Thursday, February 28, 2013

Tuan yang tega...!!!

.
"Hujang, tuang...!!!", kata Munro. Orang Malaysia, kecuali yang berlidah bahasa orang negeri Terengganu akan menyebut "Hujan, Tuan.!".

Munro bukan orang Terengganu. Dia TKI. Dia berasal dari Sulawesi. Dia orang Bugis. Dia seorang pekerja yang banyak skop kerjanya. Ada masanya, dia semai pokok2 bunga. Ada masanya dia tanam pokok2 bunga pula. Ada masanya pula, dia bersihkan sekeliling rumpun2 bunga.
 
Hari2 kerjanya yang paling tepat bolehlah aku katakan : dia siram pokok2 bunga. Aku jarang tegur Munro ini, kerana bidang kerjanya dengan aku berlainan. Sekiranya, ada masanya, kebetulan aku lalu di ruang kerja dia, dia akan sapa aku, "Selamat pagi, tuang." Kekadang, "Selamat petang, tuang.", sekiranya di petang hari. Aku pulak akan jawab ringkas, "ko apa kabar.?", dan begitulah jawapan aku tak berubah barang sepatahpun - ko apa khabar. Dia pulak tidak pernah menjawab. Suatu hari, aku tak ingat bila, aku tegur dia, ketika dia sedang nampak santai dan berehat lama, "kenapa duduk2, ko tak siram bunga.?!". Dia mendongak, memandang ke langit, kemudian memandang aku, memandang ke langit lagi, memandang aku semula - aku jadi tersenyum. "Hujang, tuang.!", balasnya. Dia ketawa selepas itu.

Munro ini rajin orangnya. Semasa berkerja dia berseluar panjang, berbaju lengan panjang, berbungkus mukanya hanya nampak mata, kepalanya juga berbungkus tidak nampak walau seurat rambut, bertopi bulat yang dibuat dari daun pandan seperti topi yang digunakan oleh cina kebun atau cina bukit kata orang Melaka. Semasa berkerja, di manapun dia ditugaskan, dia akan digandingkan dengan suaminya.

Munro berbadan saiz Fauziah Nawi. Umurnya mungkin seumur Fauziah Nawi jugak. Suaminya pula nampak lebih tua darinya, rendah kecil kurus orangnya seperti pak tua buta dalam iklan 1M yang minta dipimpin tangan menyeberang jalan...

Hari ini, Munro kutip2 sampah di sekitar perumahan pegawai2 kilang. Aku pula sedang balik rehat untuk pekena Nescafe-O 3in1 yang ada buih2 halus, aku nampak Munro di rumah sebelah. Aku angkat tangan, tanda menyapa. Dia pun. "Hujang, tuang.", katanya. Aku mengangguk.
 
"Tadi saya duduk, tuang. Tuang Grey nampak. Tuang Grey kata, kenapa duduk2, pergi buat kerja.", Munro bercerita. (Tuan Grey itu nama sebenarnya ialah Tuan Greg. Mungkin sebutan dalam lidah Bugisnya, Greg berbunyi Grey.!). Aku dengar sahaja walaupun dalam pendengaran yang terganggu oleh bunyi hujan yang menimpa atap rumah.
"Dasar itu tuang. Gimana kalo aku sakit.!!!" ceritanya lagi sambil membongkok mengutip sampah2 yang terjumpa di dalam laluannya, kerana hari itu dia ditugaskan untuk membersihkan kawasan perumahan pegawai2 kilang.
 
"Tuang itu tega...!!!", katanya lagi. Kali ini dia memandang aku, dan ketawa kecil, lalu mengutip sampah yang ada di depannya.
 
Ketika aku sedang mengalihkan pandangan dan melangkah menuju ke pintu rumah, aku terdengar Munro berkata, "Ada jugak tuang yang bagus.!",  lalu aku menoleh ke arahnya. Dia lantas menegakkan ibu jari tangan kanannya.
 
 
.
 
 
salam.
 
 
.

Sunday, February 24, 2013

Alas, Apology... dan Apocalypse...!!!

.
di dalam bahasa melayu, alas bermaksud :

"...sesuatu benda yang digunakan sebagai perantara, di antara sesuatu yang keras dengan sesuatu yang juga keras, kerana yang keras-keras itu tidak mahu bersatu-dan-bersama... tetapi mereka saling bergantungan sesamanya...!!!"

contohnya :
1. alas kaki - alas kaki duduknya di atas lantai (lantai itu keras), kaki (jugak keras). Dalam bahasa mudahnya; selipar, sandal atau kasut (termasuk kasut tumit tinggi...).
2. alas meja, dan segala macam alas-alas.

cuba anda buatkan ayat menggunakan kata alas cat.?! (jangan tulis maksudnya kerana anda mungkin akan keliru. perlu bina sebuah ayat sahaja.)

