Wednesday, November 30, 2011

kalau nak makan ayam KFC... Spot the Difference.

kepada Hanna yang menyertai peraduan "Spot the Difference..."

itu peraduan..,

...untuk dimenangi...!!!




The Borneo Post - Good English.




















Dari Miri, Dari Kuching, dan Dari Bintulu...

































.
errr...
aku rasa...
itu strategi dak KFC, sebab bila jam nak claim hadiahnya...
kitapun... add on add on itu ini...
yang menang, sebenarnya...
tetap mereka...


.

Tuesday, November 29, 2011

surface tension adalah ketegangan permukaan... kenapa ia penting.?!

Sebelum gua cerita panjang2, kita tengok gambo nih dulu. agar mudah paham...!!!


























Setitis air membulat, kan.? Kenapa.?

Tak lain tak bukan adalah disebabkan oleh surface tension yang ada pada air...

Ok. Nampak dah.? Atau belum lagi.?!


Cuba kita tengok sekali lagi...!




























.
Nampak, kan.? Nampak titis air itu membulat, disebabkan oleh surface tension, yang dah gua sebut tadi.

Kenapa membulat.?. Kenapa tidak meleper,? meng4segi,? meng-konikal,? meng-silindrikal.?.

Air.
Air secara chemistry, pada asasnya, terbentuk daripada dua unsur utama iaitu Hidrogen dan Oksigen pada kadaran dua bijik Hidrogen dan sebijik Oksigen. Ikatan oleh dua jenis unsur2 nih la menghasilkan surface tension.
Maka, membulatlah hasilnya.

Apa pentingnya surface tension yang ada pada air.?!
Supaya :
  • Kita boleh cuci tangan, mandi dan cucibaju cucikereta.
  • Kita boleh minum air.
  • Kita boleh bancuh kopi 'Old Town White Coffee' dalam mug.

Seterusnya, kita hayati kata2 dari sorang blogger, Aku, di bawah ini :


katanya :
"hanya 99.9% kuman dibunuh. Kenapa tak boleh 100%?"....

Jawapannya :
Disebabkan oleh surface tension yang ada pada air itu la jugak.

Dah nampak kaitannya.?! Masih belum.?!
OK. Camni...

Bila kita cuci baju, detergent akan menggunakan surface tension yang ada pada air untuk menarik keluar segalamacam kuman, dan jika detergent cukup kuat, kuman mati sama.

Tapi,...

Disebabkan oleh surface tension, maka, akan tetap kekal dua lapisan asas unsur Hidrogen dan Oksigen masih kekal di permukaan. Dan, kuman2 pun masih terlekat sama, yang hanya 0.01% je tuh.


*****

Camana nak buat supaya titis air tak membulat.?! Pulak.

Surfactant. Surfactant berperanan mengurangkan kekuatan ikatan dak Hidrogen dan Oksigen tadi.


dan,...


Akhir sekali, tengok pula gambo nih...!!!































Kenapa titis air yang kita bincangkan membulat tadi, dalam gambo nih,....


meluyut...???!!!

*****



salam.

.

Monday, November 28, 2011

aku di Old Town White Coffee... menikmati kopi. perrrh...!

percaya atau tidak, aku suka minum kopi...

gambar nih la buktinya...!


tapi,...

tak nampak-pun macam orang minum kopi, kan...?!




sebabnya,...


orang yang minum kopi, biasanya :

  • muka ceria-senyum (adakah imej tangan di foreground yang menyembunyikan senyuman itu...?!)...
  • ada papan dam-aji di atas meja, tak pun,
  • ada pisang goreng, atau, ubi kayu rebus...


.
apa2 pun... memang aku melayan kopi. memang benar...


walaupun di gambar tuh tak menampakkannya... (sebab paling utama - tak dak secangkir kopi pun di atas meja...)...


.
bagaimana kalau aku buh gambar nih... (boleh mengesahkan tak...?!)...



