukkan kepala memandang rumput yang masih ada manik2 embun, mendongak semula memandang ke wajah ceria-pagi Azlan.

"Cinta... Cinta, tuan! Cinta itu sungguh kecil boleh terkoyak ia apabila melewati lubang jarum...!!!"

.
Azlan memekupkan telapak tangan di bahu Suharto. Merenung tajam di mata Suharto. Saling berlawanan renungan keduanya, tidak berkedip seketika keempat-empat mata itu. Mata Suharto seperti sedang berkaca, sepertinya renungan Azlan itu seakan sudah mengalir melangkau matanya, menyapa fikir dan hati.

.
Azlan melepaskan cekupan di bahu Suharto, lalu merangkul pula tengkuk Suharto itu dengan tangan kanan cuba untuk memberi keselesaan kepada Suharto agar bisa mengurangkan protes di jiwa jugak menghilangkan gundah di hati.

.
"Mungkin itu yang terbaik...! Sekurang2nya..!!", balas Azlan.

Azlan sudah mengagak apa yang ada di dalam kotak fikir Suharto itu, jugak di benaknya. Azlan pun tahu, marahkan nyamuk, haruskah kelambu dibakar?! Kerana yang membakar kelambu itu dan yang tidur di rumah itu, mereka itu saling berkehidupan. Mereka itu, adalah sesama mereka. Cuma ada ketidakselesaan di dalam kelambu itu sahaja, mungkin rumah akan terpalit jelaga.! Azlan melepaskan pelukan dari tengkuk Suharto.

Suharto memusingkan badan, membelakangi Azlan dan berlalu pergi seraya berkata :
"Apalah itu sebuah pengagungan kejayaan dari perjuangan dan keperkasaan yang direka2...???!!!"


Langkah Suharto terhenti lagi, berpaling dia, ditenungnya Azlan pula, sedikit tersenyum. Dia mengangkat kedua2 belah tangan ke muka, kedua2 tangannya itu diletakkan di mulut membentuk corong pembesar suara...

"Ya ya ya... Tidak semua kejayaan harus jadi milik kita..."


Azlan cuba untuk membalas senyuman Suharto itu.
"Aku sepatutnya cuba untuk merindui kamu...!", jawab Azlan di dalam hati.


.

Salam.


.

Saturday, March 9, 2013

di Malaysia ada Hang Tuah...!!!

.
Dia sedang duduk di atas sebatang paip enam belas inci, mulutnya disendengkan-menyandar pada pangkal lengan bahu. Dia menghidu bau kulitnya, yang bau itu sudah sebati di hidungnya, bau dan perisa dirinya - bau ketiak.
.
Dia mungkin teringat, suatu ketika dahulu, bila dia mula menyedari di ketiak itu, bulu-bulu halus mula tumbuh, dan bau orang bujang mula berputik, ketika itu dia dalam belasan tahun umur - dia tidak ingat bila, tapi lebih ingat tempatnya - di dalam tandas ketika sedang mencangkung, dan kerana bau itu, dia hampir rebah-tergolek-tersungkur (kerana terlalu asyik menghidu perisa bau dirinya itu.). Sekarang, dia suka menghidu bau itu, kerana bau itulah perisa dirinya. Sudah empat orang anaknya.
 
Dia tersentak apabila Azlan mencuit sikunya.
 
"Asyik.!, bang.?! Apa criter?!", tanya Azlan.
"Criter apa...!!! ko nampak kereta aku tadi...!", balasnya.
 
"Ha ah... aku nampak. Macam kreta yang terjatuh dalam semen di tapak binaan...!" balas Azlan. Agak nakal jawapan Azlan itu.
 
Dia. Dia Lazib. Namanya Lazib. Lazib mengeluh panjang, lalu mencium belakang tangan kanannya, sikunya menekan lutut, seketika kemudian dia memusingkan tangan itu lalu mencium pula pergelangan tangan. Dia membongkokkan badan sehingga dahinya mengetuk paha.
 
"Aku drive dari Lahad Datu. Kerja aku kat sana tetiba terhenti. Mesin semuanya dah ada kat tapak, engineer dah mula kerja. Tapi... pekerja... pekerja aku pulak tak dak.! mereka tak turun kerja, hilang macam tuh jeh...!!!", sambungnya.
"Boleh pulak macam tuh yer.?!", balas Azlan, ringkas sahaja.
"Pekerja aku orang pilipin...!!! mereka semua jadi takut... mereka semua lari... hilang entah ke mana...!!! Hahahaha...!!!"
 
Lazib ketawa pula, bergema bunyinya... suaranya serak-serak basah. Kedua-dua tangannya memekup muka, dia menyedut udara panas yang keluar dari nafasnya itu, yang terkurung di dalam telapak tangan itu, berombak dadanya - seperti sedang cemas.
 
"Kita ada Hang Tuah. Diaorang ada Lapu-Lapu...!!!", tambahnya.
 