.
tetapi, kawan...!!!

dalam bahasa inggeris, alas itu ialah satu kata interjection...! yang tujuannya menyampaikan maksud ekspresi kecewa atau derita atau sedih atau simpati...

kita tengok ayat ini :
huh.! tanganku digigit nyamuk.

"huh.!" itu ialah satu contoh penggunaan alas yang ada dalam bahasa Inggeris.
maka, alas yang dalam bahasa Inggeris, ditulis begini :

alas.! tanganku digigit nyamuk.
 
.
maksud apology pulak...?!
 
untuk maksud apology, saya letak foto di bawah ini, kawan...!!! kerana menurut kawanku yang berkerja di kota besar dan berkerjaya jugak di kota besar, di mukadepan blognya dia berkata :
 
"...Kadangkala foto mampu berbicara lebih baik daripada lidah aku..."
.
 
.
.
.
.
.
apocalypse pula ialah satu kata nama... yang berubah-ubah dari semasa ke semasa, penggunaannya disesuaikan dengan zamannya, tetapi penggunaannya di zaman sebelumnya masih jugak sah dan boleh digunakan.
untuk itu, kawan, untuk tidak merumitkan keadaan. saya tidak mahu membincangkan maksudnya... kerana :
 
itu adalah tugas anda yang membaca blog ini untuk mencari sendiri maksudnya.
Apocalypse.
 
.
sekian.
 
 
.
 
 
salam.
 
.

Thursday, February 21, 2013

Sopan santun, adab susila dan hormat menghormat​i... adalah amalan yang sedang kita warisi.!

.
"Aku seorang penulis, jadi, perkara terakhir yang dilakukan oleh penulis ialah bercakap...!!!"
Itu kata Hemingway semasa dia melancarkan sebuah filem dokumentari, dan selepas itu dia menerbitkan bukunya yang berjudul 'For Whom The Bell Tolls'...


.
KES SATU...
Sekiranya kita seorang yang pendiam, atau jugak disebut sebagai 'a man with few words', bagaimana agaknya kita hendak berbahasa dengan orang?!...

Mari kita tengok contoh ini :
Afendi...!!!
Afendi seorang yang pendiam. Dia berbicara bila menjawab soalan sahaja. Jadi, sekiranya dia mahu berbicara untuk bercerita atau memberitahu sesuatu, bagaimanakah caranya.?!
Begini.... bersopan dan berhemah, kita tengok contoh ini :
.

.
Kita yang hendak menjawab atau membalas, bagaimana pula...?!
Begini caranya... dengan penuh tertib dan adab sopan :
.



.
KES DUA...

Sekiranya kita seorang pemikir, atau jugak digelar 'a man with a book of thoughts', bagaimana pulak cara kita berbicara...?!

Mari kita tengok contoh ini pula :
Seorang lelaki yang pemikir yang mendekati seorang gadis yang baik hati... Kata gadis itu : "Mungkin kamu nak belanja kita minum."...
.

.


Lelaki itu membalas :
"Perkara-pokoknya, kita berbicara tentang pertukaran bendalir, kan.?"
.



.


.
Lelaki yang pemikir itu, dan mungkin budiman, tetapi kurang budi di dalam bahasanya... Yang pasti bicaranya dibalas dengan sebuah penampar tangan kanan gadis itu...!!!

.


Salam.

.

Tuesday, February 19, 2013

Erti sebuah kotak... Dan strategi pembungkusan.

.

Melihat Hasif sangat gembira malam itu, Azlan merasakan dunia seperti sedang terhampar luas, langit pula seolah terbuka mempamirkan bintang2 yang berkedipkedip seperti permata yang berputar membiaskan cahaya...! Azlan terharu.

Hasif gembira, sambil bertepuk-tepuk tangan dan melompat-lompat rendah di sisi vacuum cleaner yang masih di dalam kotak. Katanya : 'Ini vacuum Hanna, nanti Hanna akan vacuum satu rumah, sampai bersih.! Bolehkah bukak kotak, nak suruh Hanna vacuum rumah?!'