.




Benar... Memang benar... Aku melayan kopi. Di sini. Di Old Town - White Coffee...


.
Semalam. 27nov2011 aku minum kopi bernama White Coffee berais...




.
salam

Sunday, November 27, 2011

ada masanya, aku keliru antara rerama dan kekupu...

Ko datang tanpa perkenal nama...!!!

jadi,...


Aku nak buh nama...


tapi,...


Adakah ko rerama atau kekupu.???!!!




... ahhhh...! simple rule. Disebabkan, ko sedikit jeh hensem dan terlalu genit, maka kekupu... DONE


dan,...


Disebabkan, ko nampak garang-ganas-brutal...


maka, ko adalah yang bernama Kekupu Harimau Malaya...




.

ada masanya, aku menoleh ke belakang... melihat jejak yang ditinggalkan.

*****ACHTUNG!!!*****
Entri ini sebenarnya ada kaitan dengan entri - Ini dikira tazkirah Jumaat juga, kan ? daripada tuan-punya blog bernama pena Aku.

********END**********


Ada orang kata : 

Kemajuan diri bukanlah dilihat pada apa yang lebih baik yang kita mampu buat di masa hadapan,

tapi...

kemajuan diri itu dilihat pada apa yang telah kita lakukan... atau melihat kembali jejak yang kita tinggalkan.

*****

Kawan,

Aku suka baca tentang sirah nabi Muhammad SAW. di sini. Itu benar. 
Aku juga pernah baca sirah Ali r.a. dan aku suka kata2 hikmahnya. di sini. Itu juga benar.
Contohnya ini: 
“Tanyalah Aku Sebelum Kau Kehilangan Aku: Kata-Kata Mutiara "Ali bin Abi Thalib”. 

*****

Apakah perlu semua itu, kawan.?
Apakah perlu untuk kita menoleh ke belakang... melihat jejak yang ditinggalkan.? perlukah.?

Memang perlu, kawan.
Biar aku ceritakan. Kenapa.?

Suatu masa dahulu, lama dah. Ketika itu aku berada di tahun3, di bidang pengajian kejuruteraan. Berada di tahun3, semester2 adalah sangat2 dinantikan sebabnya semester itu bolehlah dianggap sebagai break-satu-semester kerana ada Industrial Training yang dijalankan di syarikat2 yang ada-kaitan. Aku menjalani Industrial Training di Shell. Bukan Shell stesen minyak, kawan, tapi Syarikat Shell.

Semasa di Indusrial Training, aku diberi dua assignment, tapi, kena siapkan satu2. Assignment pertama agak saintifik, melibatkan penggunaan SEM-EDX dalam mode BSE dan SEI dan juga photomicrography, maka, akupun mintak la kebenaran daripada supervisor untuk boleh aku melakukan bahagian laboratory di universiti. Dia pun setuju. 

(Nota : 
SEM - adalah Scanning Electron Microscope.
EDX - adalah Energy-dispersive X-ray spectroscopy.
BSE - ialah Back Scatter Electron Imaging.
SEI - ialah Secondary Electron Imaging.
photomicrography - ialah photography through microscopes.)

Syarikat Shell di Miri, manakala laboratory pula di Tronoh. Jadi, aku mintak la tiket flight disediakan, Miri-KL-Ipoh. Supervisor-pun setuju juga.

Dari KL ke Ipoh naik flight...!!! bunyi macam tokeh je. Biasanya naik keretapi jeh, tak pun bas pun dah cukup bagus. Nak jaga eksen punya hal, sampai je di luar pintu terminal, terus aku naik teksi. (rega teksi yang aku bayar, sebenarnya lebih mahal dari tambang bas KL-Ipoh, tapi tak pa, eksen punya hal...!!!)