Azlan teringat kisah Ferdinand Magellan yang pernah dibacanya suatu masa dahulu, seorang yang menjumpai Tanjung Harapan, dan dari situ dia menuju ke timur. Magellan itulah yang mencabar Christopher Columbus, yang percaya bahawa pelayaran dari arah timur, boleh sampai ke Negara China, tapi dia tidak sempat sampai ke Negara China itu, kerana apabila dia sampai di satu kepulauan, di Asia Tenggara, dia berperang dengan tentera Lapu-Lapu, dan di dalam kapal itula dia mati bersama2 dengan kelasinya. 
 
Lazib menggesel-gesel telapak kasutnya pada lantai semen.
 
 
.
 
 
salam.
 
 
.
 

Sunday, March 3, 2013

Watching the world from the windows of my life...!!!

.
I see things, so differently from other peoples, why?!

because I see the world from the windows of my life.!
.
...and I saw :

.
1) when the shit hits the fan...!!!
well, I saw the shit hits the fan.!,
some people saw the shit flying around and captured it and arrested the smell,
some are smeared by the shit...
and for some people (the good samaritan) - trying their best to clean-up the shit, and the smell...
....and for some people, they are talking shit...!!!

2) barking up the wrong tree...!!!
a dog barks, people as well...
people bark, somewhat different from the dog.!
some bark with loud noise as loud as they could...,
some just plainly barking up with no specific reasons...,
...and some others bark with their heart.!
the latter are the silence-majority...!!!
...how hard you are barking up, no matter how and for what cause you are fighting for.?! - please do not bark at the wrong tree...!!!



...and I always saw :

... most people are given with :

..."benefit of doubt"...





.


salam.


.

Friday, March 1, 2013

Lemah syahwat, dan cara-dan-kaedah mengubatinya...!!!

.

Eres. (disebut air-rest dalam lidah bahasa Inggeris...!!!). Eres ini pendiam orangnya, dan lebih pendiam daripada Afendi. Sangat pendiam sehinggakan sukar untuk melihat senyumannya. Afendi pendiam, Eres lebih lagi pendiamnya, sehinggakan menjawab soalanpun, soalan itu harus diulang dua tiga kali, barulah dia akan menjawab. Dia akan menjawab sepatah sahaja. Eres lah suami Munro.

Setiap hari Eres dan Munro turun kerja sama-sama, kerana mereka suami-isteri, romantis, kan?!

Hari ini, aku nampak hanya Munro sahaja yang turun kerja. Eres tidak bersamanya.
Aku tanya Munro, "Maner suami ko.?!".
"Dia lagi berubat, tuang.", jawab Munro. "Lagi dimandikan.!", tambahnya.

Aku tanya lagi, "Sakit apa suami ko itu.?!".
"Orang Malaysia bilangin, sakitnya itu - lemah syahwat, tuaaanggg...!", jawab Munro. Lemah suaranya menjawab, seperti sedang tersekat di kerongkong suaranya itu, dan seakan sangat sukar dilepaskan dari mulutnya. Semacam ada resah dalam nadanya, dan berbaur sedikit kecewa.

Aku mengangguk. Senyum di hati. Aku seperti terasa diri masih ada muda di jasad, muda di hati, jugak muda di naluri, kerana pagi tadi, adik bangun sihat menegak berdiri...!!! hehehe...

"Bagaimana sakitnya itu.?! Sudah baik, kah.?!", aku tanya lagi.
 
Tujuan aku tanya, supaya Munro bercerita kisah2 mereka berdua di malam hari, mungkin jugak dia boleh bagi deskripsi keadaan adik suaminya Eres. hehehe...

"Sakitnya itu lain, tuang.! Tiap-tiap pagi, dia pergi mandi, di rumah bomoh, dimandi-in itu bomoh.!", kata Munro.
"Lain.?!, lain macam mana.?!", balasku.

Dah.! Dah mula nampak menarik perbualan aku dengan Munro itu. Munro agak bersedia untuk bercerita. Aku teringin hendak mendengar, dengan tekun tapi dalam riak selamba.!. Cerita-cerita dari sudut pandang dan perspektif orang tua, jarang ada tapisnya...!!! Mesti lancar sahaja keluar dari lidahnya. Fikirku.

"Dia nggak boleh terkejut, tuang.! Dia jadi pingsan.!", terang Munro.
"Eh.! Itu bukan lemah syahwat...! itu lemah semangat...!!", aku balas, agak keras suaraku.
 
Lalu aku ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan barisan gigi-gigiku dan bergetar-getar pula halkumku. Semilir angin pagi yang bertiup dari arah bukit seperti sedang ketawa juga, serasa berdenyut dalam irama alam. Kalaula yang bercerita itu Dino, mau aku gelak terguling-guling. Hahaha...
 
"Iya, tuang.! Sama sahaja kan itu...!!!", sampuk Munro, walaupun dia tahu aku masih lagi ketawa, dan mula berair mataku kerana terlalu sangat ketawaku itu.
 
 
Ketika aku beredar, dan mula menjauh, lebih kurang tujuh langkah dari Munro, aku terdengar Munro itu berkata :  "Lima ratus ringgit upah itu bomoh, tuang.!"
 
.
 
 
salam.
 
 
.