Azlan tau betapa besar maknanya kebersihan di mata Hasif. Azlan membuka kotak itu. Azlan mengeluarkan isi kotak, dicantumkan bahagian2 yang terpisah, lalu menjadi sebuah vacuum cleaner.

Hasif pula, meminta kotak yang telah dikosongkan itu, dibawanya ke satu ruang yang agak lapang di ruang tamu. Diletaknya kotak itu menegak, lalu dia masuk ke dalam kotak itu, dan menutupi dirinya. Dia keluar semula, lalu berkata : 'Ini. Ini rumah aku, ada pintu tapi belum ada tingkap.'

Hasif masuk semula ke dalam kotak itu, sambil membongkok lalu duduk dan menutup 'pintu'.

'Aku di dalam rumah aku, jangan kacau aku...!', kata Hasif.


.


Salam.

.

Saturday, February 16, 2013

siapa nama kamu...?!

.

ini ialah sebuah entri mengarut di hujung minggu...!!!

.*****.

Hujan masih lagi turun dalam pekat malam itu.
Sekejap lebat sekejap rintikrintik pula.
Lebat.
Rintikrintik.
Lebat semula, dan berhenti.
Ketika sunyi malam mula mahu berdengung di telinga, suara katakkatak pula tingkah meningkah seolah sedang berkonsert gangnam style yang kedengaran suara katakkatak itu seperti sedang meminta uang berim ditambah lagi dan diberikan lebih kerap juga.

Afendi mendengar suara katakkatak itu berlatarbelakangkan suara penyampai berita di skrin tivi yang ada nombor 3.
Ong ong di sini.
Gdek gdek di sinun.
Ong ong gdek gdek, ong ong gdek gdek.

Di tangannya ada sebatang rokok. Afendi menghembus asap rokok itu keluar dari mulutnya yang berbibir nipis-romantis dengan sepenuh kudrat, supaya asap rokok yang boleh menyebabkan matanya pedih, tidak membungkus mukanya.
Dia melihat asap itu meluru dan berkejaran pergi, lalu mengembang. Asap yang semakin membesar itu pula ditampar oleh angin dari kipas di siling dan pecah berderai pula seperti ombak laut yang sedang bergelora dan sedang mengganas.
Asap yang seperti ombak laut yang bergelora itu mungkin membawa bersama sebuah badai yang akan menghempaskan dirinya di sebuah pantai damai, lalu ombak itu memuntahkan seekor tiram. Seekor tiram di gigi pantai itu, di dalam perutnya, ada sebutir mutiara. Afendi berkhayal.

Ada sedikit asap melenggok meliuk keluar lesu dari lubang hidungnya.
 

Zaitoni namanya. Nama itu harus disebut Zai---Toni...!!!

"apala jantan nama ruper itu...?!", Afendi tertanya-tanya di hati. Matanya menjeling meja kopi yang ada dua henpon. Saling bertindih berpelukan henpon-henpon itu.


Aku, akupun ada dua henpon. Satu kompeni kasi guna, satu lagi aku yang punya...!!!


.*****.



Salam.

.

Monday, February 11, 2013

Petua mendidik anak : Pertama, isikan tauhid di dada mereka.

.
Hasif, lima tahun usianya. Dia punya semangat yang kental. Dia juga berjiwa lembut, tapi keras hatinya. Di usia itu, dia sudah meminta-sambil-kekadang-meronta untuk disekolahkan...!!!
 
Sebagai seorang bapak yang memahami kehendak seorang anak, dan keperluan pembangunan zaman mereka, maka aku... dalam penuh keterbukaan di hati dan berlapang di dada, menyekolahkannya... aku hantar Hasif itu di tadika. Tadika Hikmah.
 
Di Tadika Hikmah, mereka diajar mengenal tuhan, untuk hidup dalam penuh tertib, dan jugak diajar doa-doa dan tertib berdoa.
 
Apabila di rumah, Hasif akan bercerita tentang pengalaman di tadika, tentang apa yang diajar oleh cikgu-cikgu, tentang pergaulan dan jugak lafaz-lafaz doa. Sehinggakan, kepada kakak-kakak dan abangnya, dia berpesan : "sebelum tidur kena baca doa, sebelum makan kena baca doa...! tengok cermin pun ada doanya...!"
 
 
.
Di suatu hening malam, ketika sedang mengadap jamuan makan malam, aku suruh Hasif untuk membacakan doa, doa sebelum makan.