Aku tak ingat. Betul aku tak ingat, kawan.
Aku tak ingat nama supir teksi tuh, padahal, setiap supir teksi yang bawak aku, aku pasti tanya nama tanya umur tanya dah kahwin ke belum tanya anak berapa tanya kat mana tinggal.

Diringkaskan cerita. Supir tuh memecahkan-ais dengan criter2 politikus. Aku perasan, dia tahu aku tak meminati criter2 cam tuh. Lalu, diapun bertanyakan tentang aku dan tujuan perjalananku. Aku, seperti biasa, akan memberitahu satu2 tentang aku dan segala apa yang dia mahu tahu tentang aku, kerana aku tahu dan diapun tahu - perjumpaan hari itu adalah perjumpaan yang pertama dan terakhir untuk kami berdua. Sekalipun aku bercakap benar, mungkin tidak dianggap benar. Juga, sekalipun aku menipu, mungkin juga tidak dianggap benar. Maka, aku memilih bercakap yang benar sahaja.

Aku masih ingat beberapa kata2nya, kawan.

Katanya, yang sebahagiannya adalah sebegini :
"Hadis, bukan saja kata2 dan perlakuan2 nabi yang dirakamkan. Umurnya jugak. Pada umur 25tahun. Pada umur 40tahun. Sekiranya kamu telah berada di umur 40tahun, bermakna, kamu sepatutnya dah mahir dan mantap dengan apa yang kamu lakukan - dan tak da patah balik. Sekiranya kamu masih tercari2 untuk jadi apa, lakukan sebelum kamu berumur 40tahun."

Sebenarnya, perjalanan dari airport Ipoh ke stesen bas Ipoh adalah satu perjalanan yang singkat...!!!


Ahhh...!!! Rupa2nya supir ini jugak adalah Pujangga Jiwa, kawan.





salam.

Friday, November 25, 2011

ada masanya, tetamu aku datang dari pulau... Pulau Bruit.

Pada hari ini, Rabu, 23November2011.

Azlan menerima tetamu dari pulau. Pulau Bruit. 
(nota khas : walaupun nama pulau itu seakan-akan nama2 pulau2 di Carribean, tapi hakikatnya, Pulau Bruit terletak di Sarawak.)





*****
Pulau Bruit mengingatkan Azlan pada rumah-api (lighthouse). Rumah-api di Pulau Bruit sangat penting untuk kapal-kapal penumpang dan kapal kargo, agar perjalanan masih di laluan pesisir pantai Sarawak. Sekiranya kapal penumpang yang dalam perjalanan dari Miri ke Kuching, terlepas rumah-api ini, peluang untuk terlajak sampai ke Kuantan sangat cerah. Percaya atau tidak, Azlan pernah naik kapal.

(nota pelik : Kapten Jack Sparrow mungkin tidak perlu menggunakan rumah-api ini sebab dia ada sebijik kompas yang tidak tunjuk utara.)

(nota boleh-pakai : Itu jam, di Sarawak, belum ada jaringan jalanraya yang boleh menghubungkan bandar2 utama di Sarawak. Dua cara ; kapal atau kapal terbang.)

Azlan masih juga ingat, suatu masa dahulu, ketika menaiki kapal kargo yang boleh-bawa-penumpang, ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Miri, kelasi-kelasi akan menjerit-berteriak apabila ternampak rumah-api di Pulau Bruit itu. Ketika itulah kelasi2 akan menyakat penumpang2 mengatakan bahawa perjalanan selanjutnya akan megharung laut yang bergelora. 

Azlan pun masih juga ingat, beberapa jam selepas meninggalkan rumah-api Pulau Bruit, muntah-mabuk-laut yang teramat, sehinggakan chief cook membenar-menyuruhnya memuntah-semau-hati di lubang letaknya kemudi kapal. Ah...! Cerita dulu2. 

