Saturday, July 13, 2013

Mulakan dengan membaca Bismillah...!!!

.
Afendi ini orangnya kacak, sayang sekali bila berjalan, langkahnya bersepah-sepah.
Walupun tak kaya, Afendi tetap penuh gaya. Lighter Zippo-nya lebih mahal dari cigaret.
Wallet-nya pula lebih mahal dari not RM di dalam wallet itu. Henpon-nya toksah ceritala, rega henpon sahaja boleh guna untuk bayar bil henpon untuk tiga atau lima tahun.!
Itula Afendi, kawan.!
.
Satu malam, ketika dia datang bertandang ke rumah aku, aku tanya dua soklan kat Afendi itu...!
soklan satu :
Aku : Ubat batuk, ada alkohol, boleh tak kita minum?!, sebab ubat batuk tuh memang mengubati batuk...!
Afendi : *hanya senyum*... cuba untuk gelak, sedikit bergegar dagunya, dan turut bergoyangan jugak janggut yang ada sehelai dua di dagu itu.
soklan dua :
Aku : Consultant kata, dia pernah kerja di Papua New Guinea. Di sana, petang sudah mula dingin, sangat dingin, sehinggakan nak mandipun sangat dingin. Jadi, untuk panaskan badan, dia minum segelas kecil whiskey.
Camner tuh.?!
Afendi : *tak senyum dah*... dia jeling kat aku, serius rupernya, macam nak marah pun ada... lalu dia berkata : "kau taula kan?! - jadi, cengginila... jangan baca Bismillah...!!!"
.
dia senyap seketika... gelak besar pulak dia.! diapun tak tahu nak jawab soklan susah dari sorang yg pintar.!
aku turut gelak... lebih kuat gelak aku itu, sama kuat dengan susahnya soklan itu.
diapun terfikir jugak, mandi itu jatuh harus, ada ketikanya menjadi sunat... dan ada masanya menjadi pulak wajib.
.
dia pandang aku balik, lalu bercerita pula : itulah, aku dah kata, duduk kat sarawak nih menyusahkan, kejap ada signal henpon, sekejap tak der... apala punya sengal.! Aku kat semenanjung, (atau KL la...!), di Gunung Ledang ada signal, duduk dalam jamban pun boleh hantar Whatsapp...!!!
.
.
.
*...kenapa Afendy suka Gunung Ledang...?!...*
Afendy kata, dia pernah ke puncak Gunung Ledang dua kali. Sekali sebagai juvana, sekali lagi sebagai fasilitator. Best katanya. Memang best katanya lagi. Bagi aku, aperla best sangat, sebab hari-hari aku tengok rimba dan gunung, sungai dan jugak pokok tapang... apala best yang bulih aku bayangkan, yang ada di gunung itu. Dia kata lagi, di satu bahagian di gunung itu ada satu, gua. Nampak menarik gua itu, sesuai untuk bertapa - mungkin di situla Hang Tuah bertapa. *dia senyum, dan ketawa lagi*...
.
di pertengahan gunung itu, katanya lagi, dekat Asahan, ada pemancar... ada Celcom.!!! ada signal henpon bro...!!! *dia ketawa lagi, terbahak-bahak jugakla, sedangkan aku pula mengerut kening, cuba untuk nampak serius... tetapi, akhirnya aku turut ketawa hahaha -  kerana, aku terbayangkan, walau di manapun kita berada, ketika makan, atau ketika di dalam jamban... henpon itu seperti kacamata untuk orang yang rabun....!!! 
 
 
 
.
 
salam.
 
.

 

Thursday, July 4, 2013

Kaitan antara mak, pak dan anak pak. !

.
Dino mungkin dah nak meroyan.!!!
.
Sebabnya, aku dah lama tak hapdet blog dan aku jugak dah agak lama tak jengah blog dia.
Biarkan saja itu Dino.
Dino itu masih bermasalah dengan jerebu.
Jerebu trans-boundary.
Jerebu, yg selalunya ketika angin bertiup ke arah country-nya yang terhasil dari pembakaran lingkungan atau lapangan untuk pembangunan lahan oleh country-berjiran.
.
Kekadang Dino berasa hairan, kenapala negara jiran tidak membakarnya semasa angin sedang bertiup ke Lautan Hindi? Supaya jerebu membungkus bumi Maldive.
Dino tak marah tapi, maklumla, jiran la katakan. !
Dia lebih suka ber-mask yang biasanya tutup hidung dan mulut supaya dust terampai sebesar 10micron tidak disedut sama.
Kelesuan badan oleh kekurangan oksigen (atau mungkin terlebih karbon monoksida) yang disedut, dan kepedihan mata oleh gas merengsa terampai tidak sedikitpun menggugat keakraban semangat berjirannya.
Dia pasrah (sebenarnya dia redha... setahun sekali apala salahnya... kekadang dia berfikir begitu.!)
.
Atau mungkin jirannya itu adalah rakan sekampungnya dahulu yang tertinggal di bumi sinun, dan dia pula jiran mereka yang hanyut ke bumi sini. !!!
.

 ....
Kita berbalik kepada tajuk di atas.
.
Ya... Sering menjadi perbualan oleh pakmak di dalam kelambu, mereka bercerita tentang anak-anak mereka. Cerita tentang sejarah pembentukkan anak-anak itu, juga ke perkembangan semasa sedang membesar, dan paling kerap jugak tentang aktiviti harian anak-anak mereka itu.
Itu pasti...!!!
.
Mari kita imbas dan ulas sedikit sebanyak perbualan mereka itu.
(Perbualan pakmak la ni mungkin tidak lagi di dalam kelambu, kerana menyesuaikan dengan teknologi semasa... Perbualan adalah lebih dimesrakan dengan menekan butang qwerty di henpon...). Di dalam kelambu, mereka hanya senyap dan melayan naluri sahaja - yang sebenarnya, la ni tak guna kelambu dah! Sebab la ni ada tiga pilihan : 1) ada bilik. 2) ada bilik ada aircon. 3) ada bilik ada kipas ada mosquito netting. Jadi kelambu itu tertinggal dalam pepatah-petitih orang melayu.
.
Berbeza dengan zaman dahulu, perbualan di dalam kelambu sengaja dikuatsuarakan agar boleh menenggelamkan bunyi yang terjana dari kerja-kerja kuat melayan naluri...!!! Agar anak-anak mereka yang di luar kelambu itu boleh berada jauh dari kelambu, kerana risau dimarah (kerana mereka menghormati mesyuarat yang sedang berlangsung di dalam kelambu - yang sebenarnya pakmak mereka melayan naluri, dan sekiranya ada rezeki lebih kurang 9 bulan akan datang mereka dapat adik).


.

Nah ! Ini contoh perbualan di dalam kelambu pakmak la ni, tentang anak pak. !
.
.
 
 
salam.
 .