Hasif, dengan penuh rasa hormat dan ada ta'at kepada orang yang lebih tua dan orang-orang tua, dan lebih-lebih lagi kepada orang-tua, dia setuju dengan sepenuh jiwa. Dia lalu membetulkan duduknya, memberikan sebuah senyuman, menegakkan badan - tegak duduknya, lalu mengangkat kedua-kedua belah tangan menadah tangan-tangan itu separas dada, lalu melafazkan doa :
 

"SallalLah 'ala Muhammad, SallalLah alaihi wassallam, SallalLah 'ala Muhammad, SallalLah alaihi wassallam..."

 

...dan dia menyapu mukanya dengan kedua-dua belah telapak tangan, lantas berpesan. "Selepas makan, ada doa lepas makan...!!!"...
 
 
"ya nabi salam 'alaika, ya rasul salam 'alaika..." 
 
.
 
 
salam.
 
.

Sunday, February 10, 2013

Afendi, ada dua henpon pintar...! "henpon tuh ko beli guna, rebet telefon pintar 3G, ke.?!", tanyaku...

.
**********
.
Nota kepala :
 
Ini adalah sebuah cerpen ringkas, tentang kehidupan, tentang jiwa dan perasaan, dan tentang hati yang sentiasa berbudi. Justeru itu, aku tujukan cerpen ini kepada dak tasekM kerana aku sudah berjanji kepadanya untuk menulis sebuah cerpen untuknya. Kepada tasekM, terimalah sebuah cerpen tentang mereka, dan mereka-mereka yang di usia nak menjadi tua, tetapi sedang di usia muda di jiwa juga muda di hati...
 
**********
.
Afendi ada dua henpon. Kedua-dua henpon itu henpon pintar. Afendi tinggi lampai orangnya, penuh giginya, putih-putih gigi itu, tersusun rapat. Bila dia tersenyum, manis menggoda senyumannya, dan gigi kacipnya pun seperti sedang tersenyum.
.
Aku. Aku seorang yang hensem-maco. Aku jugak tinggi tapi kurang lampainya, sebaliknya tinggi aku itu lebih menyerlahkan sasa-gagah-perkasa sepeti waja. Aku pula jarang senyum, muka nampak keras-kaku-dan-ada-bengis, tetapi ada bunga di dada.
 
Ketika Afendi dan aku sedang berdiri dan dalam angin yang sedang bertiup kencang, Afendi seperti sedang ikut bergoyang mengikut rentak-dan-irama angin kencang itu, aku pulak seperti sedang menampan angin sedang menuai angin itu. Itulah perbezaan Afendi dan aku. Satu lagi. Afendi nampak pemalu, aku pulak seorang yang pemalu.
 
.
Aku suka ke rumah Afendi, bukan kerana Afendi itu peramah, tetapi Afendi ada Astro. Aku ke rumah Afendi itu, bukan untuk mencari teman berbual, kerana Afendi pendiam orangnya, bila kita bercakap dengannya, dia hanya akan cuba untuk sedikit senyum, tetapi kerana aku suka berbicara dengannya. (Bila kita berbicara dia hanya mendengar dalam wajah yang selamba. Untuk bulih mendengar suara Afendi itu, kita mesti bertanya. Kerana hanya dengan bertanya, barulah dia berupaya untuk mengeluarkan suara, menjawab soalan kita.)
 
Aku pernah tanya begini :
"Itu henpon ko ke.?!" (sambil mulutku memuncung ke arah henpon yang ada di atas meja...)
Afendi pula jawab begini :
"Ha ah...!" (ringkas saja jawabnya, tapi sekurang-kurangnya dia bersuara...)
 
Ada masanya bila kita tanya, dia tak jawab, sebaliknya dia hanya hangguk atau senyum. Begini, aku tanya dia :
"Ko ada dua henpon. Henpon pintar 3G?!." Dia jawab dengan hangguk.!
"Gambar ko dan bini ko ke yang di skrin henpon yang satu nih.?!." Dia jawab dengan senyum.!
"Chinese look bini ko?!." Dia hangguk lagi.!
 
Dan biasanya, bila aku ke rumah Afendi, aku cuma perlu duduk. Dia akan ke dapur, siapkan secangkir kopi untuk aku, dan meletakkan secangkir kopi itu di atas meja. Dia tak akan berkata-kata. Dia hanya diam sahaja, dia tidak bisu, dia jugak tidak pekak, dia cuma begitu. Seorang yang suka senyum dan tidak suka berbicara. Perbualan paling panjang antara aku dengan Afendi ialah apabila aku tengok siaran langsung bola selama dua jam, dan masing-masing diam tidak berkata sepatahpun. Bagi aku, itulah perbualan yang paling panjang dalam suasana yang ada aroma secangkir kopi... dan aku keluar dari rumahnya, dalam rasa puas di hati dan gembira pula.
.
 