Antara kapal-kapal yang pernah dinaiki oleh Azlan adalah Kapal Sungei Pannai dan Kapal Sing Soon. Jika dibandingkan dengan kapalterbang, Kapal Sungei Pannai adalah MAS manakala Kapal Sing Soon adalah AirAsia, boleh ke? Ah.! Lantak le... dan satu lagi, Kapal Shin Ching Hing.

Bila teringat tentang rumah-api, Azlan pasti akan teringat tragedi kapal karam yang menjadi 'landmark story' (betul ke term yang aku pakai nih untuk merujuk kepada cerita yang sensasi yang menjadi tanda-pengukur... ah...! kira bole la tu...)
Cam ni ceritanya :

"....Salah satu tragedi hitam yang pernah tercatat dalam sejarah pengangkutan di Sarawak ialah kapal M.V Pulau Kidjang, kapal pengangkut penumpang dan kargo yang karam di muara Rejang (perairan Tanjung Jerijeh) pada Disember 1973. Dalam kejadian itu, Pulau Kidjang yang dipercayai mampu memuat seramai 150 penumpang telah mengorbankan 121 nyawa penumpang dan hanya 38 orang terselamat. Kejadian berlaku disebabkan keadaan cuaca yang buruk ketika pelayaran..."

*****

Foto2 yang berkaitan-lawatan dak tetamu dari Pulau Bruit.

Yang ada jam di tangan ialah penulis. (nota: jam itu, bukanlah jam Omega.!)

Yang pakai topi putih adalah bos dak rombongan dari Pulau Bruit. Namanya Mr. Yee.

Yang di foreground, yang berbaju-biru-berjenama Adidas ialah ketua rombongan. Namanya En. Abdul Karim Sahni.

(Cerita yang ada kaitan dengan En. Abdul Karim Sahni - di sini)

Di kiri adalah Hilux, yang bukan Hilux Azlan. Di kanan pula adalah van.

Tuesday, November 22, 2011

ada masanya, aku perlu naik tinggi2... untuk kira untung.

Kilang dah 7bulan beroperasi, Azlan merasa inilah pencapaian paling bermakna baginya sejak mula menceburi industri kilang kelapa sawit 12tahun dahulu, kerana : kilang ini adalah kilang baru. Azlan masuk ketika kilang sedang dalam pembinaan. Ini adalah kilang pertama milik tuanpunya kilang. Paling sukar bagi Azlan ketika itu ialah apabila pendapat2nya seringkali tidak harmoni dengan para2 kontraktor2 dan seringkali juga pendapat2nya itu tidak diterima, manakala tuanpunya kilang tebal dengan rasa ragu.

Sepanjang 12tahun, Azlan telah memberi khidmat di 6buah kilang kelapa sawit, termasuklah kilang yang ini, yang baru 1tahun dia di sini. 

Masih lagi segar di dalam ingatan Azlan kisah di hari pertama kilang beroperasi, apabila buah sawit yang pertama keluar dari dalam perut Vertical Steriliser, masak elok, sambil berlatarbelakang suara tepukan tangan tuanpunya kilang. Ketika itu Azlan berjalan beriringan dengan buah sawit yang pertama keluar tadi sehinggalah menjadi tandan kosong. Sejak dari hari itu, hujung conveyor yang memuntahkan tandan kosong menjadi tempat yang sering dilawati oleh Azlan.

Mengenangkan hari pertama itu, Azlan benar2 terharu dengan sumbangan pekerja2&staf2 yang pernah bersama2nya. Ada yang masih bersama, ada pula yang sudah berhenti. Song, James, Leonard, Freddy, Edmund & Firman masih setia. David, Gaing, Zainuddin, Kamaluddin & Harianto membawa haluan masing2. David adalah Jurutera Pelatih. Song adalah Boilerman dibantu oleh Freddy, Edmund dan Harianto sebagai Fireman. James - Engine Driver. Gaing - Mekanik. Firman di Water Treatment Plant, Zainuddin di Loading Ramp, Kamaluddin di Vertical Steriliser dan Leonard di Stesen Press. Sangat kurang pekerja2&staf2 ketika itu. Sekarang, warga kilang sudah mencecah 50orang.

Kini, tibalah pula masanya mengira2 untung. Ada masanya, Azlan memanjat naik tangki simpanan minyak untuk mengira jumlah simpanan minyak sawit yang terhasil dikenali dengan CPO, crude palm oil, membawa bersama2nya satu pita-ukur stainless steel. Azlan sedar ada dua kaedah mengukur; sounding - mengira isi yang ada di dalam tangki, dan, ullage - mengira ruang kosong yang tidak diisi di dalam tangki. Azlan memilih sounding.

Tangki CPO biasanya silindrikal, yang dikiri berasap yang bernombor 1 itu bukan, yang dua besar itulah tangkinya.




Yang berasap bernombor 1 adalah cerobong boiler.






Saturday, November 19, 2011

ada masanya, tetamu aku datang dari jauh... sejauh Costa Rica juga Honduras.

hari ini hari sabtu, 19nov'11. Azlan bekerja seperti biasa. Dino mungkin tidak...! tasekM mungkin menembak...!
.
*****

"We are going to build a palm oil mill, with a Vertical Steriliser, for our client." Sapa Blas Nunez sambil menuding jari ke arah sorang mat salleh yang tinggitegap yang baru mula nak keluar dari Hilux.

"I'm Alexander Pardo, from Central America." Sapa sorang mat salleh yang tinggitegap pula, sambil menghulur tangan bersalaman.

"oh... ooo... ok. Come. I'll show you the Vertical Steriliser." Jawab Azlan sambil berjalan menuju ke Vertical Steriliser.


Selepas seketika di Vertical Steriliser, Azlan sempat berposing ala hensem-maco bersama2 kedua-dua tetamu sambil berseloroh.
"We seldom have visitors. We may take a photo, for us to keep."


yang berbaju merah seperti orang-tak-cukup-zat, adalah penulis. di tengah - Blas Nunez dari GA Expertise, Inc., dan di kirinya Alexander Pardo dari Palma Tica - Costa Rica.
















































































































































"Ok then, walk around and have a look." Pesan Azlan sebelum berjalan balik ke opis dan meninggalkan kedua2 tetamu dilayan oleh staf2 and pekerja2 kilang.

Friday, November 18, 2011

I have ordered a new Hilux for you. It will be in auto transmission.

Tandan kosong semakin menggunung. Tapak penampungan tandan kosong sudah tidak lagi mampu menampung tandan kosong yang setiap saat jatuh dari hujung corong conveyor. Azlan menggeleng-geleng kepala, sambil pandangannya masih lagi terpaku di hujung corong melihat sebijik sebijik tandan kosong terdorong keluar.

Apa dah jadi nih.? Bisik hatinya.

Azlan masih mampu tersenyum walau melihat keadaan yang semakin mendesak. Dia maklum, sekiranya tapak penampungan penuh, operasi kilang sedikit sebanyak akan terjejas. Akan bertambah ramai pekerja2 yang akan diarahkan untuk berikhtiar mengurangkan azab lambakkan menggunung tandan kosong agar operasi kilang berjalan selancar biasa. 

Azlan masih mampu tersenyum, bukanlah kerana dia menyukai apa yang dilihat oleh matanya, tetapi imej di skrin komputer, yang dibacanya dua hari lepas, yang masih lagi tertangkap dalam kotak ingatan di dalam otaknya, yang terpancar ke luar melewati anak mata membentuk imej imaginari yang bertindan-tindan bersama-sama dengan imej tandan kosong. Nampak samar-samar imej di skrin komputer, sepucuk email : "I have ordered a new Hilux for you. It will be in auto transmission." seolah-olah tercetak di atas permukaan timbunan tandan kosong.