Afendi juga pernah menjawab menggunakan jelingan... ketika itu, aku tanya begini :
"Itu hari, ketika aku terserempak dengan ko di mini market di kota Miri, ko perkenalkan kepada aku bini ko. Di tangan ko ada beberapa bungkus mi Maggi, di tangan bini ko pun ada beberapa bungkus mi Maggi jugak. Eh, in-person dan dalam gambar nampak berbeza, yer.! In-person, bini ko nampak Jawa look...?!..."
 
Afendi jawab dalam jelingan... dan dia cuba untuk sedikit senyum..........!!!!!
 
 
.
 
 
salam.
 
 
.
 

Saturday, February 9, 2013

Tangki air yang "DIBEKALKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA"... ada nombor 1.

.
petang tadi, aku drive balik,
dari tempat kerja yang jauh di pedalaman... aku berhenti kejap.!
.
disebabkan di sepanjang jalan,
sekejap panas, sekejap hujan,
dan ada jugak mendung...
.
aku singgah di sini, ketika langit sedang mendung...
...dalam mendung itu aku singgah berehat di satu bus stop.!
(oya, kepada saudara Dino, perjalanan aku itu adalah sejauh 3jam perjalanan, tapi takdak rest stop atau rehat&rawat, biasanya kita singgah jeh tepi jalan, stretching lebih kurang...)...
.
aku duduk di bangku bus stop itu...!!!
bila aku toleh ke kiri...
aku nampak sebuah kereta kaler maroon...
dan ada dua buah tangki air, di kiri dan di kanan kereta itu...
.
 
.
dari pengamatan mudah, maka itu...
aku buat kesimpulan dangkal, begini :
 
.
sekiranya kita diberi dua buah tangki air yang "DIBEKALKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA"... ada nombor 1...
.
kemungkinan jugak,
atau mungkin bisa saja...
anda jugak akan diberikan sebuah...
"...KERETA KALER MAROON..."
.
dan akupun sambung drive,
tidak pun sampai lima minit,
hujan turun mencurah-curah...!!!
sehinggalah sampai di rumah,
tapi, aku tak basah...!!!
 
.
 
 
salam.
 
.

Saturday, February 2, 2013

the Money Trail... di trail itu, ada sorang iras2 Horatio (CSI-Miami), jugak sorang iras2 M.Nasir...!!!

.
"ko dari mana?!"... aku tanya kepada sorang mat-saleh yang ada iras2 Horatio...
"dari New York...!"... jawabnya, dan melirik ke arah aku yang ada iras2 M.Nasir...


.
baik aku tunjukkan gambar jeh yer.!
.

Mamat berkacamata hitam berbaju pink ada iras2 Horatio, mamat di kirinya pulak iras2 M.Nasir...






.

salam.

.

Friday, February 1, 2013

matahari pukul4 petang... dan Saudagar Mimpi, ada lagu Hidayah.

.
Saudagar Mimpi ialah sebuah album M. Nasir (dah digelar Datuk, yer...).
Di dalam album tuh ada sebuah lagu...
...berjudul Hidayah.
Di dalam lagu Hidayah, liriknya awalnya disebut begini...

...Senja memanggil pulang sang pengembara...
Menangis ia... Melihat keperihan zaman pencarian...
Katanya, aku... sendiri.
Perjuangan dulu hanyalah ujian ...
Hanyalah bayangan...!!!

.
aku masih lagi ingat... masa duduk di universiti yang duduknya di tapak bekas lombong bijih timah, album ini masuk pasaran... dan aku suka dengar lagu Hidayah itu, sehingga lebam...!!! itu jam, depa rakam di pita hitam...!!!
.

petang ini, entah kenapa... aku ter-menyanyi lagu itu dalam nada lemah, tetapi ada jiwa di dalamnya...
...lalu aku, gambarkan pengalaman aku itu, disampaikan oleh sekeping gambar...
...gambar ini, kawan...!!!

.

...gambar ini aku tembak menggunakan henpon, dan ditapis menggunakan kaca hitam yang digunakan oleh pengimpal...
.


salam.

.