Azlan semakin tersenyum apabila mengingatkan detik2 menerima kunci dari wakil penghantar email, pagi tadi. Sempat jugak si wakil itu berpesan; take care. Rasa terharu Azlan tidak dapat digambarkan. Mana tidaknya. Belum sampai setahun kereta yang dipakainya, juga jenis Hilux tetapi bertransmisi manual yang juga diterimanya dalam keadaan baru, sudahpun diganti dengan yang ber-cc lebih besar dan bertransmisi automatik. Seingat Azlan, tidak pernah ada lagi sorang manajer kilang diberipakai Hilux bertransmisi automatik. 

Mungkin akulah yang pertama, kata hatinya. 

Azlan beredar menuju ke kereta apabila jarum pendek jam bukan jenama Omega di tangannya berada di antara angka 5 dan 6, manakala jarum panjang menuding angka 6.

Ahhh...! dah pukul 5.30. Baik aku balik la dulu. Test power Hilux-auto tuh on-road. Mungkin boleh sampai di rumah jam 8.00 malam. Bisik hatinya.



.


Thursday, November 17, 2011

pada hari ini, 17november2011... keputusan peperiksaan UPSR2011 diumumkan.

Satu tahun telah berlalu. Satu tahun jugalah sesi persekolahan sudah dilalui.

Tahun lepas, 2010, pada penghujung bulan november, dak Husna, Hanna dan Hatta telah aku pindah-sekolah dari sekolah yg bernama SK SLDB No.1 yang letak di pedalaman di tengah-tengah estet sawit milik syarikat (aku namakan syarikat A) ke sekolah baru yang bernama SK Saint Joseph yang letaknya di tengah-tengah bandaraya Miri (yang menyebabkan aku berpindah-khidmat di syarikat B).

Aku masih ingat. Aku masih lagi ingat, aku pernah berkata kepada dak bertiga :

"Papa masukkan kamu di sekolah terbaik di Miri. Di sekolah itulah pak korang bersekolah dari darjah1 hingga darjah6. Persaingan sememangnya sangat sengit. Tak seperti masa korang bersekolah di SK SLDB No.1, yang lebih senang untuk korang dapat tempat no.1 dan selalu bawak balik banyak hadiah2 dan sijil2 pada hari penyampaian hadiah dan sijil. Pak korang, selama dari darjah1 hingga darjah6, tak pernah dapat tempat no.1 dalam kelas, di SK Saint Joseph."


*****
Pada hari ini, hari khamis, 17november2011.

1. Dimulakan dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil.
2. Makan-minum ringan selepasnya.
3. Pengumuman keputusan UPSR2011.

*****
Sehari sebelumnya, adalah majlis penyampaian piala2 kepada pelajar2 sebagai anugerah2 di atas pencapaian2 tertentu.

1. daripada Husna
dari kiri : Keputusan Matematik Terbaik 2011 Tahun 6 (6E) Tempat Pertama, Terbaik dalam Kelas 2011 
Semester Pertama Tempat Pertama, Terbaik dalam Kelas 2011 Semester Kedua Tempat Pertama, dan, 
Keputusan Sains Terbaik 2011 Tahun 6 (6E).





















2. daripada Hanna
dari kiri : Terbaik Mata Pelajaran 2011 Bahasa Inggeris Tahun 4, Terbaik Kelas 2011 Semester Pertama
Tempat Pertama, Terbaik Keseluruhan Tahun 2011 Tahun 4, Terbaik dalam Kelas 2011 Semester Kedua 
Tempat Pertama, Keputusan Matematik Terbaik 2011 Tahun 4 (4E) Tempat Pertama, dan, Keputusan 
Sains Terbaik 2011 Tahun 4 (4E).






















3. daripada Hatta
Terbaik Mata Pelajaran 2011 Bahasa Arab Tahun 1.




















*****

kesimpulan daripada aku :

Dalam proses pembelajaran, tidak kira di sekolah mana sekalipun kita bersekolah, sekiranya terdapat sistem ganjaran yang berupa pemberian hadiah berbentuk piala atau sijil, kita sebenarnya adalah antara calon-calon yang layak untuk menerimanya.

*****
Sesi penyampaian Hadiah dan Sijil.

Suasana. Nota : ternampak ramai pelajar2 perempuan, yang ramai tidak berbaju kurung bertudung kepala 
adalah dikeranakan mereka beragama selain Islam.





















*
Sesi makan-minum ringan selepasnya. Aku skip part nih, i.e. tak dak foto2 berkaitan, atas sebab-sebab yang sensitif.
*
Sesi pengumuman keputusan UPSR2011.

ini aku, yang agak kurang sikit rambutnya, tapi masih nampak agak panjang, yang juga tetap nampak hensem-maco (cheh.!), bergambar bersama dengan Husna sejurus selepas keputusan UPSR2011 diumumkan.

Husna yang kelihatan sangat gembira selepas namanya diumumkan di kalangan pelajar2 Tahun6 yang
mendapat keputusan 5A dalam UPSR2011.




















*****
ini pula, adalah seekor ayam jantan.
Ini ayam jantan - ayam sabung. Orang kata, tuah ayam nampak di kaki. Yang aku nampak, ayam nih 
ditambat di kaki.





















errr... apsal si ayam jantan - ayam sabung tetiba mencelah pulak nih... menyibuk jeh.! suka sangat menonjol ketika orang tua2 tengah asyik masyuk bercerita... hush hush hush...!!! kurrrr kurrrr kurrrr...!!! nak kena sembelih agaknya...!!!



salam.



Wednesday, November 16, 2011

ada masanya, aku lukis geometri... dan aku nak buat corak dari segi sepuluh.

aku suka geometri...
aku nak buat yg 10segi.


.
dan.

aku nak tunjuk sedikit sebanyak...


.
satu : lukis satu garisan melintang.



dua : lukis pula bulatan2 yang sepatutnya, agar terbentuk segi5.



tiga : lukis untuk cari garis tengah segi5 supaya boleh bentukkan segi10.




empat : dah dapat segi10, kita cuba bentukkan satu corak yg kita nak.  buat langkah 1-1, contohnya, seperti ini.




lima : keluarkan corak yg kita nak, yang cam nih.



 enam : cantumkan pula corak tadi, boleh la dapat corakmeriah seperti ini.


tujuh : dan juga, jadi seperti yang ini ini ini ini ini ini ini ini...















.......





salam.

Sunday, November 13, 2011

tentang bulan : menuju ke bulan... biarlah bulan bicara.

ini je lah yg aku termampu.
kerna aku tak mampu untuk membayar royalti...
kepada the Wizadry.
kepada the Superman.
kepada the Batman.


tapi...

aku rasa, aku masih mampu ke bulan...
menggunakan jalan yang sama...???!!!

gambar asal dari blogfototas




















jadi...

biarlah bulan bicara sendiri...!!!





.
salam.

Thursday, November 10, 2011

untuk kak Water Lily yang bertanya tentang Vertical Steriliser... di kilang kelapa sawit

satu ketika aku pernah ditanya tentang satu mesin di kilang kelapa sawit oleh kak Water Lily. lama juga dah. sepatutnya dulu lagi aku dah jawab... *better late than never* :)











Sebelum tuh, aku nak cerita serba sedikit tentang Steriliser di kilang kelapa sawit. Vertical Steriliser adalah salah satu dari jenis2 Steriliser.

Ok. Diringkaskan, Steriliser nih digunakan untuk memasak-kukus buah kelapa sawit. Di dalam industri kilang kelapa sawit, buah kelapa sawit disebut sebagai FFB.

Nota kecil : FFB nih acronym kepada Fresh Fruit Bunch. Ahhh... nih istilah omputih yang dibuat famous. Dalam bahasa Melayu diaorg sebut BTS - Buah Tandan Segar. Pulak...! Diaorg sengaja tak sebut sawit - mgkn nak bagi nampak istilah tuh sangat eksklusif...?! Lantak le...

Jenis biasa Steriliser adalah yang Horizontal Steriliser. (biasanya disebut Steriliser sahaja.)

.
Cam nih rupanya... nota ringan : tong hitam yang berbaris2 tuh adalah cages, biasanya aku sebut tong jeh. cages tuh bahasa omputih jugak... tong panjang yg tiga bijik di foreground, berwarna aluminum - adalah steriliser...

52.5tonnes capacity steriliser or accommodating seven
7.5tonnes capacity FFB cages.
























.
Yang Vertical Steriliser, cam mana pulak rupanye...?! yang selalu disebut2 dalam cerita2 Azlan - yang ada Agus dan Joko...???!!!





.
ini... inilah yang dinamakan Vertical Steriliser... tong2nya menegak...!
*nota yg sgt penting : mamat yang bergayutmenonggek nampak seksi tuh bukan aku...!!! :)

25tonnes capacity Vertical Steriliser.






















.


senangnya cam nih :

Steriliser di kilang kelapa sawit, dalam apa bentuk dan atau orientasi, jika dianalogi dengan barangan di dapur rumah, adalah sebuah periuk kukus...!!!



salam.

Wednesday, November 9, 2011

ada masanya, aku nak ambik2 foto... tapi kena la makan2 dulu

bila aku tengok foto2 dalam blog yg ada kaitan, rasa teringin la pulak kembali ber-foto-grafi.

ini foto nasik.





























ini pulak, foto lauk-nya.




















.











salam sedara-sedari. aku nak makan dulu...
.

Sunday, November 6, 2011

ada masanya, aku duduk2 sambil dengar lagu... lady of dreams...!?

aku suka dengar lagu2 yg berentak rock (termasukla rock&roll) dan-atau metal (termasukla heavymetal)..., kawan.
.
bunyi ganas-brutal, kan?. tak bermoral.?! - sebab lagu2 nih diorg nyanyi menjerit2-memekik2 dengan bunyi musicnya bagai nak berperang.
bukan salah aku, kawan... biar aku terangkan kenapa...?!

di zaman aku membesar, maksud aku, di zaman kecairan identiti. zaman kecairan identiti nih berlaku dalam twilight sebenarnya. pabila dak remaja yg kononnya dah rasa sehebat orang tua tetapi masih hingusan. yang merasakan dirinya se-gah pak-mak sedangkan makan-minum masih godak periuknasi pak-mak. ala... cam nih le senang - umur dari 19hingga23 tahun. ini dari daftar definisi aku. orang lain mungkin lain..., kawan.

di zaman itu ada dua pesen lagu jeh... aku ingat lagi. ada dua..., kawan.
satu : lagu yang mendayu2, memuja-merayu, romantisnya lagu sampai boleh peluk pokok pisang semasa mendengarnya.
satu lagi : lagu yang nyaring, meraung, meronta, memprotes sampaikan bila lepas dengar lagu tuh, bila berjalan, kepala sentiasa tunduk memandang bumi depan sikit dari kaki. dan bila berdepan-bercakap dengan orang, keluarla suara serak2basah dan kekadang serak2kering...

aku pilih yang satu lagi..., kawan...?!

*****
dan hari ini... aku dengar lagu ini..., kawan.?!
nanti aku terangkan kenapa... kenapa lagu jenis yg aku tak pernah dengar dulu2, jadi boleh aku dengar sekarang.? kenapa aku dengar bukan hanya pada komposisi musicnya tapi juga lyricnya.? kenapa aku kisah pada penghayatannya...?!!

bukan kerana aku romantis orangnya. bukan. memang bukan..., kawan.
nanti aku terangkan...!!!




*****